So which of the favors of your Lord would you deny?

(Al-Quran: 55)

Sunday, March 11, 2018

Kalsium dan Kanak-kanak: Penting untuk Tumbesaran Anak yang Bijak

Assalamualaikum dan salam seajahtera semua.

Apa khabar hari ini? Harap semuanya sihat belaka.

Hari ini KakMun nak kongsikan berkenaan dengan keperluan kalsium bagi kanak-kanak.

Keperluan Kalsium untuk Kanak-kanak

Walaupun perkembangan otak adalah penting, para ibu tidak seharusnya mengabaikan kesihatan tulang anak mereka.

Tambahan pula, membina tulang yang kuat bukan sahaja menyumbang kepada keseluruhan perkembangan anak anda malah ianya juga penting untuk mencegah osteoporosis di masa hadapan.

Bermula awal

Penjagaan tulang perlu bermula sejak awal lagi! Dan zaman kanak-kanak adalah waktu yang paling sempurna untuk memulakannya kerana ketika inilah tulang terbentuk dengan pantas.

Lebih banyak jisim tulang yang berjaya dikumpulkan, lebih kuatlah tulang apabila ia membesar.

Tanpa tulang, anak anda tidak mungkin dapat melakukan semua aktiviti yang digemarinya. Mereka tidak mungkin dapat berlari, melompat atau bermain.

Tulang bukan sekadar menyokong tetapi juga melindungi organ-organ yang lain. Ia juga membolehkan anak anda bergerak dan berperanan sebagai tempat penyimpanan mineral seperti kalsium dan fosforus, selain bertindak sebagai persekitaran di mana sel darah dihasilkan.

Anak anda memerlukan pemakanan yang betul dan senaman yang secukupnya untuk memastikan tulang yang sihat dan kuat.

Perkara pertama yang perlu anda pastikan adalah anak anda mendapat kalsium secukupnya untuk keperluan hariannya.

Saranan Pengambilan Nutrien untuk warganegara Malaysia adalah 500 miligram (mg) bagi kalsium untuk kanak-kanak berumur setahun hingga tiga tahun, 600 mg untuk kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun dan 700 mg untuk yang berumur antara tujuh hingga sembilan tahun.

Kalsium

Tahukan awak berapa keperluan kalsium harian seorang kanak-kanak?






Agak-agaknya, apa yang perlu anak-anak kita makan bagi membolehkan mereka memperoleh kalsium yang secukupnya setiap hari?

Jom kita tengok carta kandungan kalsium dalam makanan harian kita pula.




 Dan kenapa kita obses sangat dengan susu sebagai sumber kalsium yang paling baik untuk kita dan anak-anak kita?

Segelas susu boleh memberikan anak anda kira-kira 250 mg ke 500 mg kalsium. Jadi, pastikan anak anda meminum dua gelas susu sehari untuk memberikan mereka kalsium yang mencukupi setiap hari.






Makanan Lain yang Kaya dengan Kalsium

Janganlah susah hati jika anak anda tidak sukakan susu. Walaupun ia sumber kalsium yang terbaik, terdapat pelbagai pilihan untuk mendapatkan kalsium bagi anak anda.  
  • Ikan bilis
  • Sayur-sayuran seperti brokoli, bayam, kangkung atau sayur-sayuran yang berdaun
  • Buah-buahan seperti prun, oren
  • Kacang kekacang seperti almond
  • Tofu atau kacang soya

Pentingnya Kalsium untuk Kanak-kanak

Setiap ibu mahukan anak-anak mereka bijak dan sihat. Walaubagaimanapun, ada yang terlalu menekankan perkembangan otak sehinggakan mereka lupa tentang kepentingan badan yang sihat.

Lagipun, kanak-kanak yang sihat belajar dengan lebih baik daripada mereka yang kurang sihat. Kesihatan tulang paling penting pada usia ini.

Mereka memerlukan tulang yang kuat bukan sahaja untuk menikmati zaman kanak-kanak mereka malahan untuk manfaat di masa hadapan.

Penjagaan tulang yang baik bermula dari zaman kanak-kanak, jadi anda perlu memastikan bahawa anak-anak anda mengambil hidangan yang sihat dan seimbang serta kaya dengan kalsium dan mendapat senaman secukupnya di bawah cahaya matahari.


Kepentingan Kalsium untuk Kanak-kanak

  • Menyokong kesihatan tulang untuk tumbesaran & mengelakkan masalah tulang rapuh.
  • Membantu fungsi sistem otot dan sistem saraf bekerja dengan sempurna.
  • Membantu pengeluaran hormon dan enzim dalam tubuh kanak kanak.

Tablet Kalsium Shaklee ini yang juga mempunyai Vitamin D yang merangsang penyerapan kalsium agar betul-betul masuk ke tulang juga mempunyai Magnesium, Boron, Mangan, Kuprum dan Zinc.

2 tablet sehari untuk anak anda dapat memberikan kalsium yang secukupnya untuk keperluan dan aktiviti harian mereka.

BELI SEKARANG


JAMINAN KAMI

Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam
  • Selamat (sijil Halal dan kelulusan KKM)
  • Semulajadi
  • Berkesan
  • Piagam ini telah diikrarkan semenjak lebih 50 tahun lalu, dan kini masih teguh berpegang padanya.
  • Shaklee Difference: Always Safe, Always Works, Always Green.

MENGAPA KAKMUN?

KakMun merupakan pengedar Shaklee yang jujur dan amanah, serta lebih mementingkan kesihatan anda. Hubungi KakMun agar KakMun boleh bantu anda dan keluarga anda lebih sihat. 

KakMun juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan konsultasi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda.


PENGHANTARAN

Penghantaran melalui pos akan diatur ke seluruh dunia samada menggunakan khidmat Poslaju, City-Link, GDex atau lain-lain yang bersesuaian dengan lokasi anda.

PEMBAYARAN

Pembayaran boleh dibuat menggunakan akaun Maybank, CIMB, Bank Islam atau Bank Muamalat.

NAK BELI SET SHAKLEE

Untuk mendapatkannya, anda mempunyai beberapa pilihan:
  • Belian online dengan menggunakan kad debit atau kad kredit anda
  • Belian di cawangan Shaklee terdekat (ID: 1260370) 
  • Hubungi KakMun di talian WhatsApp / Telegram +6012 686 5269 (Hunny Sooudin) untuk sebarang bantuan / belian melalui saya
Untuk pembelian produk Shaklee secara online menggunakan kad kredit / kad debit anda? Klik imej di bawah.

Atau daftar keahlian Shaklee untuk penjimatan hebat. 


NAK JADI PENGEDAR SHAKLEE?

Berminat menjadi pengedar Shaklee dan mendapat bonus tunai serta banyak manfaat lain? 

Jom sertai team business kami, THE UPHOLDERS GROUP yang mempunyai ahli aktif, kelas online percuma dengan masa yang fleksibel.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TuneList

TuneList - Make your site Live