So which of the favors of your Lord would you deny?

(Al-Quran: 55)

Thursday, March 17, 2011

Aisyah Zinnirah : Namamu, Doaku

Disebalik pemilihan nama puteriku, ternyata tiada siapa yang tahu, telah beberapa buah book stores aku jelajah semata-mata mencari buku yang berkaitan dengan nama yang dari awal lagi sudah terlintas di benakku. Bukan sekadar buku-buku nama-nama pilihan. Aku tidak memilih untuk mencari buku-buku seperti itu. Apa yang aku cari adalah buku-buku berkaitan dengan sejarah (atau lebih tepat aku gunakan perkataan 'sirah') yang berkaitan dengan nama itu.

Dan pencarianku berhasil. Dalam beberapa buku yang aku beli, dua buku yang betul-betul tertulis apa yang aku cari :
  • Aisyah Ummul Mukminin : Keanggunan Sejati
  • Wanita yang Dirindui Syurga
_____________________________________________________________________
Disebalik namamu anakku... Aisyah Zinnirah...

Aisyah :


Sayyidatina Aisyah binti Abu Bakr (Arab: عائشة‎, 'Ā'isyaṯ, "yang hidup") adalah isteri ketiga Nabi Muhammad. Nama lengkapnya Aisyah binti Abi Bakar bin Utsman, biasa dipanggil Ummu Abdillah, dan digelari Ash-Shiddiqah (wanita yang membenarkan). la juga masyhur dengan panggilan ummul mukminin, dan Al-Humaira’, karena warna kulitnya sangat putih.

Dalam sejarah Islam, sebagaimana isteri-isteri baginda yang lain. beliau dikenali dengan "Ibu kepada Orang yang Beriman" (Ummul Mukminin) seperti yang disebut dalam al-Quran (33:6). Beliau menjadi sumber rujukan untuk banyak hadis dan dikatakan meriwayatkan 2210 hadith, daripada jumlah ini 316 disebut dalam kedua-dua Sahih Bukhari dan Sahih Muslim.

Nabi itu lebih menolong dan lebih menjaga kebaikan orang-orang yang beriman daripada diri mereka sendiri; dan isteri-isterinya adalah menjadi ibu mereka. Dan orang-orang yang mempunyai pertalian kerabat, setengahnya lebih berhak (mewarisi) akan setengahnya yang lain - menurut (hukum) Kitab Allah - daripada orang-orang yang beriman dan orang-orang Muhajirin (yang bukan kerabatnya), kecuali kalau kamu hendak berbuat baik kepada sahabat-sahabat karib kamu. Hukum yang demikian itu adalah tertulis dalam Kitab Allah.

Tak perlu aku huraikan satu per satu sejarah hidup Sayyidatina Aisyah di sini. Aku sendiri pun belum habis baca buku Aisyah Ummul Mukminin : Keanggunan Sejati tu.


_____________________________________________________________________

Zinnirah :


Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom. Beliau telah ditawan dan dijual di sebuah pasar di Mekah. Akhirnya beliau telah dibeli oleh Umar Al-Khattab untuk dijadikan hamba. Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan seorang yang lemah, tetapi dari segi spiritualnya beliau mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah.

Rasulullah S.A.W memulakan dakwahnya secara sembunyi-sembunyi di kalangan orang-orang tertentu termasuk golongan bawahan. Antara yang menerima cahaya keimanan ini ialah Zinnirah. Beliau telah menerima dengan sepenuh hati. Pada peringkat awal keislamannya, Zinnirah melakukan perintah Islam secara sembunyi-sembunyi, takut diketahui tuannya, Umar Al-Khattab. Beliau bersolat, berzikir, membaca Al-Quran, berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan. Semuanya dilakukan secara berhati-hati.

Penderitaan atas Zinnirah ini bermula setelah tuannya Umar Al-Khattab mengetahui keislamannya. Umar telah dapat merasakan perubahan yang terjadi dalam diri hambanya itu. Setelah diselidik, nyatalah bahwa hambanya telah meninggalkan agama nenek moyang dan menerima ajaran tauhid yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W.

Zinnirah menjadi mangsa awal di atas sikap kebencian Umar Al-Khattab terhadap Islam dan kaum Muslimin. Maka, Umar menyiksa Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya dan meninggalkan Islam. Berbagai siksaan dikenakan terhadap Zinnirah. Pukulan, gertakan, tendangan , dijemur di tengah-tengah panas terik adalah hal biasa dalam kehidupan Zinnirah. Semuanya dihadapi dengan tenang dan sabar, di samping hati dan jiwanya bergantung penuh kepada pertolongan Allah S.W.T.

Puncak penyiksaan terhadap Zinnirah ialah ketika
matanya ditusuk dengan besi panas. Beliau kehilangan kedua-dua matanya dan terpaksa mengharungi hidup dengan penuh kegelapan. Matanya buta, tetapi hati dan jiwanya penuh dengan cahaya keimanan. Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam kesengsaraan azab dari tuannya.
Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini memang berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga, aku terpaksa mengharungi ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh berbagai kesenangan.
Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi. Jiwanya semakin kukuh. Imannya semakin teguh. Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin Mekah. Berbagai cacian dilemparkan kepadanya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana dilaknat oleh tuhan Latta dan Uzza. Mereka mengatakan itu kerana Zinnirah mempertahankan diri dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, sebaliknya ini adalah perbuatan Umar dan Allah menetapkan ini terjadi.

Walaupun diuji dengan segala bentuk, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Allah memberi kurnia kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali dengan kurniaan Allah S.W.T. Dia dapat menikmati semula keindahan ciptaan Allah S.W.T. hatinya dengan penuh kesyukuran kepada Allah dan imannya semakin tinggi.


Tapi dari segi bacaan bercetak, kisah Zinnirah ni aku baca dalam buku Wanita yang Dirindui Syurga, bawah tajuk Diseksa tidak Mengubah Pendirian Zinnirah.
_____________________________________________________________________

Kenapa adanya entry ni? Kerana aku mahu menjawab soalan mereka-mereka yang bertanyakan aku apa maksud nama anakku, Aisyah Zinnirah. Dan ini adalah cerita disebalik nama yang aku berikan tu. Nama tu aku berikan pada dia bersemperna nama-nama mereka ini.

Doaku semoga Aisyah Zinnirah, anakku, mempunyai keperibadian seperti yang dimiliki oleh Sayyidatina Aisyah dan juga Zinnirah. Moga kuat imannya dalam menempuhi hidup. Amin.

Ya Allah, Engkau jadikanlah aku seorang ummi yang tak pernah putus untuk mendoakan kebaikan untuk kedua-dua anakku, Ahmad Zuhair & Aisyah Zinnirah. Jadikanlah diriku, anak-anakku, suamiku, ahli keluargaku & teman-temanku sebagai hamba-hambaMu yang menjaga solat kami, agar hidup kami sentiasa berada di bawah bimbinganMu. Jauhkanlah kami daripada azab kubur & nerakaMu. Amin ya Rabbal 'Alamin.

4 comments:

  1. sedap sgt nama nie.. moga2 diberkati..

    ReplyDelete
  2. amin....
    moga tempias kebaikan & keperibadian tokoh2 ni terkena pd Aisyah Zinnirah...

    ReplyDelete
  3. nama anak saya nur zinnirah aisyah...kebetulan berkongsi nama yang sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga sama-sama dapat manfaat daripada mereka yang punyai nama yg sama dengan mereka terdahulu... moga mereka sama-sama terpalit keelokan akhlak & jadi anak-anak yang solehah kelak.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TuneList

TuneList - Make your site Live