Hari ni satu lagi tips femes yang aku dah amalkan.....
MINUM TEH HIJAU A.K.A GREEN TEA...
MINUM TEH HIJAU A.K.A GREEN TEA...
(Sile minum tanpa gula yer...)
Aku minum teh hijau jenama B** (Takley buh nama sebenar, sebab bukan kompeni ni nak bayar kos iklan kat blog aku ni pun... hehehehehe) bukan sebab pe pun, sebab tak mahal.. Unless kalau ade yang nak suggestkan green tea yang lebih okay dan lebih murah sile la bagitau yer...
Kenapa green tea..? Sebab teh hijau dapat membantu meningkatkan tenaga dan menurunkan berat badan dengan selamat. Teh jenis ini adalah sangat baik untuk kesihatan kerana enzim dalam teh masih dikekalkan semasa kita bancuh teh. Teh hijau juga dianggap sebagai antioksidan terbaik untuk tubuh kite. Teh hijau bahkan boleh membantu mencegah kerosakan gigi. Sama seperti kebolehannya untuk memusnahkan bakteria, ia boleh membantu mencegah keracunan makanan. Teh hijau jugak boleh membunuh bakteria yang menyebabkan plak gigi.
Kat sini aku senaraikan 10 fakta menarik tentang green tea ni...:
- Teh hijau, yang digunakan sejak berzaman di India, China, Jepun, dan Thailand. Ia juga digunakan dalam perubatan tradisional Cina dan India.
- Teh hijau dibuat daripada daun yang mengandungi kepekatan polyphenols yang tinggi (Polyphenols = bahan kimia yang bertindak sebagai antioksidan kuat).
- Kriteria teh hijau yang menyihatkan adalah sebagian besarnya disebabkan oleh polyphenols.
- Antioksidan dalam teh hijau memiliki kemampuan untuk menurunkan jumlah kolesterol dan meningkatkan kolesterol HDL ("kolesterol yang baik").
- Di Jepun, di mana teh hijau kerap diambil sebagai minuman harian penduduknya, cenderung untuk mempunyai kadar kanser yang rendah. Polyphenols dalam teh hijau membantu pencegahan kanser dan membantu membunuh sel-sel kanser dan menghentikan pergerakannya.
- Satu kajian mendapati bahawa wanita yang mengamalkan meminum teh hijau adalah kurang berisiko untuk mendapat kanser pundi kencing.
- Penyelidakan juga mendapati wanita yang mengidap kanser tetapi mengamalkan meminum teh hijau akan menghadkan penyebaran dan pertumbuhan kanser yang dihidapi.
- Ekstrak teh hijau meningkatkan metabolisme - polyphenol, secara spesifiknya catechin, bertindak sebagai herba / ejen pembakar lemak.
- Teh hijau telah digunakan secara tradisional untuk mengawal gula dalam darah. Ia juga mencegah perkembangan diabetes jenis 1 dan memperlahankan perkembangan diabetis sekiranya peminum teh hijau telahpun menghidapi diabetis sebelum mula mengamalkan minuman teh hijau.
- Teh hijau ekstrak juga merangsang gen yang menyebabkan sel-sel menjadi kurang sensitif terhadap ubat-ubatan kemoterapi. Disebabkan oleh potensi untuk berlakunya interaksi ini, teh hijau tidak sepatutnya diambil semasa menerima rawatan kemoterapi.
A cup of green tea a day keeps the extra fat away ~Hunny Sooudin~
(
green tea tak sedap.. tak suka :D
ReplyDeleteMemule owang pun rase gitu gak kak.. Lelame dah okay dah... hehehehehe
DeleteBrp kg turun sejak guna green tea?
ReplyDeleteSkrg ni dah stop kejap sebab duk on off jer minum... lagipun skarang still bf baby.. but masa first time sy try dulu.. boleh turun ke berat yg ideal utk sy le.. which was 47kg.. tapi still kene maintain jge makan (makan nasi 1 x je sehari & mlm xmkn mknan berat2)
DeleteBanyak khasiat nya teh hijau ni, teh hijau ni kalau minum tak letak gula pun masih rasa sedap.
ReplyDelete[ Menjual Teh Hijau @Green Tea Ahmad Tea]