So which of the favors of your Lord would you deny?

(Al-Quran: 55)

Thursday, April 5, 2012

Kronologi Mahu Kurus : Suatu Permulaan

Bismillahirrahmanirrahim..
Memulakan catitan dengan menyebut namaMu ya Allah... Moga usaha aku akan berjaya...
 Menyahut pandangan sahabat aku, Apple, agar aku memulakan entry berkenaan cara-cara menguruskan badan or resepi masak-masak simple dan menggemukkan...

Maka, jika di'relate'kan dengan usaha aku sekarang, aku sedang berusaha untuk menguruskan badan....
Jadi seiring dengan usaha aku, better aku coretkan perjalanan aku menuju kekurusan badan...
Aku bukanlah seorang yang suke amek ubat kurus, or yang seangkatan dengannya...
Aku lebih suka lakukan dengan usaha yang agak berat dan memakan masa yang tidak sedikit.. Namun, insyaAllah hasilnya akan kekal dalam jangka waktu yang lama... Baru le thrill...

Alhamdulillah, aku dikurniakan badan yang agak mudah untuk kurus (dan mudah gak untuk gemuk... hahahahha).. Maka, aku meletakkan ini sebagai suatu kelebihan dan juga motivasi untuk aku berusaha menguruskan badan... Ya, ko boleh lakukan... 

Sebelum ni aku penah gak berusahan untuk menguruskan badan.. Alhamdulillah usaha aku dulu menampakkan hasil yang positif..
Tapi pas kelahiran anak ke-2, berat badan aku naik... 10kg++...
Debab hokeh....
Berat aku ketika aku berhasrat nak start menguruskan badan adalah 57.8 kg.. 
Which was dalam 16 Februari 2012...

Perkara yang paling penting kalau kita mahu kurus adalah:
KEINGINAN YANG KUAT UNTUK MENGURANGKAN BERAT BADAN
dan juga
keizinan dariNya...

Cukup la entry aku kali ni... Anak aku lak nak guna lappy.. Nak main game... Hisssshhh budak zaman sekarang.. Belum masuk 4 tahun pun dan pandai macam-macam kalau masuk bab gadget-gadget canggih ni...

End here.

Wassalam.
 

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TuneList

TuneList - Make your site Live