Bagi aku, bahagia itu perlu dicari... dan ketidak bahagiaan itu perlu di buang jauh-jauh... Sebab, bile aku tak bahagia, aku kusut... Bile aku kusut, aku hilang fokus... Bile aku hilang fokus, aku ting-tong...
Bahagia aku datang bile aku bersama anak-anak aku... Memang ada waktunya, kemarah tu tak dapat aku bendung.. Maafkan Ummi, anak-anak Ummi...
Dan ketidak bahagiaan aku bila aku bersama dia...
Orang yang tidak pernah menghargai aku.. kepenatan aku... Kesusahan aku...
Dia yang aku harapkan untuk berkongsi kesenangan juga, bukan sekadar berkongsi dan memikul kesusahan aja... Tapi, ya, sekarang, dia adalah salah satu ketidak gembiraan aku.. ketidak bahagiaan aku...
Maaf, tapi itu hakikatnya....
Aku : Dalam pertimbangan untuk membuang ketidak bahagiaan aku.. Kerana aku tak punya banyak masa untuk dibazirkan ke arah yang tidak membuatkan aku gembira dan bahagia....
Aku : Bukan mahu mencari bahagia lain, cukuplah sekadar aku menikmati rasa bahagia yang ada tanpa perlu menjebakkan diri dalam duka dan seksa ketidak bahagiaan aku.
Aku : Cuma mahu mencoret warna-warna bahagia selagi hayat dikandung badan...
Aku : Tidak mahu terus memikul beban dan seksa hanya sekadar untuk tidak mendapat apa-apa ganjaran pahala, kerana sejujurnya aku memang sudah tidak ikhlas dalam pengorbanan yang aku sedang lakukan sekarang ini...
No comments:
Post a Comment