So which of the favors of your Lord would you deny?

(Al-Quran: 55)

Monday, April 30, 2012

Kronologi Mahu Kurus : Kenapa Meroyan

Meroyan itu berpasal...
Ini le pasal nye...
Adeh....
Graf tidak stabil...
Emosi pun jadik tidak stabil....

Ade orang kate... Berat badan ko takde la  horror sangat... Maybe bagi sesetengah orang..
Tapi bagi aku, ini sangat horror...
Sebab aku pernah bertungkus-lumus menambah berat badan aku untuk lulus procedure menjadi penderma darah... yang memerlukan berat at least 45 kg....
Makna nye.. berat aku pernah berada di bawah 45 kg....
Mane la tak meroyan aku...

Untuk menambahkan meroyan aku...
Hubby aku suke komen macam ni bile aku tanye dia aku ni gumok ke...
"Tak le.. Ummi comey bulat-bulat..."

Arrrrrrggghhhhhhhhhhhhhh !!!!!!!!!!
Jerit sambil tarik rambut...

Kronologi Mahu Kurus : Senangnye Nak Gumok



Urghhhh... Berat naik...
Tu le, bila weekend jer, makan macam-macam...
Tambah lak bebaru ni adik aku balik...
Bile kua dengan dia, memang dia suke belanje anak-anak aku makan sedap-sedap...
Dah nama pun sedap.. Kandungan lemak pun lagi sedap..
Dah kalau anak-anak makan.. Ummi pun join skali ler...
Ngeeeeeeeeeeeee...

Pastu Ummi meroyan sorang-sorang sebab berat naik...
Padan muke

Moral of the story : Jangan sesekali ngelat dengan rules yang dah bese gune untuk pastikan badan makin kurus... demmmm...

Wednesday, April 25, 2012

Jenazah Management Course

Alhamdulillah, arini selesai fasa 1 kursus pengurusan jenazah yang aku ikuti kat Masjid IIUM Kuantan...
InsyaAllah, esok akan ade fasa kedua & sesi praktikal lak...

 
Setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai mati....
 

Wednesday, April 18, 2012

Kronologi Mahu Kurus : Bile Aku Timbang Berat Badan ?

 Sebab aku terlalu excited untuk tau berat aku naik ke turun ke..

AKU TIMBANG BERAT AKU EVERY MONDAY...

Excited tak...? Hehehehehe.. Pas timbang, aku tulis lam buku...
Kalau aku rajin, aku update graft chart aku...

Kenapa aku timbang berat badan camni..? Untuk aku aware sama ada berat aku naik atau turun...
Yelah, aku kan senang nak turun berat badan...
Dan lagi senang nak naik berat badan aku.... hehehehehehe
Tu yang takley blah tu...
Adeh...

Lagipun, kalau aku buat camni, at least kalau aku rase ade kenaikan yang tidak sepatutnya..
Boleh la aku kawal pengambilan makanan aku....
(Aku kan jenis pantang... pantang nampak makanan sedap)
Tambahan lak, kat opis aku ni, selalu je ade makan-makan...
Tak kesah le prepare makan untuk meeting ke, untuk "wat keje" ke (kitorang slalu organized course, so slalu le kene wat preparation..)
Bahaya kan opis aku.... 
Sume budak baru yang masuk opis aku, memule kene timbang berat badan diorang...
Sebab lepas 3 bulan, insyaAllah berat diorang akan bertambah dengan jayanya...
Dan yang paling ngeri, berat badan memule sewaktu memule masuk keje kat opis aku dulu....
Hanya akan tinggal kenangan.....
Dalam erti kata lain... Toksah mimpi le nak kurus lek.....
(Yang ni, aku terkecuali.... kot.. Hahahahaha...)

Monday, April 16, 2012

Haram | Babi & Anjing

 Entry kali ni aku tujukan untuk diri aku sendiri dan jugak to those who might concern...('might' tu menunjukkan kemungkinan ade je orang yang tak amek port pasal ni...)

Bile sebut mende makan yang haram, ramai yang kaitkan dengan adanya kandungan daripada salah satu binatang haram ni kan... Tak kesah le lemak ke, tulang ke... pape jelah...

Tapi berapa ramai yang sedar mende rezeki kita, atau dalam konteks yang aku cuba nak bebel kat entry ni, makanan, boleh jadi haram even takde pun unsur-unsur binatang haram yang berdua tu di dalamnya...
Yelah, kalau sumbernya haram, maka haram la makanan tu, tak kesah le nasik lemak ke, laksa ke waimma telur goreng skalipun boleh jadi haram...

Aku bukan nak menyentuh pasal mencuri dalam erti kata yang trang-tang-tang sume orang paham... Tapi dari segi curi masa time keje (ngulo, lepak, sembang-sembang, facebook-ing etc.)

Dan macam yang berlaku depan mata aku, perbuatan mencari rezeki sampingan di tempat lain (walaupun dah dapat kebenaran untuk bekerja kat situ di luar waktu pejabat), bagi aku ianya salah...
Mana tak salahnya, kebenaran tu untuk selepas waktu pejabat, maka boleh pegi lepas waktu pejabat la kan, bukannya semasa waktu pejabat... Hisssshhhh...

Aku hangen, sebab aku kena marah tengahari tadi, sedangkan aku keluar untuk bawak anak-anak aku ke klinik sebab diorang tak sehat dan aku dah pun dapat permission dari ketua jabatan aku, kenapa orang lain lak nak sound-sound aku.. Mentang-mentang pangkat diorang lebih tinggi... "Aku bukan ngulo la weh... Aku bawak anak-anak aku gi klinik...!!! Yang korang gi keje kat lain time office hour xde lak nak pikir.. Sebok nak marah tatau pasal je...!!! "
Nak je aku jerit camtu depan muke masing-masing..

Mood : Sakit hati... Urrrrgggghhhhhhh !!!


Kronologi Mahu Kurus : Green Tea

Hari ni satu lagi tips femes yang aku dah amalkan.....

MINUM TEH HIJAU A.K.A GREEN TEA...
(Sile minum tanpa gula yer...)
Aku minum teh hijau jenama B** (Takley buh nama sebenar, sebab bukan kompeni ni nak bayar kos iklan kat blog aku ni pun... hehehehehe) bukan sebab pe pun, sebab tak mahal.. Unless kalau ade yang nak suggestkan green tea yang lebih okay dan lebih murah sile la bagitau yer...


Kenapa green tea..? Sebab teh hijau dapat membantu meningkatkan tenaga dan menurunkan berat badan dengan selamat. Teh jenis ini adalah sangat baik untuk kesihatan kerana enzim dalam teh masih dikekalkan semasa kita bancuh teh. Teh hijau juga dianggap sebagai antioksidan terbaik untuk tubuh kite. Teh hijau bahkan boleh membantu mencegah kerosakan gigi. Sama seperti kebolehannya untuk memusnahkan bakteria, ia boleh membantu mencegah keracunan makanan. Teh hijau jugak boleh membunuh bakteria yang menyebabkan plak gigi.


    Kat sini aku senaraikan 10 fakta menarik tentang green tea ni...:
    1. Teh hijau, yang digunakan sejak berzaman di India, China, Jepun, dan Thailand. Ia juga digunakan dalam perubatan tradisional Cina dan India.
    2. Teh hijau dibuat daripada daun yang mengandungi kepekatan polyphenols yang tinggi (Polyphenols = bahan kimia yang bertindak sebagai antioksidan kuat).
    3. Kriteria teh hijau yang menyihatkan adalah sebagian besarnya disebabkan oleh polyphenols.
    4. Antioksidan dalam teh hijau memiliki kemampuan untuk menurunkan jumlah kolesterol dan meningkatkan kolesterol HDL ("kolesterol yang baik").
    5. Di Jepun, di mana teh hijau kerap diambil sebagai minuman harian penduduknya, cenderung untuk mempunyai kadar kanser yang rendah. Polyphenols dalam teh hijau membantu pencegahan kanser dan membantu membunuh sel-sel kanser dan menghentikan pergerakannya.
    6. Satu kajian mendapati bahawa wanita yang mengamalkan meminum teh hijau adalah kurang berisiko  untuk mendapat kanser pundi kencing.
    7. Penyelidakan juga mendapati wanita yang mengidap kanser tetapi mengamalkan meminum teh hijau akan menghadkan penyebaran dan pertumbuhan kanser yang dihidapi.
    8. Ekstrak teh hijau meningkatkan metabolisme - polyphenol, secara spesifiknya catechin, bertindak sebagai herba / ejen pembakar lemak.
    9. Teh hijau telah digunakan secara tradisional untuk mengawal gula dalam darah. Ia juga mencegah perkembangan diabetes jenis 1 dan memperlahankan perkembangan diabetis sekiranya peminum teh hijau telahpun menghidapi diabetis sebelum mula mengamalkan minuman teh hijau.
    10. Teh hijau ekstrak juga merangsang gen yang menyebabkan sel-sel menjadi kurang sensitif terhadap ubat-ubatan kemoterapi. Disebabkan oleh potensi untuk berlakunya interaksi ini, teh hijau tidak sepatutnya diambil semasa menerima rawatan kemoterapi.


    A cup of green tea a day keeps the extra fat away ~Hunny Sooudin~
    (Budget ade quote sendiri...hehehehehe)

    Kronologi Mahu Kurus : Kurus tapi Gila / Lumpuh

    Aku tak terkejut sangat bile tengok berita tadi... Rampasan produk kuruskan badan yang dipercayai memberi kesan buruk kepada pengguna... Bukan sikit-sikit buruknye, gile atau lumpuh.... Huisssshhhh tak terbayang dek akal camne la buleh dikeluarkan produk yang camtu skali buruk kesannya pada pengguna...

    Kenapa aku tak terkejut sangat...? Mungkin aku dah terbiasa dengan mind set yang menyatakan setiap apa yang dihasilkan oleh manusia, pasti tidak sempura dan ada kesan buruk di sebalik kebaikan yang diberikan...

    Dan disebabkan mind setting aku yang macam tu la, aku lebih prefer untuk just usahakan ape yang aku mampu (such as makan nasi skali sehari etc.) Even though hasilnya adakala memang la agak kelembapan yang amat... hehehehe.. 

    Biar lambat hasilnya asalkan selamat daripada cepat ramping tapi penyudahnye gile atau lumpuh... Nauzubillah....

    Tuesday, April 10, 2012

    Bahagia

     Bagi aku, bahagia itu perlu dicari... dan ketidak bahagiaan itu perlu di buang jauh-jauh... Sebab, bile aku tak bahagia, aku kusut... Bile aku kusut, aku hilang fokus... Bile aku hilang fokus, aku ting-tong...

    Bahagia aku datang bile aku bersama anak-anak aku... Memang ada waktunya, kemarah tu tak dapat aku bendung.. Maafkan Ummi, anak-anak Ummi...

    Dan ketidak bahagiaan aku bila aku bersama dia... 
    Orang yang tidak pernah menghargai aku.. kepenatan aku... Kesusahan aku...
    Dia yang aku harapkan untuk berkongsi kesenangan juga, bukan sekadar berkongsi dan memikul kesusahan aja... Tapi, ya, sekarang, dia adalah salah satu ketidak gembiraan aku.. ketidak bahagiaan aku...
    Maaf, tapi itu hakikatnya....

    Aku : Dalam pertimbangan untuk membuang ketidak bahagiaan aku.. Kerana aku tak punya banyak masa untuk dibazirkan ke arah yang tidak membuatkan aku gembira dan bahagia.... 

    Aku : Bukan mahu mencari bahagia lain, cukuplah sekadar aku menikmati rasa bahagia yang ada tanpa perlu menjebakkan diri dalam duka dan seksa ketidak bahagiaan aku.

    Aku : Cuma mahu mencoret warna-warna bahagia selagi hayat dikandung badan...

    Aku : Tidak mahu terus memikul beban dan seksa hanya sekadar untuk tidak mendapat apa-apa ganjaran pahala, kerana sejujurnya aku memang sudah tidak ikhlas dalam pengorbanan yang aku sedang lakukan sekarang ini...

    Kronologi Mahu Kurus : Graf Berat Aku

    Print screen graf berat aku... 1.6kg je turun lam dekat 2 bulan nih...
    Aku prefer untuk letak berat aku lam graf camne.. Sebab nampak dengan obviousnye naik ke turun ke berat aku... Hehehehe...

    Friday, April 6, 2012

    Kronologi Mahu Kurus : Lunch Aku

    Seperti yang aku buat sebelum ni (masa aku berdiet sebelum aku peknen dulu), aku tidak terlalu mengawal pemakanan aku... Tapi takde la sampai main sumbat je sume yang aku rase nak makan... Cume nye aku hadkan jumlah pengambilan setiap makanan...

    Nasi ? Aku tetap makan nasi... Tapi aku cuma
    MAKAN NASI SEKALI SEHARI... waktu LUNCH SAHAJA...
    Bagi aku, aku perlu makan nasi. Untuk tenaga dan juga untuk anak aku....
    Kenapa...?
    Sebab aku still lagi breast feed anak aku yang kedua ni... Sekarang umur anak aku dah nak masuk 1 tahun 2 bulan.. So, ade lagi 10 bulan untuk aku breast feed dia, insyaAllah...

    Aku selitkan sikit pendapat aku tentang menyusukan anak kat entry ni...
    Bagi aku, aku susukan anak aku bukan semata-mata untuk kuruskan badan, tapi itu adalah hak dia sebagai seorang anak.. Maka, bagi mereka yang mempunyai bayi kecil dan tiada halangan untuk menyusukan anak, susukanlah mereka... Kerana setiap titis susu ibu itu, Allah telah janjikan pulangan yang terlalu besar untuk digambarkan...

    Okeh.. Aku selitkan gambar santapan aku untuk lunch arini... Jangan terkejut ye... Macam yang aku katakan, aku makan nasi sehari sekali je.. Time lunch.. Timing yang ok, sebab bile makan nasi dalam jumlah yang banyak time lunch, penggunaan tenaga dalam masa pas lunch ke waktu nak tido (malam) quite banyak kan.. So, maybe xde la banyak sangat lemak yang tertinggal lam badan ni.. Huhuhuhu...

    Lunch 6/4/12 aku...
    Aku tak sempat nak wat entry mase kat opis tadi... Lam pc aku ade aku simpan graf berat badan aku.. Bile aku kongsikan dengan orang lain, aku rase makin bersemangat lam usaha nak kuruskan badan.. Hehehehe..


    Thursday, April 5, 2012

    Kronologi Mahu Kurus : Suatu Permulaan

    Bismillahirrahmanirrahim..
    Memulakan catitan dengan menyebut namaMu ya Allah... Moga usaha aku akan berjaya...
     Menyahut pandangan sahabat aku, Apple, agar aku memulakan entry berkenaan cara-cara menguruskan badan or resepi masak-masak simple dan menggemukkan...

    Maka, jika di'relate'kan dengan usaha aku sekarang, aku sedang berusaha untuk menguruskan badan....
    Jadi seiring dengan usaha aku, better aku coretkan perjalanan aku menuju kekurusan badan...
    Aku bukanlah seorang yang suke amek ubat kurus, or yang seangkatan dengannya...
    Aku lebih suka lakukan dengan usaha yang agak berat dan memakan masa yang tidak sedikit.. Namun, insyaAllah hasilnya akan kekal dalam jangka waktu yang lama... Baru le thrill...

    Alhamdulillah, aku dikurniakan badan yang agak mudah untuk kurus (dan mudah gak untuk gemuk... hahahahha).. Maka, aku meletakkan ini sebagai suatu kelebihan dan juga motivasi untuk aku berusaha menguruskan badan... Ya, ko boleh lakukan... 

    Sebelum ni aku penah gak berusahan untuk menguruskan badan.. Alhamdulillah usaha aku dulu menampakkan hasil yang positif..
    Tapi pas kelahiran anak ke-2, berat badan aku naik... 10kg++...
    Debab hokeh....
    Berat aku ketika aku berhasrat nak start menguruskan badan adalah 57.8 kg.. 
    Which was dalam 16 Februari 2012...

    Perkara yang paling penting kalau kita mahu kurus adalah:
    KEINGINAN YANG KUAT UNTUK MENGURANGKAN BERAT BADAN
    dan juga
    keizinan dariNya...

    Cukup la entry aku kali ni... Anak aku lak nak guna lappy.. Nak main game... Hisssshhh budak zaman sekarang.. Belum masuk 4 tahun pun dan pandai macam-macam kalau masuk bab gadget-gadget canggih ni...

    End here.

    Wassalam.
     

    Improvement | Penambahbaikan

    Aku tetibe terfikir nak improve blog aku.. Hmmmm... Aku nak wat entry yang orang akan suke bace.. Bukan tu aje.. Yang penting, entry yang aku buat sendiri untuk share sikit manfaat dengan orang lain....

    Tengah berfikir-fikir... Entry ape yang aku nak buat....

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    TuneList

    TuneList - Make your site Live