So which of the favors of your Lord would you deny?

(Al-Quran: 55)

Tuesday, December 27, 2011

Lupa | Forgot | نسيت

Macam mana la boleh lupe ni...?
Dah elok-elok wat kan untuk tice-tice Zuhair & Zinnirah.. Lupe lak nak snap pic...
Dah terus bagi kat Tice Teha ngan Tice Jiey...
Huhuhuhu... Camne la ley lupe...

Dah sms mintak Tice Teha snapkan pic...
Mintak-mintak ler boleh..
Klo x.. Huhuhu kecewa ler..
Kene la tunggu siap hasil-hasil lain untuk tice-tice yang lain lak...

Sunday, December 25, 2011

Agro Resort Semuji, Kuantan

21 - 23 Disember 2011 :
Aku kene attend Ibadah Camp kah Agro Resort Semuji, Kuantan.. Dek kerana Aisyah Zinnirah ku still lagi menyusu badan, maka aku bawa skali suamiku, incek Yusof, ke sana.. Dan dialah yang tolong aku jaga anak-anakku Ahmad Zuhair & Aisyah Zinnirah sepanjang 3 hari kami kat sana...

Sepanjang kami kat sana, hujan tak putus-putus membasahi bumi ALLAH. Maka, terpaksalah mereka 3 beranak menghabiskan kebanyakkan masa dalam chalet jer. Kesian kesayangan-kesayangan aku...
Takpelah, insyaAllah, tahun depan kita ke sana lagi yer..Tapi masa musim buah pulak yer..

Apa yang aku dapat sepanjang kursus kat sana..? Terlalu banyak yang aku dapat dan aku xsabar nak kongsikan dengan semua yang aku sayang... Salah satunya ialah:

SETIAP YANG HIDUP PASTI AKAN MERASAI KEMATIAN. PENGHABISAN YANG BAIK ITULAH YANG SEPATUTNYA DIHARAPKAN OLEH SEMUA MEREKA YANG PERCAYA DENGAN ADANYA ALAM LAIN SELEPAS KEMATIAN.

Aku terlalu lama dah mengabaikan perasaan takut.. Bukan takut untuk mati, tapi takut untuk mati dengan kesudahan yang tidak baik. Nauzubillah... Dan aku harap semua orang ada perasaan yang macam tu jugak.. Sebab MATI ITU CUMA SEKALI. Dan biarlah kematian tu merupakan permulaan untuk perjalanan yang baik untuk kita lalui bermula dengan alam kubur, alam barzakh, alam mahsyar dan seterusnya dengan izinNya kita dikurniakan redha dan syurgaNya kelak.. Amin...

Thursday, December 15, 2011

Finally, After 8 Years

Akhirnye selepas 8 tahun aku memandu tanpa lesen memandu yang sah...


Perhatian (sile rujuk nombor sepertimana yg tertera dalam gambar di atas) :
  1. Alamat ni adalah alamat aku mase kat IIUM Gombak (mase aku student dulu, aku penah register nak buat lesen memandu le konon, last-last tak sambung pun...)
  2. 11/12/13 - cantek kan tarikh last aku jadi pemegang lesen memandu percubaan...
  3. Sile abaikan ini... malu dowh....

Tuesday, December 13, 2011

13/12/11

Nak buat entry semata-mata tarikh arini 13/12/11.. hehehehe... Takde ape yang aku coretkan sebab aku lebih terarah kepada aktiviti mencari pattern untuk aku gune dalam aktiviti baru aku yang kurang mendapat masa lapang untuk membuatnya...

Bile dah ade hasilnya, InsyaAllah akan aku wat entry khas untuknya lam blog aku nih...

Haah.. 13/12/11 ni tarikh birthday kawan aku, Apple yg ke-18++.. hahahahahaha

Monday, December 12, 2011

Ya Allah, Sembuhkanlah Dia

Bismillahirrahmanirrahim.... 
Ya Allah, Engkau sembuhkanlah Aisyah Zinnirah ku... 
Kurniakanlah kesihatan dan keselamatan yang berpanjangan kepada anak-anakku, Ahmad Zuhair & Aisyah Zinnirah.. 
Moga dengan kesihatan dan keselamatan yang Engkau kurniakan, mereka dapat terus menyusuri dan mencari jalan terbaik menuju Mu sebagai insan soleh & Solehah...
Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Makbulkanlah doaku buat anak-anakku...
Amin ya Rabbal 'Alamin....

Aisyah Zinnirah demam lagi.. Sembuhkanlah dia, ya Allah...
Dalam entry kali ni, aku mahu share some doa untuk sama-sama dipraktikkan... Moga memberi manfaat kepada kita semua...

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا اشتكى منا إنسان مسحه بيمينه ثم قال اِذْهَبِ البَأْسَ رَبَّ النَّاسِ وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَاءً إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَماً
 Ertinya : Nabi s.a.w ketika didatangi aduan (sakit) oleh seseorang, nabi akan menyapunya dengan tangan kanan baginda sambil membaca " Jauhkanlah dia dari kesakitan, wahai Tuhan sekalian manusia, sembuhkanlah dia, dan engkaulah maha penyembuh yang tidak akan datang kesembuhan kecuali datang dariMu, kesembuhan dari jenis yang tidak akan kembali penyakitnya" ( Riwayat Muslim)
 ***
كان النبي صلى الله عليه وسلم يعوذ الحسن والحسين ويقول : إن أباكما كان يعوذ بها إسماعيل وإٍسحاق أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطاَنٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّة (رواه البخاري)
Ertinya : Nabi s.a.w ketika sedang meminta perlindungan untuk Al-Hasan dan Al-Husain berkata : Sesungguhnya kedua-dua ibu bapamu meminta perlindungan dengan (bacaan) yang dibuat oleh Nabi Ismail dan Ishak iaitu : "Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna, daripada setiap Syaitan dan mahkluk berbisa dan dari setiap pandangan mata dengki & hasad yang berniat jahat" ( Riwayat Al-Bukhari)

***

أن جبرائيل أتى النبي صلى الله عليه وسلم فقال يا محمد اشتكيت ؟ قال نعم , قال : بِسْمِ اللهِ أُرْقِيْكَ مِنْ كُلِّ شَيْئٍ يُؤْذِيْكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْعَيْنٍ أَوْ حَاسِدٍ , اللهُ يُشْفِيْكَ بِسْمِ اللهِ أُرْقِيْكَ
Ertinya : Telah datang Jibrail kepada nabi sa.w dan berkata : Wahai Muhammad, adakah kamu mengadu kerana sakit? . Jawab Nabi " Ya". Jibrail membalas " Bacalah "Dengan nama Allah yang mengubatimu, dari segala perkara yang menyakitimu, dan juga dari kejahatan setiap jiwa,mata dan hasad. Allah akan menyembuhkanya dan dengan namaNya engkau disembuhkan" 
***
Baca tujuh kali dengan tangan diletak di tempat sakit , kemudian baca Bismillah tiga kali dan terus baca doa berwarna biru :

أنه شكا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم وجعا يجده في جسده منذ أسلم فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم ضع يدك على الذي تألم من جسدك وقل باسم الله ثلاثا , وقل سبع مرات : أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ 

Ertinya : Seorang sahabat datang mengadu kepada Nabi berkenaan kesakaitan yang terdapat ditubuhnya sejak dari ia masuk Islam, lalu nabi mengajarkan berkata : " Letakkan tanganmu ditempat yang kamu merasai sakit itu dan bacalah Bismillah tiga kali dan kemudian bacalah tujuh kali : " Aku berlindung dengan kuasa Allah dari segala kejahatan  yang telah menimpaku dan yang aku ingin hindari. ( Riwayat Muslim)

***
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من عاد مريضا لم يحضر اجله فقال عنده سبع مرارٍ أَسْأَلُ اللهَ العَظِيْمَ رَبَّ العَرْشِ العَظِيْمِ أَنْ يُشْفِيَكَ إلا عافاه الله من ذلك المرض

Ertinya : Nabi telah berkata " Barangsiapa melawat orang yang sakit yang belum kelihatan akan tiba ajalnya (sakit yang dikira boleh sembuh), bacalah di sisinya tujuh kali : " Aku memohon kepada Allah yang maha agung, tuhan bagi arasy yang agung agar menyembuhkanmu". Tiadalah dibacakah itu kecuali akan disembuhkan dengan izin Allah dari sakit tersebut. ( At-Tirmidzi : hadis Sohih)
***

Imam Ibn Qayyim berkata “dari kaedah pelindung dan penyembuh dari hasad mata dan yang sepertinya adalah membaca dau Qul ( Surah An-Naas dan Al-Al-Falaq) dan Al-fatihah, ayat Kursi dan lain-lain doa dari hadis nabi” iaitu antaranya seperti di atas. (At-Tibb al-Nabawi, hlm 168)


Thursday, December 8, 2011

| Alhamdulillah | Harta Terbaruku |

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memberi aku kesempatan untuk memiliki sekejap harta-harta di dunia ni... 
Cesss... Ayat cam harta timbun-timbun jer... 
Padahal barang-barang kat rumah... 
Hehehehe

Ni la, latest harta aku yang baru je aku dapat pagi tadi..... SINGER 8280... 
Yeaaahhh.. Menguatkan lagi kegilaan benang aku... 
Ingat ade gile kentang jer ke...  
Gile benang ade gak...

Tada...... 
Perkenalkan, singe betine belaan aku...
Nak kasik nama ape yer... Nanti aku update pe nama yang aku kasik kat singe betine ni.. 
Hehehe.. Mane aku tau singe ni betine...
Ntah... 
Aku ikut suke aku je....
Cik Singer 8280
Sebelum tu... Dalam bulan Oktober, aku menambah lagi barang lam umah aku.. 
Ini xde la aku gile sangat... 
Yang ni bagi mengisi kegilaan bermusim aku terhadap baking... 
Cess skali lagi, ayat cam skill baking power jer...

Tada (again)..... 
Perkenalkan incek Pensonic AE-350N aku...
Okey tak kalau aku kasik nama dia Incek Owen...?

Ini Incek Owen saya... wewiiitttttt
Harapan aku, moga dengan ade nye harta baru aku ni, insyaAllah dapat permudahkan jalan untuk aku dapatkan pendapatan sampingan untuk tampal-tampal pendapatan bulanan aku...

USAHA TANGGA KEJAYAAN
Ya Allah, Engkau permudahkanlah langkahku dalam usahaku untuk memperbaiki mutu dalam kehidupanku.. Baik dari segi mencari rezeki untuk kehidupan di dunia dan juga dalam mencari bekal untuk aku bawa ke sana kelak... Amin.....

Wednesday, December 7, 2011

20.11.2011 Cantek tarikh ni kan....

Alhamdulillah Aisyah Zinnirah dah makin sihat... Ahmad Zuhair pun sama, makin hari makin menghiburkan hati.. Memang betul kata orang, anak-anak ni anugerah Tuhan untuk jadi pengubat hati. Betapa beruntungnya aku dengan anugerah yang Dia berikan pada aku selama aku bernafas ni...

Alhamdulillah

Ini adalah entry tertangguh aku.. sepatutnye aku publish on 20.11.2011 aritu...

Sunday, November 20, 2011

20.11.2011

20.11.2011 Cantek tarikh ni kan....

Alhamdulillah Aisyah Zinnirahdah makin sihat... Ahmad Zuhair pun sama, makin hari makin menghiburkan hati.. Memang betul kata orang, anak-anak ni anugerah Tuhan untuk jadi pengubat hati. Betapa beruntungnya aku dengan anugreah yang dah Dia kurniakan pada aku... Betapa nikmat Allah tu terlalu besar...

 

Syukur Alhamdulillah...








Friday, November 11, 2011

Cinta Hatiku

Terima kasih Allah...
Kerana menjadikan aku sah milik dia pada 26 Sha'ban 1428H...

DIA tambah lagi anugerahNya buatku pada 17 Jamadil Akhir 1429H...
dan satu lagi pemberianNya untukku pada 17 Rabiul Awal 1432H..

Moga anugerah-anugerah ini akan terus menjadi milikku hingga ke syurga...

Ya, aku tetap mendambakan syurga Allah itu..
Walaupun tak terhitung dosaku...
Ya Allah, izinkanlah aku dan suamiku serta anak-anakku menjadi ahli syurgaMu...
Moga anak-anakku diciptakanMu bagi menjadi insan soleh & solehah...
Amin....

Anugerah dalam hidupku... Terima kasih, Allah...

Baru aku pasan yang entry ni aku tulis on 11.11.11...



Thursday, November 10, 2011

Monday to Sunday

Okeh... Minggu ni, koje dari Senin sampai Ahad... Camne nih.. Xde cuti langsung ni... Sabtu & Ahad ni kene attend programme "Preparation Review & Revision of Accreditation Document" kat Holiday Villa Beach Resort, Cherating... Seb bek kat Cherating jer.. Ley bawak family.. Oelh itu, incek suamiku dan anak-anakku, Ahmad Zuhair & Aisyah Zinnirah ley la besuke-suke semasa aku duk bersuka-duka lam programme..

Maka, dengan rasminya, aku koje 7 hari minggu ni.. Nak claim overtime ke, nak claim sub-leave..? Cuti aku banyak lagi... Duit..? Banyak lagi (Kot... hahahahahaha...) Dan yang pasti, aku nak wat gak travelling claim... Bukan free boh duit minyak kot dari Kuantan ke Cherating pun... Xde nye aku nak bek hati tanggung duit minyak sendiri... Dah le programme tu compulsory kene attend.. Nominate yer.. bukan aku yang gatai-gatai apply...


Monday, October 17, 2011

Memiliki | Dimiliki

Ni entry aku lam peraduan buat sajak... Sajak ke...?
Okeh... Aku cume nak try my luck (again)... Hehehehe... Kali ni try join contest KARSO : HASIL KARYA SAHABAT2 KITA...Organized by Warga 1983... Group yang aku sesaje join... Yelah, boleh kenal dengan mereka yang sama-sama lahir tahun 1983.. Hehehehe.. Agak meriah kot group ni... Aku je yg an-off.. hehehehehe.. Tatau le penyertaan aku diterima ke tak....

Sile komen ye... Ape pendapat anda...

KARSO : Karnival Rakan Sebaya Online

Tuesday, October 11, 2011

Doaku

Ya Allah, Engkau jadikanlah aku seorang ummi yang tak pernah putus untuk mendoakan kebaikan untuk kedua-dua anakku, Ahmad Zuhair & Aisyah Zinnirah. Jadikanlah diriku, anak-anakku, ahli keluargaku & teman-temanku sebagai hamba-hambaMu yang menjaga solat kami, agar hidup kami sentiasa berada di bawah bimbinganMu. Jauhkanlah kami daripada azab kubur & nerakaMu. Amin ya Rabbal 'Alamin.

Tuesday, October 4, 2011

Vroommm.. Vroommm Zuhair | Walker Zinnirah

Abang Zuhair bawak Adik Zinnirah nek  Vrooom vroomm...

Ni lak walker adik Zinnirah.. Abang Zuhair takley naik...

Suke tengok anakanda seronok.. Huhuhuhuhu.. Mase kecik dulu, Ummi takde pun dapat pun kete cam Ahmad Zuhair... Anything untuk anak Ummi, Ummi tak kesah. Asalkan anak-anak Ummi gembira.. Yelah.. Adik Zinnirah dapat walker... Abang Zuhair dapat Vrooommm Vrommmm...

Zinnirah

ZINNIRAH(Album : See You Di IPT)

Hadirmu bersama kuntum senyuman
Walau dirimu hamba tawanan
Kau jadi impian firdausi
Kau jadi pingitan hiasan duniawi
Walau tak pernah melihatmu
Zinnirah

Matamu jadi taruhan
Gantian lara nilaian iman
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan derita ini
Terlindung sudah indahnya maya
Mata hatimu tetap menyala

Oh Zinnirah
Kau umpama bintang di malam hari
Menerangi alam dan ditemani cahaya purnama
Selaut kasih kau hamparkan untuk Ilahi
Tiada sempadan dan tiada bertepi

Oh Zinnirah
Kau umpama bintang di malam hari
Menerangi alam maya dan diteman purnama
Cinta murni yang kau dambakan untuk Ilahi
Tiada sempadan dan tiada bertepi

Oh Zinnirah
Kau serikandi sunyi
Bersendiri di medan ngeri
Dan bersuara sepenuh berani
Kasih suci yang kau hulurkan untuk Ilahi
Menagih korban kasih abadi

Hadirmu bersama senyuman
Walau diri hamba tawanan
Kau jadi pedoman
Zinnirah kau gadis pilihan
Hiasan dunia penyeri di firdausi

Album    : See You Di IPT
Lagu       : Putra Aiman (Hijjaz Records Publishing)
Lirik        : Pahrol Md. Juoi (Genta Rasa)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.

Thursday, September 15, 2011

Half Full | Half Empty


Our glass is either half empty or half full... As for me, it is half full.. far much better than entirely empty...

Tuesday, September 13, 2011

Tak Ikhlas pada Kejakunan

Entry Mode : Hangen satu badan.


Ikhlas dalam setiap perbuatan... tapi maaf, aku memang tak dapat nak ikhlaskan diri aku kalau aku terpaksa menghulurkan bantuan atas apa yang sepatutnya aku tolong.  Contohnya, aku memang tak ikhlas tolong sesape pun dari segi kewangan bile mana apa yang menyebabkan masalah tu adalah merupakan sesuatu yang bodoh untuk dilakukan. Maksud bodoh yang aku cuba sampaikan kat sini adalah : Perlakuan ataupun tindakan ataupun pape la yang tak perlu pun dilakukan, atau ianya dilakukan disebabkan oleh kejakunan manusia tu terhadap ape yang tak perlu dijakunkan langsung.

Berkira? Iya, aku memang berkira bab wang ringgit bile mana ianya melibatkan pembaziran ke atas perkara kejakunan. Ko nak jakun pape, itu suke hati ko la.. Yang menjadi kemarah aku adalah, bile mana kejakunan tu penyudahnya akan melibatkan campur tangan aku dalam bab kewangan yang perlu aku keluarkan. Duit haku okehhh... Aku kene keje untuk dapat duit.. Bukannye tetiap bulan tetibe je ade sekian-sekian amount yang di'cash'kan dalam akaun aku... Iye, pendek kata. kejakunan ko tu merugikan aku.. Pehal ..?

Friday, September 9, 2011

It had been a week


Seksa wooooo... Nak watpe pun tak selesa... Siyes.... Pagi ni patutnye aku ke dental clinic.. Tapi boss aku suh masuk opis dulu.. Ade ke patut...

Wednesday, August 31, 2011

Aidilfitri 1432H Kami

1st day of Syawal 1432H



Beraya kat 5 buah rumah jer, which are:
  1. Umah mak mertua aku kat Permatang Badak...
  2. Umah mak ngan abah aku Bukit Pelindung...
  3. Umah wan suami aku kat Balok....
  4. Umah arwah kawan mak aku kat Beserah... (aku memang kenal family makcik ni dari aku kecik lagi...)
  5. Umah mokde suami aku kat Pekan...
2nd day of Syawal 1432H... Kami sekeluarga balik ke Kg. Sekara, Chenor, Pahang... (kampung mak aku...) ade majlis sikit sempena perkahwinan Mak Chik aku...

3rd day of Syawal, InsyaAllah family boipren adik aku yang ke-3 akan datang ke rumah... Acara risik-merisik le lebey kurang...

4th day of Syawal lak, kene tolong mak abah aku prepare untuk majlis tunang adik aku..

5th of Syawal, InsyaAllah adik aku yang ke-5 akan melangsungkan majlis pertunangannye ngan boipren dia...

Monday, August 29, 2011

Warna Tema | Aidilfitri 1432H

Entry tertangguh:

Tahun lepas, kami bertiga sambut Aidilfitri dengan baju raya kaler ala-ala pinky peach gitu.. Dan tahun ni, insyaAllah kami akan menyambut ketibaan Syawal berempat pulak.. hehehehehe... ade ahli extra tahun ni... Moga Aidilfitri tahun ni makin meriah...

Dan tahun ni, kaler tema adalah.. PURPLE.. hehehehehe... Disebabkan gaun yang Makwan belikan untuk Aisyah Zinnirah bebaru ni berwarna purple, kebetulan pulak baju kurung aku ade elemen purple yang masuk geng gak... Maka misi mencari baju melayu Ahmad Zuhair dan abahnya diakhiri dengan kata sepakat.. Baju raya tahun ni berwarna purple...



Eid ubarak 1432H

Salam Aidilfitri... Hari ni insyaAllah merupakan hari terakhir di bulan Ramadhan 1432H. Moga masih dipanjangkan jodoh untuk bertemu Ramadhan akan datang.

Ramadhan tahun ni, aku dapat sekali je bertarawih di masjid. Takpelah, bak kata suami aku, adat orang ade anak kecik. Tunggu la anak dah besar sikit nanti, boleh la bertarawih kat masid bawak anak-anak.. Kalau nak bawak skang ni pun, anak aku, Ahmad Zuhair, suke sangat berlari-lari lam masjid. Maklumlah, masjid kan luas. Jadi mengganggu jemaah lain jer..

Moga dipertemukan lagi kita dengan ramadhan yang akan datang...

Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga,
Hani, Yusof, Ahmad Zuhair & Aisyah Zinnirah

Thursday, August 25, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H


Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga. Moga sama-sama beroleh berkat dengan kehadiran Syawal tahun ni...



Friday, August 19, 2011

Puasa | Kenangan MTT

Entry mengulit kenangan lagi... Cenggini le, bile budak yg penah duk hostel ni dah beso-jalo (bese kengkawan aku yang duk Ganu gune perkataan ni...) sume kenangan nak diulit-ulit.. saje cari pasal nak kasik rindu kat skolah... Hehehehe..

Bile bulan pose ni, mende yang aku paling takley lupe... Solat Terawih... Kenape aku takley lupe... Hehehehehe Kat skolah aku ade budak yang amek aliran tahfiz, mase ni la bese nye ustaz diorang gune kan untuk asah hafalan diorang... Macam mane...? Al-Quran itu ade 30 juzuk semuanya.. maka, bulan puasa ni bese nye ada le 29 hari kan...? Maka, secara kasarnya, 1 juz akan dibaca dalam sehari... Dan yang aku takley lupe skali, bile 1 juz tu dihabiskan dalam 8 rakaat.. okeh... 1 juz, 8 rakaat.. dan bagi budak yang huhahuha cam aku ni, itu adelah sangat mencabar... Dan bese  nye aku akan try le bertahan 4 rakaat, then aku melepak ngan bebudak ni kat belakang.. 

1st day Ramadan tahun 1997, aku ingat lagi, mase tu warden kitorang pe-od.. dia bukan main marah lagi bile bebudak pompuan ni melepak mase solat terawih.. sebab dia tak rase lagi camne lenguh nye kaki aku time tuh... Bese la.. budak tak kuat iman... Tapi, pas dia dah ley solat, amek ko, dengan dia-dia skali melepak ngan kitorang.. tau pun camne lenguh nye.. Tapi bile ingat-ingat balik, rugi sangat sebab tak menghayati semua tu dulu.. Skang ni kat mane lagi nak cari camtu punye pengalaman.. Rase nye, amalan tu still dipraktikkan kat skolah aku tu kot.. Hmmmm... Moga dikurniakan kesempatan untuk aku berkunjung ke sana... Melepaskan rindu pada sekolah... dan juga pada pendidik yang banyak sangat aku berhutang budi dan jasa ngan diorang...

Tuesday, August 16, 2011

Count Down




Mati itu Benar

Rabu - 10/8/2011 - 12.00 pm++ mak aku call, bagitau yang kawan dia tengah nazak di HTAA. Aku pun kenal rapat dengan makcik tu dan family dia, since kecik lagi kenal. Dalam 3.00 pm camtu baru la aku sempat ke HTAA. Masa aku sampai kat wad Mawar, anak-anak makcik tu semua dah ade kecuali sorang yang duk kat Sabah... Petang baru dia naik flight dari sana...

Tak lama aku melawat dia, yelah, office hour, bukan ley lemame, nanti ramai le yang mecari (kat opis aku ni, klo aku ilang xley, klo orang len ilang, ade dorang kesah...? pilih kasih okey....) Petang, ade program buke pose sama-sama ngan staff jabatan aku.. Bos-bos xjoin.. kitorang-kitorang jer.. Jadi, aku xsempat le nak lawat makcik tu ngan hubby & anak-anak aku...

Esok nya, tah kenapa, aku lupe nak tanye pada mak aku camne keadaan makcik tu, sebok sangat kot.. Dah malam baru aku call mak aku, tapi abah aku yang jawab sebab mak aku tengah solat. "Makcik Moon dah selamat kebumi pagi tadi..." Haaaaaaaaaaaa.. Okeh aku sangat rase bersalah sebab tak pegi ziarah pagi tu... "Abah ngan Mak lupe nak bgtau awak..." Hmmm takpe la Abah, nanti akak pegi la ziarah keluarga & pusara Allahyarhamah Makcik Moon  ye...

Berhadapan dengan kematian orang lain, buat aku terfikir lagi, baru semalamnya aku pegang tangan arwah mase aku lawat beliau di hospital.. dan esoknya, beliau telahpun dipanggil kembali bertemu Kekasihnya... Ya, mati itu benar. Cuma kita yang tak tau, bile waktu kita pula yang akan dipanggil.





Tuesday, August 9, 2011

Doa Murah Rezeki

Ya Allah,
Sekiranya rezeki kami masih lagi dilangit,
maka turunkanlah ia.
Jika ia ade di bumi,
keluarkanlah ia.
Jika ia ade didalam lautan,
munculkanlah ia.
Sekiranya rezeki kami ade di tempat yang jauh,
dekatkanlah ia.
Jika ianya sedikit,
banyakkanlah ia.
Dan jika caranya sukar untuk sampai ke kami,
mudahkanlah ia.
Serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami dengan kemuliaanMu, kepemurahanMu dan kebaikanMu,dengan rahmatMu
wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Amin..

9 Ramadhan 1432H




Friday, August 5, 2011

5 Ramadhan 1432H | Puasa Si Miskin

Okey.. entry ni aku Ctrl+C then Ctrl+V dari email adik aku, Hidayati Husna... untuk renungan bersama di hari ke-5 berpuasa tahun ni...

***

Diriku   yang seringterlepas pandang.  Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan  buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak  kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi
dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..."
Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang  jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo
tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. 
 
Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit
"Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. 
 
Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah  seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang
itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. 
 
Dia berkata:
"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."

Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"?
 
Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.
 
Sekadar gambar hiasan...
 
***



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TuneList

TuneList - Make your site Live