So which of the favors of your Lord would you deny?

(Al-Quran: 55)

Sunday, December 25, 2011

Agro Resort Semuji, Kuantan

21 - 23 Disember 2011 :
Aku kene attend Ibadah Camp kah Agro Resort Semuji, Kuantan.. Dek kerana Aisyah Zinnirah ku still lagi menyusu badan, maka aku bawa skali suamiku, incek Yusof, ke sana.. Dan dialah yang tolong aku jaga anak-anakku Ahmad Zuhair & Aisyah Zinnirah sepanjang 3 hari kami kat sana...

Sepanjang kami kat sana, hujan tak putus-putus membasahi bumi ALLAH. Maka, terpaksalah mereka 3 beranak menghabiskan kebanyakkan masa dalam chalet jer. Kesian kesayangan-kesayangan aku...
Takpelah, insyaAllah, tahun depan kita ke sana lagi yer..Tapi masa musim buah pulak yer..

Apa yang aku dapat sepanjang kursus kat sana..? Terlalu banyak yang aku dapat dan aku xsabar nak kongsikan dengan semua yang aku sayang... Salah satunya ialah:

SETIAP YANG HIDUP PASTI AKAN MERASAI KEMATIAN. PENGHABISAN YANG BAIK ITULAH YANG SEPATUTNYA DIHARAPKAN OLEH SEMUA MEREKA YANG PERCAYA DENGAN ADANYA ALAM LAIN SELEPAS KEMATIAN.

Aku terlalu lama dah mengabaikan perasaan takut.. Bukan takut untuk mati, tapi takut untuk mati dengan kesudahan yang tidak baik. Nauzubillah... Dan aku harap semua orang ada perasaan yang macam tu jugak.. Sebab MATI ITU CUMA SEKALI. Dan biarlah kematian tu merupakan permulaan untuk perjalanan yang baik untuk kita lalui bermula dengan alam kubur, alam barzakh, alam mahsyar dan seterusnya dengan izinNya kita dikurniakan redha dan syurgaNya kelak.. Amin...

1 comment:

  1. seronok kan kalau slalu dapat input macam tu.. at least mengingatkan kite akan kesalahan yg slalu kite lakukan.. semoga kita akan sentiasa ingt apa yg kita dapat kat sane.

    tp entah macam mana nak tekadkan hati untuk ke arah itu. masih lagi ade part yg tergelincir.. huhuhuhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TuneList

TuneList - Make your site Live