So which of the favors of your Lord would you deny?

(Al-Quran: 55)

Saturday, February 10, 2018

Tips KakMun: Kenali Kulit Anda & Ketahui Penjagaan yang Sesuai



Seperti yang kita sedia maklum, setiap orang yang mempunyai jenis kulit yang berbeza-beza. Ini sangat bergantung kepada kandungan air dan minyak (lipid) pada kulit, serta kadar sensitiviti seseorang.

Secara amnya, terdapat 4 jenis kulit iaitu:
  • kulit normal
  • kulit berminyak
  • kulit kering
  • kulit kombinasi
Dan kita juga perlu tahu bahawa jenis kulit kita boleh berubah-ubah atas beberapa faktor. Contohnya seperti
  • keadaan tertekan (stress)
  • perubahan hormon yang mendadak
  • pengambilan ubat-ubatan
  • kesan produk yang digunakan
  • dan lain-lain faktor

Jadi jangan hairan jika kulit kita dahulunya kering, sekarang tiba-tiba berminyak, atau sebaliknya. Kita mesti peka atas apa-apa perubahan yang berlaku pada kulit muka kita.

CARA KENALI JENIS KULIT MUKA

Bagaimana hendak mengenal pasti jenis kulit? 

Mudah saja. Ikuti langkah berikut ya:
  1. Jika anda mngenakan make-up, bersihkan terlebih dahulu dengan make-up remover. Kemudian cuci muka menggunakan pencuci muka yang lembut dan tidak mengeringkan kulit. Seterusnya lap muka anda dengan tuala yang besih.
  2. Tunggu sehingga satu jam. Pada ketika ini, kulit anda akan kembali pada keadaan asalnya mengikut jenis kulit. AWAS! JANGAN SESEKALI PEGANG MUKA ANDA DENGAN TANGAN YA.
  3. Dap kulit muka anda dengan blotting paper atau minyak kertas. Satu keping untuk bahagian dahi, satu keping untuk setiap satu pipi, satu keping untuk bahagian hidung dan satu lagi untuk bahagian dagu.
  4. Perhatikan pada setiap blotting paper tersebut.
  • Jenis kulit kering – Setiap blotting paper adalah kering dan tiada kesan minyak langsung.
  • Jenis kulit normal – Setiap blotting paper hanya ada sedikit kesan minyak.
  • Jenis kulit berminyak – Setiap blotting paper mempunyai kesan minyak yang banyak hingga blotting paper kelihatan lutsinar.
  • Jenis kulit kombinasi – Kesan minyak yang banyak pada blotting paperbahagian dahi dan hidung (T-zone). Manakala di pipi dan dagu adalah kering atau sedikit berminyak.

KULIT NORMAL


Kulit normal,kulit yang paling mudah untuk dijaga tapi kena berhati-hati juga. Memiliki kulit normal,anda boleh dikira bertuah.

Kulit normal masih perlu dijaga rapi. Apapun, kulit muka tetap terdedah pada sinaran UV, pencemaran,jadi kena baca tau artikel ni. Kulit anda kelihatan “perfect” “flawless”,tapi masih perlukan penjagaan supaya kulit tak termasuk dalam kategori bermasalah.

Basically, gunakan pencuci muka yang lembut, toner atau pencerah yang tidak menyebabkan iritasi iaitu AHA atau BHA exfoliant, pelindung UV dengan SPF30 ke atas,antioksidan, pelembap yang sesuai.

Sebagai tambahan, pakai serum antioksidan sebab kulit normal pun perlukan antioksidan untuk menyegarkan kulit dan melawan radikal bebas dari sekeliling.

KULIT BERMINYAK



Bukan mudah untuk menjaga kulit berminyak. Seringkali kita berpandangan, minyak adalah tidak bagus untuk kulit muka. 

Sebenarnya tekstur kulit masih memerlukan minyak semulajadi yang seimbang untuk mengelakkan kulit kering dan mendapatkan permukaan kulit yang sihat dan lembut. 

Kulit berminyak terjadi apabila kuantiti minyak yang dihasilkan kelenjar dalam kulit muka berlebihan dan dipanggil “sebum”. Ia mengakibatkan liang pori kelihatan besar..

Untuk menjaga kulit berminyak, anda perlu elakkan dari menggunakan produk yang mengandungi bahan yang agresif dan mengeringkan kulit muka kerana ia akan menghasilkan lebih banyak minyak. Sebagai contoh, SD Alkohol dan fragrance (natural atau sintetik).

Elak produk yang membuat kulit makin teruk seperti menthol,mint dan eucalyptus. Produk yang menutup liang pori atau berfungsi melembapkan juga kurang sesuai kerana akan membuatkan kulit semakin berminyak. 

Umumnya, produk yang berbentuk pepejal seperti sabun muka bar , bedak asas dalam bentuk stik (stick foundation),krim atau losyen pelembap akan membuat keadaan kulit semakin teruk, ia membuatkan liang pori tersumbat. 

Fokus pada produk yang berbentuk cecair,ringan dan gel.

KULIT KERING



Kulit muka perlu sentiasa dehidrasi. Kulit muka kering memerlukan produk yang melembapkan kulit secukupnya,dengan itu kulit anda akan kelihatan muda selalu. 

Faktor utama yang membuatkan kulit kering adalah apabila permukaan kulit terganggu.Selain itu, genetik,keadaan sekeliling,pendedahan berlebihan terhadap sinaran UV ,perubahan cuaca dan tahap kesihatan seseorang turut menyumbang kepada terjadinya kulit kering.

Untuk memastikan kulit muka sentiasa terhidrat secukupnya, pertama sekali hentikan apa-apa yang yang boleh mengeringkan dan merosakkan permukaan kulit dengan menjauhi:
  • Produk berbentuk sabun bar
  • Pencuci muka yang mengeringkan
  • Produk yang agresif mengandungi bahan seperti denal alcohol,peppermint,menthol,mint,citrus,eucalyptus & fragrance (natural & sintetik)
  • Penggunaan air yang terlalu panas atau sejuk
  • Membiarkan kulit muka terlalu lama dengan air
  • Skrub kasar,berus atau alat pembersih yang boleh membuatkan kulit muka luka kecil.

Mulakan dengan melakukan ini:
  • Gunakan produk yang ada SPF 30 ke atas sepanjang tahun,setiap hari. Ini penting untuk melindungi sinaran UV. 
  • Gunakan pelembap dan serum yang mempunyai fungsi antioksidan,penambahbaikan kulit dan pemulihan kulit.
  • Exfoliat perlahan-lahan. Membantu membersihkan sel kulit mati.Cara paling baik dengan produk yang mengandungi alpha hydroxyl acid (AHA) dan beta hydroxyl acid(BHA).
  • Guna produk yang mengandungi skin-nourishing plant oils(bukan fragrant oils) atau hyaluronic acid. 
  • Pastikan bibir juga sentiasa lembap permukaannya.
  • Kurang dedahkan kulit pada keadaan terlalu sejuk
  • Minum air secukupnya

KULIT KOMBINASI



Kulit kombinasi ialah gabungan kulit berminyak dan kulit kering pada wajah anda. Kulit kombinasi mungkin disebabkan oleh genetik atau anda tidak sedar bahawa anda sedang menggunakan produk penjagaan kulit muka atau mekap yang menyumbang kepada terjadinya kulit kombinasi.

Tips untuk menjaga kulit kombinasi agak berbeza,tiada satu solusi untuk kulit jenis ini. Anda perlu mengenalpasti bahagian mana yang kering dan bahagian mana yang berminyak. Cara menjaga setiap bahagian bergantung kepada jenis kulit di kawasan tersebut.

Produk yang menyerap minyak sesuai pada bahagian yang berminyak tetapi ia tidak sesuai pada bahagian kulit kering. Jika anda menyapu produk pelembap pada bahagian berminyak, anda akan membuatkan bahagian tersebut semakin berminyak.Begitu juga sebaliknya.

Pencuci muka perlu khusus untuk kulit kombinasi. Bahagian kulit yang kering perlukan produk yang melembapkan,manakala, bahagian kulit berminyak memerlukan sesuatu yang bertekstur ringan.

Tips menjaga kulit kombinasi:

  • Gunakan produk yang bertekstur lembut. Pilih yang berasaskan losyen atau tekstur gel untuk pencuci muka. Ia berfungsi untuk mencuci kotoran dan mekap.
  • Sapu pencerah atau “toner” yang boleh menghidratkan dan melegakan kulit muka yang ada antioksidan dan bahan yang menambah baik keadaan kulit.
  • Gunakan produk yang lembut,tidak kasar dan mengandungi BHA exfoliat. Cari “exfoliator” yang boleh membuang sel kulit mati tanpa kesan kemerahan (bukan jenis skrub), tidak membuatkan liang pori tersumbat, mengurangkan kulit berminyak. Pilih yang berbentuk gel,cecair ringan atau berbentuk cecair seperti air. Eksfoliator yang ada BHA paling bagus.
  • Lindungi kulit dari sinaran UV. Amnya semua kulit memerlukan produk yang mempunyai SPF30 ke atas. Cari produk lembut yang menjanjikan kesan matte. Bagi bahagian yang kering,sapukan serum,selepas itu baru sapukan produk SPF.
  • Gunakan pelembap beerbentuk gel,serum atau yang berbentuk cecair pada seluruh muka pada waktu malam. Pastikan produk ini semua ada 3 bahan yang ada fungsi penting iaitu; antioksidan, penambahbaikan kulit(skin-replanishing dan memulihkan kulit(skin-restoring). Bahagian yang kering sapukan serum pelembap manakala bahagian kulit berminyak hanya perlukan kuantiti sedikit sahaja.

SKINCARE TERBAIK UNTUK SEMUA JENIS KULIT IALAH




OFFER BULAN INI



JAMINAN KAMI

Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam
  • Selamat (sijil Halal dan kelulusan KKM)
  • Semulajadi
  • Berkesan
  • Piagam ini telah diikrarkan semenjak lebih 50 tahun lalu, dan kini masih teguh berpegang padanya.
  • Shaklee Difference: Always Safe, Always Works, Always Green.

MENGAPA KAKMUN?

KakMun merupakan pengedar Shaklee yang jujur dan amanah, serta lebih mementingkan kesihatan anda. Hubungi KakMun agar KakMun boleh bantu anda dan keluarga anda lebih sihat. 

KakMun juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan konsultasi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda.


PENGHANTARAN

Penghantaran melalui pos akan diatur ke seluruh dunia samada menggunakan khidmat Poslaju, City-Link, GDex atau lain-lain yang bersesuaian dengan lokasi anda.

PEMBAYARAN

Pembayaran boleh dibuat menggunakan akaun Maybank, CIMB, Bank Islam atau Bank Muamalat.

NAK BELI SET SHAKLEE

Untuk mendapatkannya, anda mempunyai beberapa pilihan:
  • Belian online dengan menggunakan kad debit atau kad kredit anda
  • Belian di cawangan Shaklee terdekat (ID: 1260370) 
  • Hubungi KakMun di talian WhatsApp / Telegram +6012 686 5269 (Hunny Sooudin) untuk sebarang bantuan / belian melalui saya
Untuk pembelian produk Shaklee secara online menggunakan kad kredit / kad debit anda? Klik imej di bawah.

Atau daftar keahlian Shaklee untuk penjimatan hebat. 


NAK JADI PENGEDAR SHAKLEE?

Berminat menjadi pengedar Shaklee dan mendapat bonus tunai serta banyak manfaat lain? 

Jom sertai team business kami, THE UPHOLDERS GROUP yang mempunyai ahli aktif, kelas online percuma dengan masa yang fleksibel.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TuneList

TuneList - Make your site Live