Ada waktu,
Bangkit itu biasa-biasa aja keperluannya
Ada waktu,
Bangkit itu harus keperluannya
Dan ada waktu,
Bangkit itu wajib keperluannya
Dan aku,
Saat ini masih terus mengumpul kekuatan untuk bangkit
Bangkit dari kehidupan yang sederhana
Bangkit dari kehidupan yang sedikit dalam memberi
Bangkit dari kehidupan yang biasa-biasa
Bukan bererti tidak bersyukur
Jauh sekali kufur nikmat
Cuma tak salah
Jika ada lebih banyak peluang untuk berbuat kebajikan dan kebaikan jika punyai lebih
Itu lebih baik
Aku cuma damba bekal yang lebih untuk aku bawa ke sana
Aku cuma mahu berikan yang lebih walau ia takkan dapat menandingi jasa mereka
Aku cuma mahu beri lebih pada mereka semua
Jadi, aku perlu bangkit dengan usaha yang sentiasa lebih kuat, lebih banyak, lebih gigih
Doakan aku.
Terima kasih.
♥ Hunny Sooudin ♥
No comments:
Post a Comment