So which of the favors of your Lord would you deny?

(Al-Quran: 55)

Wednesday, May 4, 2011

Aku | Ummi yang Bertuah

Buah hati yang menjadi kebanggaan aku & suami


Alhamdulillah, dalam development progress anak-anak aku, banyak perkara yang menyedarkan aku betapa beruntungnya aku dan suami dikurniakan permata hati bernama Ahmad Zuhair & Aisyah Zinnirah. Syukur atas limpah RahmatNya dengan pemberian ini.
Ahmad Zuhair, walaupun nakal sket dan banyak menguji kesabaran aku, dia adalah seorang anak yang dikurniakan kepetahan bercakap yang cukup membuatkan kami terhibur dengan telatahnya. Alhamdulillah dia dikurniakan dengan perwatakan yang aktif dan juga akal fikiran yang cepat menangkap apa yang dia pelajari.

Ya Allah, Engkau kurniakanlah segala yang terbaik buat anak-anakku di dunia ini dan tempatkanlah mereka di syurgaMu di akhirat kelak.

 Aku cuma berharap agar aku mampu untuk mengawal amarahku tatkala berdepan dengan kerenah Ahmad Zuhair yang macam-macam hal. Aku ni cepat sangat melenting bile dia buat perangai degil dia tu. Entah berapa kali badan comel tu aku cubit. Entah berapa liter air mata anak aku mengalir disebabkan kesakitan dek cubitan aku. Bile difikirkan balik, sesalnya aku kerana tak mampu mengawal amarah. Tapi bile aku diuji lagi dengan kerenah anakku yang sorang tu, aku tewas lagi... Ahmad Zuhair... Maafkan Ummi yer sayang...

Ya Allah, Engkau selamatkanlah anak-anakku dari kekasaran tanganku. Janganlah Engkau biarkan aku terus tewas dalam ujian kesabaran ini. Janganlah Engkau biarkan aku terus menyakiti anakku. Izinkanlah aku untuk menjadi seorang ummi yang mithali.

2 comments:

  1. Semoga ALLAH berikan kesabaran yang lebih tinggi dalam kita mendidik anak2. at least kita sedar.. dan mencuba untuk menjadi lebih baik.. cuba dan terus cuba.. semoga berhasil.. aminnnn

    ReplyDelete
  2. Amin...moga sentiasa diberi kekuatan dan kesabaran...memang mencabar kan nak didik anak..ni baru bape org anak je..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TuneList

TuneList - Make your site Live