So which of the favors of your Lord would you deny?

(Al-Quran: 55)

Thursday, May 5, 2011

Zuhair Demam | Zinnirah Batuk

Ahmad Zuhair @ 2.15 am / 050511

Buah hati Ummi demam lagi.. Kesian anak Ummi.. Tapi bab nak makan ubat, ade mase senang sangat.. ade mase susah Ya Rabbi... Pastu merengek-rengek nak Ummi malam-malam... Makin manja bile tak sehat ni...

Paling tak sanggup nak hadapi bile Ahmad Zuhair batuk-batuk then termuntah. Memang dah jadi rutin tiap kali demam.. musti batuk-batuk then muntah.. Dah le kurang makan, muntah lak.. Aduhai.. remuk-rendam rase nye hati Ummi nengokkan keadaan anak Ummi macam ni...


 Aisyah Zinnirah @ 2.26 am / 050511


Aisyah Zinnirah lak batuk-batuk. Kesian anak dara Ummi yang sorang ni. Kecik-kecik lagi dah batuk.  Kadang-kadang bile batuk lebih sangat, adik pun sama, termuntah jugak. Habis susu adik muntahkan. Ummi risau sangat.. Takleh lupe mase kene jaga abang Zuhair kat wad mase umur dia baru 4 bulan dulu...


Wad Tanjung 4B, HTAA Kuantan @ Bed No.12


Kadang-kadang bile tengok anak-anak tak sihat ni, rase sanggup je nak tanggung sume kesakitan diorang ni. Tak kesah la diri ni sakit camne pun asalkan anak-anak sihat. Ya Allah, sembuhkanlah anak-anakku...

Ya Allah, Engkau kurniakanlah kesembuhan kepada anak-anakku. Kurniakanlah nikmat kesihatan dan kesejahteraan pada mereka. Amin Ya Rabbal 'Alamin...

Meniti Hari

Sedar tak sedar... dah hampir setahun kekusutan tu berlalu. Dan Alhamdulillah disebalik apa yang pernah berlaku, ada hikmah besar dalam kehidupan. Aku tau ada manusia yang tertawa dengan musibah yang pernah melanda aku. Tapi maaf, tawa kalian tak kekal lama. Aku tidak pernah mentertawakan orang lain, walau sebenci mana aku pada mereka. Ya, Tuhan tu Maha Kaya. Dia saja yang tahu apa hikmah yang terselit disebalik tiap satu kejadian.

Apa yang aku dapat dari apa yang berlaku? Menghargai dan dihargai... itu yang penting dalam hubungan. Banyak lagi la yang aku belajar dari apa yang dah berlaku. Syukur, bahagia tu masih tertulis untuk aku , suamiku dan anak-anakku. Alhamdulillah... Syukur...

Pendek kata, dalam  tempoh tu, aku ni disekolahkan balik le oleh kejadian tu.. Alhamdulillah, aku dapat jadi student yang baik sebab aku dapat belajar sesuatu dari ape yang berlaku...

P/S: Bagi sape yang tau kejadian yang dimaksudkan, senyap-senyap jelah yer.. bagi yang tatau, takyah le tanye details nye...

Wednesday, May 4, 2011

Aku | Ummi yang Bertuah

Buah hati yang menjadi kebanggaan aku & suami


Alhamdulillah, dalam development progress anak-anak aku, banyak perkara yang menyedarkan aku betapa beruntungnya aku dan suami dikurniakan permata hati bernama Ahmad Zuhair & Aisyah Zinnirah. Syukur atas limpah RahmatNya dengan pemberian ini.
Ahmad Zuhair, walaupun nakal sket dan banyak menguji kesabaran aku, dia adalah seorang anak yang dikurniakan kepetahan bercakap yang cukup membuatkan kami terhibur dengan telatahnya. Alhamdulillah dia dikurniakan dengan perwatakan yang aktif dan juga akal fikiran yang cepat menangkap apa yang dia pelajari.

Ya Allah, Engkau kurniakanlah segala yang terbaik buat anak-anakku di dunia ini dan tempatkanlah mereka di syurgaMu di akhirat kelak.

 Aku cuma berharap agar aku mampu untuk mengawal amarahku tatkala berdepan dengan kerenah Ahmad Zuhair yang macam-macam hal. Aku ni cepat sangat melenting bile dia buat perangai degil dia tu. Entah berapa kali badan comel tu aku cubit. Entah berapa liter air mata anak aku mengalir disebabkan kesakitan dek cubitan aku. Bile difikirkan balik, sesalnya aku kerana tak mampu mengawal amarah. Tapi bile aku diuji lagi dengan kerenah anakku yang sorang tu, aku tewas lagi... Ahmad Zuhair... Maafkan Ummi yer sayang...

Ya Allah, Engkau selamatkanlah anak-anakku dari kekasaran tanganku. Janganlah Engkau biarkan aku terus tewas dalam ujian kesabaran ini. Janganlah Engkau biarkan aku terus menyakiti anakku. Izinkanlah aku untuk menjadi seorang ummi yang mithali.

Tuesday, May 3, 2011

Impian | Tekad | Mampukah

Semua orang ade cita-cita masing-masing. Begitu juga aku. Aku telah pun meletakkan satu tekad dalam diri untum mencapai satu matlamat dalam masa beberapa tahun ni. (Specifically, before Ahmad Zuhair enter standard four). Ya, meletakkan time frame amat penting dalam proses berusaha mencapai matlamat itu. Tapi dalam masa yang sama, ada beberapa halangan yang mendatang. Harapan aku, moga halangan tu tak menjejaskan apa yang dah dirancang. Namun, itu juga harus bergantung kepada Perencana yang Satu itu juga. Hanya dengan izinNya barulah aku dapat untuk mencapai apa yang telah aku rancang.

Moga aku mampu melakukan apa yang telah ada dalam senarai perancangan aku....

Sunday, May 1, 2011

Fasa II : More Gadgets

Rentetan dari quest aku mencari extra BPA free bottle, melalui info yang aku dapat dari Lieza, aku akhirnye berjaya mendapatkan more gadgets untuk misi mengekalkan pemberian susu badan pada Aisyah Zinnirah nanti.. Thanks Lieza untuk info kamu itu hari yer...

Bumble Bee bottles.. saje nak tambah sket lagi..

Memule aku just nak cari mende alah di atas tu jer.. tapi tah camne tah mende alah-mende alah di bawah ni pun aku beli skali.. Bukan rambang mata, tapi dah alang-alang jumpe.. beli terus jelah..

Cooler bag yg pada asalnye aku nak beli online jer, tp alang-alang dah jumpe, aku  beli jelah...

Tommee tippe feeding bottles
Extra ice packs for cooler bag
Cooler bag yg dalamnye dah ade 5 BPA free bottles & 2 ice packs

Ya Allah, Engkau izinkanlah aku untuk menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang ummi untuk menyusukan anakku Aisyah Zinnirah sekurang-kurangnya genap dua tahun atau lebih sepertimana Engkau telah izinkan aku untuk menyusukan Ahmad Zuhair sebelum ini. Amin Ya Rabbal 'Alamin

Seni Itu Indah

Entry kali ni aku dedikasikan buat adik angkat aku Abdul 'Alim Zakaria ngan aweknye Siti Syakirah Mohammad Ariff... (Cepat le sket tunangnye..ley aku gune terms tunang-tunangan lak.. pastu nikah lak, ley di'apply' terms suami-isteri lak..)

Hari ni aku terima email dari sorang dak perempuan yang sebenarnye awek pada adik angkat aku.. Email tu bukan email sangat, cume sekadar medium untuk dia forward file yang dah dia scan bagi pihak boipren nye itu.. sebab hasil kerja tangan yang original tu tak pat lagi adik angkat aku tu pos lam mase terdekat ni..

Ahmad Zuhair bin Yusof

Aisyah Zinnirah binti Yusof

Santek kan...? Aku memang minat seni khat ni dari skolah menengah lagi.. Tadi disebabkan tangan aku ni tak seni langsung, so, aku cume mampu untuk menghargai dan mengkagumi hasil kerja tangan orang lain jelah...

***
Dan ni, hasil kerja tangan aku menggunakan mouse @ nama melayu nye tetikus.. Hehehehehe dengan selambanye aku meng'edit' ke'ori'an hasil kerja itu... Walalalalalalalala (dengan ekspresi wajah yang tidak terpalit sedikit pun rase bersalah...)

Santek kan...? Huhuhuhuhuhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TuneList

TuneList - Make your site Live