So which of the favors of your Lord would you deny?
(Al-Quran: 55)
Wednesday, December 24, 2014
Rawan Rasa
Friday, December 5, 2014
Rindu
Terbiasa adanya dia
Tiap minggu
Cuma
Dek kerna situasi
Dan juga tuntutan hakiki
Dia tiada
Kali ini
Hampir 10 hari
Rindu...?
Barangkali rindu
Entah
Mana aku tahu
Rasa yang datang
Keliru
Aku keliru
Dia bukan punya ku
Mengapa harus rindu
Biarkan berlalu
Itu
Mustahil berlaku
Biar seksa merindu
Kerna aku tahu
Dia juga merindu
Wednesday, October 29, 2014
Rasa yang Ada
Dalam hilai.. Penuh tawa..
Dalam girang.. Ada lara..
Tuhan tahu segala sandiwara..
Mana mungkin terlindung dariNya..
Dia yang Mencipta..
Ada waktu
Aku cuma mampu menipu
Berbohong
Konon mampu membina bahagia
Bagai mampu mengubat duka
Biarlah
Bukan aku punya banyak masa
Takkan bisa tertangguh semua
Apa yang ada
Aku hadam seadanya
Berpada
Waktu..
Mungkin cuma sedikit yang berbaki
Palitan peluang dan ruang
Untuk dibaiki dan dinikmati
Untuk menyinta dan menyayang
Bait-bait rasa
Mudah datang mudah pergi
Begitu juga cinta
Aku
Mustahil
Dibuai indahnya rindu
Dibelai lembutnya cinta
Bimbang hanyut bersama rasa
Aku
Sebenarnya takut
Kecewa
Kecewa
Kecewa
..dan kecewa lagi
Cukuplah menghargai setiap rasa
Menjamah sekadarnya
*senyum
Saturday, October 11, 2014
Membatulah Wahai Sang Hati
Kecewa bukan janji setiap apa
Cuma ianya mungkin hadir
Belum tentu sekejap
Belum tentu lama
Cuma yg pasti
Ia sakit
Sangat
Andai aku mampu padamkan
Segala kecewa & terkilan
Pasti
Akan aku padamkan
Jangan tinggal sedikit pun
Terkilan rasa bila terlalu mudah dihukum
Dek kerana meluah rasa
Biarlah jika itu dijadikan punca
Diambil menjadi asbab
Ya jauh di sudut hati aku
Cuma diambil sebagai asbab
Biarlah
Manusia
Jika ada peluang
Pasti akan diambil
Agar yg jelek itu bukan dituju padanya
Biar yg buruk itu dilimpahkan pada yg lain
Dan aku harapkan
Hati aku membeku
Agar tiada duka tiada luka
Saturday, September 20, 2014
Penat Hati Seorang Aku
Apa yang tersurat itu satu hari nanti akan terlihat jua.
Apa yang jahat itu satu hari nanti akan terbalas jua.
Siapa yang khianat itu satu hari nanti akan tersungkur jua.
Tak perlu aku doakan celaka.
Tak perlu aku doakan petaka.
Cukup sekadar aku tak ambil cakna.
Menghukum itu kerja Tuhan..
Biarlah..
Izinkan hati aku berehat..
Sungguh..
Aku juga tahu penat..
Aku jugak perlu rehat..
Tuesday, September 9, 2014
Aku Juga Mahu Bahagia
Siapa yang tak mahukan bahagia
Aku juga mahu bahagia
Cuma
Kenapa bahagia sekadar mengintai sebentar
Kemudian dizahirkan duka
Dikelarkan luka
Tuhan
Andai masih tersisa kekuatan
Berikan ketabahan
Andai jatuh tersungkur lagi
Anugerahkan semangat untuk bangun kembali
Tuhan
Jangan jadikan aku pendendam
Izinkan aku untuk memaafkan
Biarlah aku mudah melupakan
Tetapkan aku untuk kerap mendoakan
Bahagia itu ada
Bahagia itu pasti muncul
Bahagia itu ada bahagiannya untuk aku
Friday, August 29, 2014
Diam itu Lebih Baik
Berdiam diri
Aku memilih untuk diam
Biarlah dikata apa..
Biarpun disangka apa..
Aku yakin..
Tuhan tahu segala..
Aku
Cuma ada Dia
Kami
Cuma ada Dia
Cukuplah
Sabarlah hati..
Cuma beberapa ketika saja
Moga selesai urusan segala
Moga dipermudah setiap usaha
Percaturan Dia cukup adanya
Masa..
Cepatlah berlalu
Aku sudah tak betah meninggu
Tuhan..
Mudahkanlah perjalanan kami
Ringankanlah bebanan kami
Cantikkanlah takdir kami
Friday, August 22, 2014
Masa untuk Pergi
Aku bukan berdendam
Jauh sekali mahu membenci
Cukup bagi aku menjauhkan dari
Penat dihina, jenuh diusir
Jangan risau
Kami akan pergi
Kembali ke kehidupan kami
Bahagialah kalian dengan hidup kalian
Kami takkan mengganggu lagi
Takkan
Kami bukan tak punya apa
Tapi kami terpaksa menumpang
Cuma.. cukuplah
Cukup setakat usiran yg ini
Aku nekad
Akan aku bawa malaikat-malaikat kecilku pergi bersama
Bina hidup bertiga
Cukuplah
Biarlah dikata sombong kerna mahu berdikari
Biarlah dikata bongkak kerna menjauh
Pandangan dari manusia mulia
Pedulikan
Selagi tidak pergi
Selagi itu pasti akan berlaku lagi
Seteruk aku masih punya maruah
Sampai bila perlu dibiar diinjak-injak
Ahmad Zuhair, Aisyah Zinnirah,
Mungkin waktu ini kita dibawah
Akan tiba masa kita di atas
Tika itu
Jangan bongkak
Jangan mudah menghina
Jangan cepat mengeji
Bukan kerja kita
Cukuplah bersyukur dan berkongsi apa yang kita ada
Dan jangan diungkit barang secubit pemberian pun
Tuhan itu Maha Tahu
Tak perlu dicanang kebaikan
Tak usah ditayang pemberian
Cukup sekadar diam
Iya... Dia Maha Tahu
Saturday, August 9, 2014
Keprihatinan Kamu, Kamu dan Kamu Tidak Aku Perlukan
Tolong jangan ditelek apa yang aku coretkan di sini..
Aku penat tiap kali nak berdepan dengan seribu satu persoalan kamu, kamu dan kamu..
Jika mahu ambil tahu.. baca sendiri..
Buatlah apa sekalipun andaian..
Kemudian, diamkan.
Tak perlu persoalkan satu-persatu..
Hidupnya aku.. jalan cerita aku..
Jangan dicampur kamu, kamu dan kamu.
Aku penat.
Bukan pernah aku belek kehidupan kamu, kamu dan kamu..
Tapi apa perlunya kamu, kamu dan kamu membelek tiap catitan aku di sini..
Jika ingin membenci, silakan.
Itu hak kamu, kamu dan kamu.
Cuma aku, takkan pernah ganggu hidup kamu, kamu dan kamu
Jadi, tiada perlunya kamu, kamu dan kamu mengganggu hidup aku.
Terima kasih atas keprihatinan kamu, kamu dan kamu terhadap kehidupan aku.
Tapi maaf, aku tak perlukan keprihatinan melampau dari kamu, kamu dan kamu.
Monday, August 4, 2014
Rindu | Cemburu
Bohong bila aku kata aku tak rindu..
Di saat kami berjauhan..
Bohong bila aku kata aku tak cemburu..
Di kala ada yang lain yang lebih dekat dengan dia..
Hati..
Belajarlah bersabar..
Cemburu..
Mohon kekal terkawal..
Sangsi..
Sila pergi jauh..
Dia..
Belum punya nya aku..
Belum ada hak atas dia untuk aku..
Tenanglah jiwa..
Setidaknya aku masih miliki cintanya Zuhair dan Zinnirah..
Cinta murni mereka yg sudah pasti untukku..
Sunday, August 3, 2014
Aku juga Manusia
Mungkin ada yang lupa..
Walau keras hati seorang aku..
Aku tetap punya hati..
Walau dingin mana perasaan seorang aku..
Aku tetap punya rasa..
Aku manusia biasa..
Disebalik kekentalan hati yang aku cuba zahirkan..
Disebalik hambarnya perasaan yang aku persembahkan..
Disebalik diamnya aku dalam kemelut hidup yang membelenggu..
Aku masih punya hati..
Hati yang rapuh..
Aku masih punya rasa..
Rasa yang mudah tersentuh..
Aku masih punya jiwa..
Jiwa yang masih belum sembuh..
Dan aku masih punya tangis..
Tangisan yang belum pernah aku limpahkan sepenuhnya..
Moga masih ada insan yang Tuhan kirimkan untuk aku kongsikan segala rasa yang terpendam..
Biar bebas jiwa dari seksa perasaan yang membelenggu..
Yang menerima apa adanya aku..
Monday, July 21, 2014
Aidilfitri 1435H
Kronologi Mahu Kurus : Status Terkini
Latest keberatan aku as of today 21st July 2014 |
Sunday, July 6, 2014
Ramadhan 1435H
Ramadhan tahun ni berbeza
Tak seperti tahun sudah
Atau dua tahun sudah
Biarlah
Aku yakin bukan aku yang rasa semua ni
Zuhair dan Zinnirah juga punya rasa yang sama
Kami mudah emosi
Kami mudah tersentuh
Kami mudah terluka
Mungkin kerna "itu" terjadi
Kami mungkin rapuh
Cuma aku harapkan kami tabah
Aku cuma ada mereka
Dan mereka
Cuma ada aku
Cuma.....
Bagaimana agaknya Aidilfitri kami nanti..?
Thursday, May 15, 2014
Biarlah
Friday, April 18, 2014
Bersawang
Dek kerana diintai.
Dek kerana diperhati.
Dek kerana disoal itu ini.
Bersawang blog aku yg ini.
Maaf.
Aku kurang selesa dipertikai apa yg aku coret.
Aku kurang senang dipersoal apa yg aku luah.
Di sini tempat aku.
Di sini ruang aku.
Sila pergi.
Cari tempat sendiri.
Cari ruang sendiri.
Jaga hidup sendiri.
Sila.