Alhamdulillah kami sekeluarga selamat sampai ke rumah kami.. Perjalanan hari ni dimulakan dengan persinggahan ke rumah emak saudara aku... Menghadiri majlis meraikan kedatangan menantunya... Kami bertolak agak lambat kerana urusan-urusan remeh yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.... Sampai ke destinasi, jam sudahpun menghampiri pukul 3 petang... Ya, kami orang jauh, maka ada kemaafan di situ... Hehehehehe.. Selesai makan, aktiviti melepak bersama emak-emak dan ayah-ayah saudara yang lain (dan juga sesi bergurau senda dengan mereka...) Oleh kerana aku agak rapat dengan mereka, memang setiap kali berkumpul, aku biasanya tidak kekok berkomunikasi dengan mereka... Adakalanya, aku selamba menyakat mereka.. Ya, aku sayang emak-emak & ayah-ayah saudara aku (this applies to only yang belah mak aku jer...). dan sesi gosip pun termasuk skali la...
Usai memandikan anak-anak aku, kami bersiap untuk bertolak pulang... Tapi baru je memulakan perjalanan, aku terdetik untuk memujuk suamiku untuk singgah ke rumah tok & tokki ku... Agak lama aku tidak ke sana... Atas kesibukan dan kerana mereka adakalanya datang ke Kuantan (jadi, tidak terasa begitu lama aku tidak bertemu dengan mereka...)...
Dan pujukanku berjaya... (Hehehehehehe...) Kepulangan kami disambut dengan senyuman oleh tok aku.. Ya, aku sayang tok aku... Terserlah kegembiraan di wajah beliau.. Maaf tok, akak (panggilan untuk aku dalam keluarga..) lama tak balik umah tok.... Seronok sebab hanya kami sekeluarga yang ada di rumah tok.. Dan ini bermakna, perhatian beliau hanya tertumpu pada kami... Tapi, kesian tokki, penat benar beliau.. (Mereka juga baru pulang dari kenduri di rumah mak ngah aku...) Tokki aku memang terer memasak time kenduri.. Malam sebelumnya, beliau la tukang masak nasi minyak (yang mendapat pujian masa kenduri sepupu aku tadi....).. Mungkin faktor umur & kesihatan membuatkan tokki aku jadi terlalu letih selepas seharian membantu di rumah mak ngah aku...
Lebih sejam kami kat rumah tok aku, baru la keluarga ayah andak & ayah teh aku sampai.. Maka bertambah gamat la rumah tok aku.. Duduk-duduk, sembang-sembang, gosip-gosip... sampai la masa untuk keluarga ayah andak aku balik... Okey, tok aku maintain lagi... Lepas ayah teh aku selesai membersihkan diri, san suami aku selesai menunaikan solat, giliran kami pulak untuk balik... dan kali ni, aku nampak jelas wajah tok aku yang sudah pun kurang gembira... Masa kami semua bersembang, tok aku ada tanya.. "Akak tido sini ke...?"... Hajat di hati memang nak tidur sana, tapi kami memang tak bawa pakaian dan persediaan untuk bermalam di sana... Seronoknya kalau dapat tido kat kampung...
Selepas 2 jam perjalanan, Alhamdulillah kami selamat sampai ke rumah kami... Dan sekarang, aku sorang jer berjaga... buah hati aku yang bertiga, dah lelap.. lena dibuai mimpi....
Dan aku sudahpun mula merindui tok & tokki aku....
dh kenapa ayat2 ko ni ayat novel? giler skema!
ReplyDelete