Susu ibu amat penting bagi perkembangan fizikal & mental anak-anak. Ini kerana ia adalah kunci kepada hubungan antara pemakanan & faktor kejiwaan, serta ia juga memberi kesan kepada hubungan anak dengan ibu. Kesan penyusuan, sama ada kandungan zat susu & juga cara-cara serta adab-adab ketika menyusu pun menjadi faktor ke arah pembentukan peribadi anak-anak.
Oleh sebab itu, terdapat perintah di dalam Al-Quran :
وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلاَدَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ وَعلَى الْمَوْلُودِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ لاَ تُكَلَّفُ نَفْسٌ إِلاَّ وُسْعَهَا لاَ تُضَآرَّ وَالِدَةٌ بِوَلَدِهَا وَلاَ مَوْلُودٌ لَّهُ بِوَلَدِهِ وَعَلَى الْوَارِثِ مِثْلُ ذَلِكَ فَإِنْ أَرَادَا فِصَالاً عَن تَرَاضٍ مِّنْهُمَا وَتَشَاوُرٍ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْهِمَا وَإِنْ أَرَدتُّمْ أَن تَسْتَرْضِعُواْ أَوْلاَدَكُمْ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِذَا سَلَّمْتُم مَّآ آتَيْتُم بِالْمَعْرُوفِ وَاتَّقُواْ اللّهَ وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
Daripada ayat di atas, dapat disimpulkan bahawa:Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.
- Tugas seorang ibu ialah menyusui anaknya, dan dia tidak boleh menolak hak anaknya sekiranya dia masih mampu menyusui anaknya.
- Tempoh menyusukan anak adalah dua tahun.
- Penyusuan boleh diberhentikan ketika anak berumur dua tahun, dengan syarat mendapat persetujuan bersama (ibu & bapa), Setelah menimbang baik buruknya.
- Seorang suami harus memberi keselesaan kepada isterinya untuk meneruskan penyusuan anaknya.
- Jika ayah kepada anak tersebut meninggal dunia, maka tugas menyediakan keperluan kepada si ibu yang menyusukan bayi itu harus diambil alih oleh keluarga si ayah agar keperluan ibu tersebut untuk penyusuan diteruskan.
- Seorang ibu yang masih mampu menyusui anaknya tidak dibenarkan mengupah orang lain untuk menyusukan anaknya. Jika dia telah bercerai, maka bekas suaminya wajib memberi keperluan pada isterinya agar penyusuan diteruskan.
betul2.. seronok menyusukan anak ni... syukur ALLAH beri peluang menyusukan sampai sekarang. harap2 sampai la shaakir umur 2 tahun... walaupun bukan sepenuhnya...
ReplyDeletecongrats...bukan senang skang ni mak-mak yg bkerjaya ni nak susukan anak..sama la,harap sangat dapat susukan Aisyah sama macam Ahmad Zuhair, sampai 2 tahun lebey..
ReplyDelete