So which of the favors of your Lord would you deny?

(Al-Quran: 55)

Tuesday, March 15, 2011

Cinta : Pelik | Love : Weird

Siapa kata cinta itu indah..? Bagi aku cinta itu jauh lebih pelik dari perkara lain.Kenapa? Kerana cinta, ape je sanggup kite lakukan. Itu adalah hakikat bagi insan yang sedang mencintai insan lain. Dan aku sendiri sedang dilamun cinta. Kerana cinta inilah, aku sanggup lakukan apa saja... Ya, apa saja termasuk berkorban...

Sanggup aku korbankan masa tidurku andai insan-insan yang amat aku cinta bangun di kala aku sedang enak dibuai mimpi. Adakalanya mereka bangun kerana laparkan susu, adakala kerana kembung perut.. dan adakala kerana didatangi mimpi yang kurang enak. Dan aku, sebagai pencinta, akan cuba untuk menjadi peneman setia hingga insan-insan kecintaanku kembali melelapkan mata mereka...

Andai ada keperluan yang aku inginkan, sanggup aku korbankan demi keperluan dan keinginan insan-insan yang aku cintai. Kenapa? Kerana merekalah yang lebih aku perlukan daripada segala apa yang lain yang ada di dunia ni. Doa merekalah nanti yang akan aku dambakan andai ajal datang menjemputku sebelum mereka... Dan, kerana tiada apa yang lebih membahagiakan daripada merasakan pengorbananku itu tidak sia-sia kerana apa yang aku lakukan hanyalah demi mereka, kecintaanku.

Benar kan? Cinta itu penuh dengan kepelikan. Tidak pelikkah jika pengorbanan yang pada pandangan mata kasar, terlihat seolah-olah sesuatu yang menyusahkan itu bagaikan berubah menjadi sesuatu yang membahagiakan kerana dilakukan demi insan-insan tercinta. Siapa yang mahu terus hidup dan berkorban untuk orang lain...? Aku mahu.. kerana pengorbanan itu amat berbaloi jika aku lakukan demi mereka. Senyuman dan rasa gembira mereka itulah yang membahagiakan aku.

Dan demi mereka, Ahmad Zuhair, Aisyah Zinnirah & Yusof, aku akan terus cuba lakukan yang terbaik untuk mereka... kecintaanku...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TuneList

TuneList - Make your site Live