On 24th March 2011 aku bank in kan duit untuk mende alah ni to this kakak yg sangat okei aku rase berurusan dengannya... and on 28th March 2011 mende alah ni sampai, Alhamdulillah dengan selamatnye ke rumah kecilku, dihantar oleh pakcik posmen yang membawa van pos laju.
Iyup... My new gadget untuk meneruskan hajat aku untuk meneruskan tanggungjawabku nanti terhadap puteriku pas aku dah masuk koje smule nanti...
"Ya Allah, Engkau izinkanlah aku untuk terus memberikan susuku kepada anakku, Aisyah Zinnirah, sepertimana Engkau telah mengizinkan aku untuk menyusukan Ahmad Zuhair selama dua tahun lebih sebelum ini. Amin Ya Rabbal 'Alamin."
Yelah, untuk aku, itu je yang aku mampu berikan pada anak-anak aku demi memberikan sesuatu dalam proses pembesaran diorang. Nak simpan duit bebanyak pun, aku tak mampu. Setakat nak consistently masukkan dua tiga puluh hingget sebulan lam account diorang tu ley la.. Nama nak simpan ratus-ratus sebulan lam account diorang, wat masa ni, belum termampu lagi...
Okey, berbalik kepada gadget yang aku mention di atas.. Ni la gadgetnye:
Medela Swing & Bumble Bee BPA free bottles
Next step : Ajar Aisyah untuk familiar dengan botol susu... Yup, aku sudah pun train dia dalam 2 days untuk minum dengan botol susu. Harap-harap aku dapat le stock up enough EBM* untuk Aisyah Zinnirah nanti.
Misi seterusnya : Teruskan usaha untuk menyusukan Aisyah Zinnirah dengan susu aku sampai le umur dia 2 tahun lebih.
Note: EBM = Expressed Breast Milk.