So which of the favors of your Lord would you deny?

(Al-Quran: 55)

Thursday, December 30, 2010

Positif itu Positive

"Kite jangan fikir negatif ye...."
"Fikir positif..."

Baiklah sayangku... Aku akan cuba untuk menerapkan pemikiran positif itu dalam minda ni... Yeappp... melakukan sesuatu bersama dengan adanya sikap dan fikiran positif akan menghasilkan hasil yang juga InsyaAllah akan positif...

Hujan Oh Hujan

Alhamdulillah dikurniakan lagi kesempatan bernafas tatkala mata dibuka pagi ni.. Diiringi dengan bunyi rintik-rintik hujan yang bukan lagi rintik-rintik.. tapi dah lebat sesangat dah... First thought yang berlegar dalam kepala aku adalah.... "Kan best klo hari ni bukanlah hari bekerja..." Sangat syahdu klo dapat tido yang nyeyak ni.. Tibe-tibe rase comforter tu sangatlah selesa untuk terus dibiarkan membalut badan aku bersama-sama ngan anakanda aku yang dah memang jadik bantal peluk aku di saat tu...

Nak mandi dengan air paip semata-mata? Bukan mase nye pepagi ni... Sangat sejuk okey... sangat sejuk.. Kan dah tak pasal-pasal sense of nak mandi air suam-suam kuku menyelubungi diri... Dan hasilnya.. Kesegaran yang sangat best...

Hujan dan banjir.. sangat sinonim... tapi klo air bertakung yang paras-paras lutut tu.. kire banjir jugak ke..? Walaupun terganggu perjalanan kenderaan untuk melalui jalan depan Poliklinik Komuniti Beserah tu, tapi finally dapat juga Ahmad Zuhair dihantar ke sekolah beliau... Sekolah di rumah Makwan beliau.. Sampai sekolah dan terus sambung tido... Bestnye....

Mood pagi ni, selembab suasana sekitar... Cuba aku cergaskan dengan beberapa keping roti yang disapu kaya dan secawan teh hijau... Tapi mata masih belum mampu untuk segar sepenuhnya. Masih terpalit rase menyantuk dan diri seolah-olah terpanggil untuk menjadikan musolla port untuk menghilangkan rasa mengantuk ni... Adeh....

Tuesday, December 28, 2010

Aku & Mereka | Mereka & Aku

Mereka adalah penyeri hidup aku...

 

Kebahagiaan dunia yang aku harapkan ianya berkekalan hingga ke syurga di sana...

Mencari Hati yang Damai

Dalam pada mengharungi hari-hari yang terlalu singkat peredarannya, aku adakalanya tercari kedamaian yang mungkin terselit di celah-celah kekalutan hidupan seharian.. atau mungkin hanya terpalit sedikit ketika sedang alpa mengharungi hari-hari normal aku sebagai manusia normal yang kadangkala ada terjadi kejadian yang kurang normalnya.

Tapi bila aku sedar, kedamaian tu ada di depan mata aku. Tatkala aku menatap wajah kecintaan aku.. Wajah-wajah yang tidak pernah menghampakan aku jika aku memerlukan kehadiran diri mereka, kasih sayang serta sokongan mereka... Terima kasih buah hatiku Ahmad Zuhair dan suamiku.

Detik perkiraan aku makin singkat. Bohong kalau aku katakan tiada terdetik kebimbangan dalam diri aku. Aku cuma mampu mengharapkan yang terbaik percaturannya yang telah diaturkanNya. Itu sahaja yang aku mampu harapkan ketika ini. Sebagai manusia biasa, ada terlalu banyak perancangan yang ada dalam senarai keinginan dan perancangan aku sekarang. Tapi aku harap aku tak terlupa bahawa aku hanya manusia... ya, hanya manusia yang cuma mampu merancang. Ada waktu apa yang direncanakan menjadi realiti, ada waktunya juga, apa yang terjadi diluar jangkaan singkat pemikiran aku. Namun, satu yang paling pasti, itu adalah yang terbaik yang diaturkanNya untukku.

Aku redha dengan setiap ketentuanNya. Siapalah aku untuk mempersoalkan setiap apa yang telah ditakdirkan untuk diri aku yang terlalu kerdil ni. Moga masih tersisa rasa perhambaanku padaNya walau seringkali kealpaan datang menjengah diri ini.

Wednesday, December 8, 2010

Wasiat Seorang Ummi

Makin lama, makin dekat tarikh perkiraan tu dengan aku. Dan aku jadi makin rasa banyak sangat persediaan yang belum aku buat. Dulu, masa Ahmad Zuhair dalam kandungan, waktu ni dah macam-macam persiapan dah aku buat... termasuklah tulis surat wasiat... Perlu ke...? Bagi aku, memang perlu. Nyawa aku, bukan milik aku dan aku sendiri tak pernah tau ape yang bakal terjadi walaupun dalam masa sedetik ke depan skalipun.

Tahun ni, aku memang tak sempat nak pegang pen untuk mencoretkan bait-bait wasiat untuk mereka yang akan aku tinggalkan jika terjadi pape pada aku. Secara khususnya aku fokuskan kepada kebarangkalian aku dijemput untuk pergi dulu ketika atau sesudah melahirkan anak yang sedang aku kandungkan ni. Oleh kerana memikirkan soal tidak sempat mencoretkan apa-apa wasiat di atas helaian yang wujud dan nyata, maka aku ambil keputusan untuk mencoretkan wasiat tersebut di alam yang maya. Dalam erti kata lain, aku dah siapkan satu blog yang mana aku dah amanahkan seorang yang aku percaya untuk bagitau hubby aku ape username dan passwordnya.. itupun, if anything bad happen to me la kan... and that certain someone pun just tau klu jer untuk username & password tu.. Clues tu la yang akan lead hubby aku untuk username & password blog wasiat aku tu..

Aku tak pasti hubby aku rajin atau tak untuk belek-belek blog aku yang ni, let say la sape-sape yang terbaca entry ni & kenal hubby aku... klo pape jadi kat aku, please let him know 'bout this... But not now le kan.. IF ONLY ANYTHING BAD HAPPEN TO ME...

Okey.. okey... enough of that sort of thing.. Aku harap supaya sume nye okay.. Aku ada impian untuk membesarkan anak-anak aku. Aku ada harapan supaya dipanjangkan umurku supaya aku dapat menggalas tanggungjawab sebagai seorang Ummi, walaupun aku tau aku tak mampu untuk memberikan yang sempurna buat anak-anakku, aku akan cuba yang terbaik untuk berikan segala yang terbaik untuk mereka.

Anak-anakku adalah hartaku... Kejadian terindah yang berlaku dalam hidupku... Alhamdulillah syukur ke atas nikmat kurniaan ini. Syukur kerana aku adalah antara insan terpilih yang diberikan limpahan Rahmat ini...

Mentally Abused

Senak otak bile fikir soal hidup yang tak tau hujung pangkalnya. Memang sebagai manusia, aku cuma mampu merancang seperti mana yang ada dalam fikiran aku. Adakala terlepas pandang soal halangan dan jugak kemungkinan yang akan datang dengan tiba-tiba di antara perjalanan perancangan-perancangan tu. Adakala memang terfikir dan juga siap dengan jalan penyelesaian jika halangan tu mungkin datang. Tapi sebagai manusia yang sangat lemah. aku cuma mampu merancang....

Kadang-kala terfikir, kenapa diciptakan manusia, yang bagi kebanyakkan orang, kehadiran mereka tersangatlah annoying. Tak kira la sebab perangai ke, mind set mereka yang kononnya mereka ni superior dari orang lain ker, atau mereka adalah insan-insan cam bagus yang memang makin lama makin bersepah kat muka bumi Tuhan ni. Pelik memang le pelik, tapi when it comes to menyusahkan aku, kepelikan tu menjadi satu punca aku hangin satu badan. Argggghhhhh... sabar... sabar... jadi perempuan mengandung ni kene banyak sangat sabar... Ye... harus sabar....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TuneList

TuneList - Make your site Live