So which of the favors of your Lord would you deny?

(Al-Quran: 55)

Tuesday, January 22, 2013

Things That I Wanna Do Before I Die

Antara mende yang aku nak sangat buat sebelum aku mati :

Sambung Studies kat IIUM
Bukan tak pernah jadik student kat IIUM, tapi aku dah sia-siakan peluang tu once, dan aku sangat-sangat-sangat-sangat menyesal. Okey, menyesal lebih pun tak gune sebab mende dah lepas. So, aku tanamkan niat, aku nak tebus kesilapan aku yang lepas... Camne...? Aku nak complete kan degree aku kat OUM ni.. Pastu aku nak apply Master kat IIUM.. Ye, aku akan pastikan aku naik gak pentas kat CAC tu amek scroll.. Ye, dah aku harap sangat impian aku ni tercapai. Harap sangat-sangat-sangat-sangat-sangat...

Belajar Seni Khat
Dulu zaman sekolah, aku bukan tak pernah belajar seni khat ni.. Pernah... Tapi aku selalu rase down bile ade class khat. Sebab ape..? Sebab aku punye tulisan khat tak cantik.. tapi takde la tahap huduh nak mampos kan.. Cume nye tak secantik tulisan budak-budak yg terer khat nih... (Bengong, sape suh bezakan diri ngan budak yang terer kan..? Padan muke aku...)
But, seriously, aku menyesal sangat sebab tak belajar wat tulisan khat betul-betul... Harap-harap aku dapat terapkan minat pada seni khat ni pada anak-anak aku, Ahmad Zuhair & Aisyah Zinnirah.

Tengok Ahmad Zuhair & Aisyah Zinnirah hafaz Al-Quran
Aku harap sangat anak0anak aku boleh lakukannya. Harap sangat.. Aku akan pastikan aku akan buat yang terbaik supaya anak-anak aku dapat motivasi dan sokongan aku dalam hal ni..

Ahmad Zuhair, Aisyah Zinnirah,
Kalau ummi tak sempat tengok anak-anak ummi berjaya jadi seorang hafiz dan seorang hafizah, sekurang-kurangnya biarlah ummi dapat tau anak-anak ummi berjaya dengan kiriman-kiriman bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari anak-anak ummi yer sayang.... 

  

Monday, January 7, 2013

Andaiku Bercinta Lagi

Andaiku Bercinta Lagi - Mojo
 
Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati




Harapan - Hyper Act


Bicara mimpi itu
Mengheret ku ke dasar
Gelap tangannya menggapai tangan ku
Dan munculnya dirimu
Di pinggir laman itu
Hangatmu menyambut ku kembali

Dan ku mengerti,
Mengapa masih berdiri,
Hadirnya siang berteman mentari,
Dan ku bersama,
Bintang malam mu mencari kasih ku

Ooo

Harapan
Harapan menjadi layu
Ingin ku bahgia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita
Selamanya

Dan angin kan memanggil
Bagai ada musafir
Hadirnya pergi tiada berjanji
Mungkin seketika
Ku merasa cintanya
Bagai dibelai mimpi sempurna

Dan taman ini
Tak bererti dan bersemi
Tiada indah tanpamu disini
Dan ku jejaki
Walaupun hanya secebis kasihmu

Harapan
Harapan menjadi layu
Ingin ku bahgia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita
Selamanya

Solo. C/O

Hati ku..
Meratap setinggi gunung
Pasti ku mencari bintangnya
Menjadi cahaya
Menyinar impian hidup kita
Selamanya


P/S :
Hani, bahagia tu ada 2, satu yang datang dengan sendirinya.. dan satu lagi yang perlu dicari.. Maka, Jika bahagia itu tidak datang kepadamu, maka carilah ia....

Hidup Jangan Jadi Munafik

Bukan senang kalau hidup dikelilingi orang yang pada mata kasarnya kelihatan seperti seorang yang sangat hebat dan sangat dihormati dek kerana apa yang dilakukan mereka ketika berada di depan mata orang lain..
sedangkan kita tau dan maklum tentang kekurangan dan kelemahan orang itu...

What make it worst is... bile kite hilang hormat pada orang itu, kite yang dipersalahkan... ya, kerana tidak menghormati orang yang orang lain hormat..
Maaf... tapi aku bukan manusia munafik yang mampu untuk tunjuk rasa hormat aku pada orang yang tiada nilai untuk dihormati... aku sudah muak dengan kata orang bila ada yang menghukum aku dek kerana aku jujur dengan perasaan benci aku pada manusia- manusia yang lebih banyak mendatangkan kesusahan dalam hidup orang lain...
Bagi aku.. kalau hidup tak dapat nak menyenangkan or memudahkan hidup orang lain.. cukup la sekadar hidup dengan tidak menyusahkan or tidak membebankan hidup orang lain...

Aku cepat hilang hormat pada manusia yang sempurna anggota tubuh tapi cacat dari segi menggunakan kesempurnaan anggota tubuh tu... Dan aku lebih hormat pada mereka yang tidak sempurna anggota tubuh tapi mereka sempurna dalam menjalani kehidupan mereka dengan usaha atas apa jua kudrat yang tersisa pada ketidak sempurnaan anggota badan mereka itu...

Kalau ade orang yang kata bukan senang bile dalam hidup dia ada orang yang orang lain hormat sedangkan depan mata dia, terzahir semua kekurangan orang itu.. Maka aku akan kata, aku faham macam mana perasaan itu.

Dari zaman belajar, aku berdepan dengan manusia munafik, yang di depan orang pijak semut pun tak mati.. tapi bila di belakang orang, hanya orang-orang tertentu saja yang tau kesiyalan dia...
Dan sebagai seorang yang memang tak reti nak selindung-selindung dan bersuara kuat macam aku, bila berlaku pertelingkahan, maka jari akan menunding ke arah aku untuk menunjukkan kesalahan itu, aku puncanya.. Aku, lebih suka ambil pendekatan - diam. Bukan bererti aku salah. Tapi memberi ruang orang lain untuk melihat sendiri kesiyalan orang itu.

Ya.. akhirnya ada yang datang pada aku... " Aku ingat selama ni ko yang carik pasal dengan dia.. Tapi lepas dah 2-3 orang kene ngan mulut hancing dia, baru aku tau, orang mulut laser cam ko lagi baik dari perempuan lembut yang mulut hancing cam dia.."
Ya.. Orang ada mata untuk melihat...
Biarkan mereka lihat.. dan ada yang mungkin rasa sendiri tempias kesiyalan tuh...

Aku tidak mengatakan aku baik.. No, not even close to that.. Cuma aku ade dosa yang aku perlu tanggung sendiri.. Dan aku kalau melibatkan orang-orang yang akan menambah dosa aku dek kerana silap aku pada orang tu, adakala, aku cuma mahu pergi jauh je dari orang tu.. Atau lebih baik kalau orang tu pilih untuk keluar dari hidup aku.. Aku taknak jadi manusia munafik...

Ada ketika, aku rasa tak larat sangat nak berdepan dengan manusia macam ni.. Ya, kerana mereka, aku dapat dosa tambahan... Bukan sekadar mendatangkan kesempitan dan kesukaran dalam hidup aku kat atas dunia ni... tapi jugak menambah beban dosa yang sure-sure aku akan bawak ke sana nanti...

Sunday, January 6, 2013

Tips : Memudahkan Kerja di Dapur Sewaktu Ketiadaan Bekalan Air

Gangguan bekalan air.. Memang something yang ramai orang tak suke... Sebab ape...? Kebanyakkannye disebabkan dek kesukaran nak melakukan aktiviti harian.. such as memasak, membasuh, berkebun dll.. (toksah tulis skali le aktiviti menyahut panggilan alam tuh..)
Even nak beribadah pun agak sukar...

Ade satu tip yg aku nak share kat sini...
Tapi sebelum tuh.. Agaknye ape relation mende ini...
Outdoor Cooler 8.7 liter
dengan botol-botol ni...

Botol air 9 liter
Hehehehehehehe.....

Aku dah lame beli outdoor cooler nih.. Tapi jarang gune... Dulu la... Tapi since umah aku ni slalu sangat ade gangguan bekalan air (dek tekanan air yg rendah) especially time orang duk wat house core cam memasak ke, membasuh ke... outdoor cooler tu dah jadi sangat bergune kat aku...

Sebab ape...? Ini la tips yg aku nak kongsi tu...

Outdoor cooler ni.. aku letak tepi sinki... Dan botol-botol air yg gabak ni.. Masa bekalan air paip okay, aku penuhkan.. Ade la dalam 3-4 botol semua aku spare kat dapur aku...
Dan bile time nak masak tu tekanan air slow or takde air paip langsung, aku gune la ourdoor cooler ni as paip kedua aku...
Setakat nak masak dishes yg simple-simple tu, cukup ler air lam tuh...
Yelah, at least takde la terus takleh nak masak or basuh pinggan kan...? Or even worst, kadang nak basuh tangan pun takde la kene gi basuh kat bilik air kan..?

Hehehehe.. Simple tips from me... hehehehehehe takde la tips sangat pun kan...?

Kepada warga Kuantan..
Selamat menyimpan air....
♥♥♥♥♥


♥♥♥♥♥
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TuneList

TuneList - Make your site Live