So which of the favors of your Lord would you deny?
(Al-Quran: 55)
Wednesday, December 28, 2011
Tuesday, December 27, 2011
Lupa | Forgot | نسيت
Macam mana la boleh lupe ni...?
Dah elok-elok wat kan untuk tice-tice Zuhair & Zinnirah.. Lupe lak nak snap pic...
Dah terus bagi kat Tice Teha ngan Tice Jiey...
Huhuhuhu... Camne la ley lupe...
Dah sms mintak Tice Teha snapkan pic...
Mintak-mintak ler boleh..
Klo x.. Huhuhu kecewa ler..
Kene la tunggu siap hasil-hasil lain untuk tice-tice yang lain lak...
Sunday, December 25, 2011
Agro Resort Semuji, Kuantan
21 - 23 Disember 2011 :
Aku kene attend Ibadah Camp kah Agro Resort Semuji, Kuantan.. Dek kerana Aisyah Zinnirah ku still lagi menyusu badan, maka aku bawa skali suamiku, incek Yusof, ke sana.. Dan dialah yang tolong aku jaga anak-anakku Ahmad Zuhair & Aisyah Zinnirah sepanjang 3 hari kami kat sana...
Sepanjang kami kat sana, hujan tak putus-putus membasahi bumi ALLAH. Maka, terpaksalah mereka 3 beranak menghabiskan kebanyakkan masa dalam chalet jer. Kesian kesayangan-kesayangan aku...
Takpelah, insyaAllah, tahun depan kita ke sana lagi yer..Tapi masa musim buah pulak yer..
Apa yang aku dapat sepanjang kursus kat sana..? Terlalu banyak yang aku dapat dan aku xsabar nak kongsikan dengan semua yang aku sayang... Salah satunya ialah:
SETIAP YANG HIDUP PASTI AKAN MERASAI KEMATIAN. PENGHABISAN YANG BAIK ITULAH YANG SEPATUTNYA DIHARAPKAN OLEH SEMUA MEREKA YANG PERCAYA DENGAN ADANYA ALAM LAIN SELEPAS KEMATIAN.
Aku terlalu lama dah mengabaikan perasaan takut.. Bukan takut untuk mati, tapi takut untuk mati dengan kesudahan yang tidak baik. Nauzubillah... Dan aku harap semua orang ada perasaan yang macam tu jugak.. Sebab MATI ITU CUMA SEKALI. Dan biarlah kematian tu merupakan permulaan untuk perjalanan yang baik untuk kita lalui bermula dengan alam kubur, alam barzakh, alam mahsyar dan seterusnya dengan izinNya kita dikurniakan redha dan syurgaNya kelak.. Amin...
Thursday, December 15, 2011
Finally, After 8 Years
Akhirnye selepas 8 tahun aku memandu tanpa lesen memandu yang sah...
Perhatian (sile rujuk nombor sepertimana yg tertera dalam gambar di atas) :
- Alamat ni adalah alamat aku mase kat IIUM Gombak (
mase aku student dulu, aku penah register nak buat lesen memandu le konon, last-last tak sambung pun...) - 11/12/13 - cantek kan tarikh last aku jadi pemegang lesen memandu
percubaan... - Sile abaikan ini...
malu dowh....
Tuesday, December 13, 2011
13/12/11
Nak buat entry semata-mata tarikh arini 13/12/11.. hehehehe... Takde ape yang aku coretkan sebab aku lebih terarah kepada aktiviti mencari pattern untuk aku gune dalam aktiviti baru aku yang kurang mendapat masa lapang untuk membuatnya...
Bile dah ade hasilnya, InsyaAllah akan aku wat entry khas untuknya lam blog aku nih...
Haah.. 13/12/11 ni tarikh birthday kawan aku, Apple yg ke-18++.. hahahahahaha
Haah.. 13/12/11 ni tarikh birthday kawan aku, Apple yg ke-18++.. hahahahahaha
Monday, December 12, 2011
Ya Allah, Sembuhkanlah Dia
Bismillahirrahmanirrahim....
Ya Allah, Engkau sembuhkanlah Aisyah Zinnirah ku...
Kurniakanlah kesihatan dan keselamatan yang berpanjangan kepada anak-anakku, Ahmad Zuhair & Aisyah Zinnirah..
Moga dengan kesihatan dan keselamatan yang Engkau kurniakan, mereka dapat terus menyusuri dan mencari jalan terbaik menuju Mu sebagai insan soleh & Solehah...
Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Makbulkanlah doaku buat anak-anakku...
Amin ya Rabbal 'Alamin....
Aisyah Zinnirah demam lagi.. Sembuhkanlah dia, ya Allah... |
Dalam entry kali ni, aku mahu share some doa untuk sama-sama dipraktikkan... Moga memberi manfaat kepada kita semua...
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا اشتكى منا إنسان مسحه بيمينه ثم قال اِذْهَبِ البَأْسَ رَبَّ النَّاسِ وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَاءً إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَماًErtinya : Nabi s.a.w ketika didatangi aduan (sakit) oleh seseorang, nabi akan menyapunya dengan tangan kanan baginda sambil membaca " Jauhkanlah dia dari kesakitan, wahai Tuhan sekalian manusia, sembuhkanlah dia, dan engkaulah maha penyembuh yang tidak akan datang kesembuhan kecuali datang dariMu, kesembuhan dari jenis yang tidak akan kembali penyakitnya" ( Riwayat Muslim)
***
كان النبي صلى الله عليه وسلم يعوذ الحسن والحسين ويقول : إن أباكما كان يعوذ بها إسماعيل وإٍسحاق أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطاَنٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّة (رواه البخاري)Ertinya : Nabi s.a.w ketika sedang meminta perlindungan untuk Al-Hasan dan Al-Husain berkata : Sesungguhnya kedua-dua ibu bapamu meminta perlindungan dengan (bacaan) yang dibuat oleh Nabi Ismail dan Ishak iaitu : "Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna, daripada setiap Syaitan dan mahkluk berbisa dan dari setiap pandangan mata dengki & hasad yang berniat jahat" ( Riwayat Al-Bukhari)
***
أن جبرائيل أتى النبي صلى الله عليه وسلم فقال يا محمد اشتكيت ؟ قال نعم , قال : بِسْمِ اللهِ أُرْقِيْكَ مِنْ كُلِّ شَيْئٍ يُؤْذِيْكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْعَيْنٍ أَوْ حَاسِدٍ , اللهُ يُشْفِيْكَ بِسْمِ اللهِ أُرْقِيْكَErtinya : Telah datang Jibrail kepada nabi sa.w dan berkata : Wahai Muhammad, adakah kamu mengadu kerana sakit? . Jawab Nabi " Ya". Jibrail membalas " Bacalah "Dengan nama Allah yang mengubatimu, dari segala perkara yang menyakitimu, dan juga dari kejahatan setiap jiwa,mata dan hasad. Allah akan menyembuhkanya dan dengan namaNya engkau disembuhkan"
***
Baca tujuh kali dengan tangan diletak di tempat sakit , kemudian baca Bismillah tiga kali dan terus baca doa berwarna biru :
أنه شكا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم وجعا يجده في جسده منذ أسلم فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم ضع يدك على الذي تألم من جسدك وقل باسم الله ثلاثا , وقل سبع مرات : أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ
Ertinya : Seorang sahabat datang mengadu kepada Nabi berkenaan kesakaitan yang terdapat ditubuhnya sejak dari ia masuk Islam, lalu nabi mengajarkan berkata : " Letakkan tanganmu ditempat yang kamu merasai sakit itu dan bacalah Bismillah tiga kali dan kemudian bacalah tujuh kali : " Aku berlindung dengan kuasa Allah dari segala kejahatan yang telah menimpaku dan yang aku ingin hindari. ( Riwayat Muslim)
***
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من عاد مريضا لم يحضر اجله فقال عنده سبع مرارٍ أَسْأَلُ اللهَ العَظِيْمَ رَبَّ العَرْشِ العَظِيْمِ أَنْ يُشْفِيَكَ إلا عافاه الله من ذلك المرض
Ertinya : Nabi telah berkata " Barangsiapa melawat orang yang sakit yang belum kelihatan akan tiba ajalnya (sakit yang dikira boleh sembuh), bacalah di sisinya tujuh kali : " Aku memohon kepada Allah yang maha agung, tuhan bagi arasy yang agung agar menyembuhkanmu". Tiadalah dibacakah itu kecuali akan disembuhkan dengan izin Allah dari sakit tersebut. ( At-Tirmidzi : hadis Sohih)
***
Imam Ibn Qayyim berkata “dari kaedah pelindung dan penyembuh dari hasad mata dan yang sepertinya adalah membaca dau Qul ( Surah An-Naas dan Al-Al-Falaq) dan Al-fatihah, ayat Kursi dan lain-lain doa dari hadis nabi” iaitu antaranya seperti di atas. (At-Tibb al-Nabawi, hlm 168)
Thursday, December 8, 2011
| Alhamdulillah | Harta Terbaruku |
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memberi aku kesempatan untuk memiliki sekejap harta-harta di dunia ni...
Cesss... Ayat cam harta timbun-timbun jer...
Padahal barang-barang kat rumah...
Hehehehe
Ni la, latest harta aku yang baru je aku dapat pagi tadi..... SINGER 8280...
Yeaaahhh.. Menguatkan lagi kegilaan benang aku...
Tada......
Perkenalkan, singe betine belaan aku...
Nak kasik nama ape yer... Nanti aku update pe nama yang aku kasik kat singe betine ni..
Hehehe.. Mane aku tau singe ni betine...
Ntah...
Aku ikut suke aku je....
Cik Singer 8280 |
Sebelum tu... Dalam bulan Oktober, aku menambah lagi barang lam umah aku..
Ini xde la aku gile sangat...
Yang ni bagi mengisi kegilaan bermusim aku terhadap baking...
Cess skali lagi, ayat cam skill baking power jer...
Tada (again).....
Perkenalkan incek Pensonic AE-350N aku...
Okey tak kalau aku kasik nama dia Incek Owen...?
Ini Incek Owen saya... wewiiitttttt |
Harapan aku, moga dengan ade nye harta baru aku ni, insyaAllah dapat permudahkan jalan untuk aku dapatkan pendapatan sampingan untuk tampal-tampal pendapatan bulanan aku...
USAHA TANGGA KEJAYAAN
Ya Allah, Engkau permudahkanlah langkahku dalam usahaku untuk memperbaiki mutu dalam kehidupanku.. Baik dari segi mencari rezeki untuk kehidupan di dunia dan juga dalam mencari bekal untuk aku bawa ke sana kelak... Amin.....
Wednesday, December 7, 2011
20.11.2011 Cantek tarikh ni kan....
Alhamdulillah Aisyah Zinnirah dah makin sihat... Ahmad Zuhair pun sama, makin hari makin menghiburkan hati.. Memang betul kata orang, anak-anak ni anugerah Tuhan untuk jadi pengubat hati. Betapa beruntungnya aku dengan anugerah yang Dia berikan pada aku selama aku bernafas ni...
Alhamdulillah
Subscribe to:
Posts (Atom)