Syor bagi golongan ibu-ibu yang menyusukan bayi yang mahu berpuasa, golongan ini boleh cuba kaedah breastpump pada sebelah malam dan menyimpan susu tersebut untuk keperluan bayi keesokan hari. Jika masih tidak mampu atau tidak mencukupi, berbuka puasa lebih baik untuknya.
Akan tetapi, pandangan serong masyarakat terhadap golongan ibu yang berbuka kerana menyusu tidak dapat dielakkan kerana mereka kurang maklumat. Ia memerlukan masa untuk masyarakat diterangkan dan memahami isu ini. Adalah menjadi anjuran agama untuk si ibu menyusukan anaknya selama dua tahun, dan ia merupakan tugas mulia baginya.
Di antara rahmat Allah yang Agung kepada hamba-hamba-Nya yang lemah, Allah memberi rukhshah kepada mereka untuk berbuka, dan di antara mereka adalah wanita yang hamil dan menyusukan anak.
Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu*: “Kuda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam mendatangi kami, aku pun mendatangi Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, dan aku temui dia sedang makan. Beliau bersabda: “Mendekatlah ke sini dan makanlah”, Aku berkata, “Sesungguhnya aku sedang berpuasa”, Maka beliau bersabda, “Mendekatlah ke sini, aku akan memberitahumu berkenaan dengan puasa. Sesungguhnya Allah Tabaraka wa Ta’ala menggugurkan (meringankan) setengah hari beban solat ke atas orang yang bermusafir, menggugurkan (memberi rukhsah) ke atas wanita yang hamil dan menyusukan anak akan kewajiban berpuasa. Demi Allah Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam telah mengucapkan keduanya atau salah satu dari keduanya. Aku pun benar-benar menyesal kerana tidak memakan makanan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi (715), an-Nasa’i (4/180), Abu Dawud (3408), Ibnu Majah (16687). Sanadnya hasan sebagimana pernyataan at-Tirmidzi)
KEPADA IBU-IBU,SELAMAT BERPUASA & TERUSLAH MENYUSUKAN ANAKANDA KALIAN
Note:
* iaitu al-Ka’bi, bukan Anas bin Malik al-Anshari, pembantu Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, tapi ini adalah seorang pemuda dari Bani Abdillah bin Ka’ab, dan dia pernah tinggal di Bashrah, beliau hanya meriwayatkan hadis ini sahaja dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam
Sumber dari : http://fiqhmedic.wordpress.com/2011/07/23/kemudahan-dan-keringanan-ketika-berpuasa/ & http://fiqhmedic.wordpress.com/2008/09/15/wanita-menyusukan-anak-berpuasa-breastfeeding/
Allah Maha besar,,
ReplyDeletejadi pada ibu ibu, jgnlah djadikan alasan bulan puasa untuk tidak menyusukan anak..
tapi kene kuatkan diri time mengganti nanti.. caiyokkkk