So which of the favors of your Lord would you deny?

(Al-Quran: 55)

Wednesday, August 31, 2011

Aidilfitri 1432H Kami

1st day of Syawal 1432H



Beraya kat 5 buah rumah jer, which are:
  1. Umah mak mertua aku kat Permatang Badak...
  2. Umah mak ngan abah aku Bukit Pelindung...
  3. Umah wan suami aku kat Balok....
  4. Umah arwah kawan mak aku kat Beserah... (aku memang kenal family makcik ni dari aku kecik lagi...)
  5. Umah mokde suami aku kat Pekan...
2nd day of Syawal 1432H... Kami sekeluarga balik ke Kg. Sekara, Chenor, Pahang... (kampung mak aku...) ade majlis sikit sempena perkahwinan Mak Chik aku...

3rd day of Syawal, InsyaAllah family boipren adik aku yang ke-3 akan datang ke rumah... Acara risik-merisik le lebey kurang...

4th day of Syawal lak, kene tolong mak abah aku prepare untuk majlis tunang adik aku..

5th of Syawal, InsyaAllah adik aku yang ke-5 akan melangsungkan majlis pertunangannye ngan boipren dia...

Monday, August 29, 2011

Warna Tema | Aidilfitri 1432H

Entry tertangguh:

Tahun lepas, kami bertiga sambut Aidilfitri dengan baju raya kaler ala-ala pinky peach gitu.. Dan tahun ni, insyaAllah kami akan menyambut ketibaan Syawal berempat pulak.. hehehehehe... ade ahli extra tahun ni... Moga Aidilfitri tahun ni makin meriah...

Dan tahun ni, kaler tema adalah.. PURPLE.. hehehehehe... Disebabkan gaun yang Makwan belikan untuk Aisyah Zinnirah bebaru ni berwarna purple, kebetulan pulak baju kurung aku ade elemen purple yang masuk geng gak... Maka misi mencari baju melayu Ahmad Zuhair dan abahnya diakhiri dengan kata sepakat.. Baju raya tahun ni berwarna purple...



Eid ubarak 1432H

Salam Aidilfitri... Hari ni insyaAllah merupakan hari terakhir di bulan Ramadhan 1432H. Moga masih dipanjangkan jodoh untuk bertemu Ramadhan akan datang.

Ramadhan tahun ni, aku dapat sekali je bertarawih di masjid. Takpelah, bak kata suami aku, adat orang ade anak kecik. Tunggu la anak dah besar sikit nanti, boleh la bertarawih kat masid bawak anak-anak.. Kalau nak bawak skang ni pun, anak aku, Ahmad Zuhair, suke sangat berlari-lari lam masjid. Maklumlah, masjid kan luas. Jadi mengganggu jemaah lain jer..

Moga dipertemukan lagi kita dengan ramadhan yang akan datang...

Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga,
Hani, Yusof, Ahmad Zuhair & Aisyah Zinnirah

Thursday, August 25, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H


Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga. Moga sama-sama beroleh berkat dengan kehadiran Syawal tahun ni...



Friday, August 19, 2011

Puasa | Kenangan MTT

Entry mengulit kenangan lagi... Cenggini le, bile budak yg penah duk hostel ni dah beso-jalo (bese kengkawan aku yang duk Ganu gune perkataan ni...) sume kenangan nak diulit-ulit.. saje cari pasal nak kasik rindu kat skolah... Hehehehe..

Bile bulan pose ni, mende yang aku paling takley lupe... Solat Terawih... Kenape aku takley lupe... Hehehehehe Kat skolah aku ade budak yang amek aliran tahfiz, mase ni la bese nye ustaz diorang gune kan untuk asah hafalan diorang... Macam mane...? Al-Quran itu ade 30 juzuk semuanya.. maka, bulan puasa ni bese nye ada le 29 hari kan...? Maka, secara kasarnya, 1 juz akan dibaca dalam sehari... Dan yang aku takley lupe skali, bile 1 juz tu dihabiskan dalam 8 rakaat.. okeh... 1 juz, 8 rakaat.. dan bagi budak yang huhahuha cam aku ni, itu adelah sangat mencabar... Dan bese  nye aku akan try le bertahan 4 rakaat, then aku melepak ngan bebudak ni kat belakang.. 

1st day Ramadan tahun 1997, aku ingat lagi, mase tu warden kitorang pe-od.. dia bukan main marah lagi bile bebudak pompuan ni melepak mase solat terawih.. sebab dia tak rase lagi camne lenguh nye kaki aku time tuh... Bese la.. budak tak kuat iman... Tapi, pas dia dah ley solat, amek ko, dengan dia-dia skali melepak ngan kitorang.. tau pun camne lenguh nye.. Tapi bile ingat-ingat balik, rugi sangat sebab tak menghayati semua tu dulu.. Skang ni kat mane lagi nak cari camtu punye pengalaman.. Rase nye, amalan tu still dipraktikkan kat skolah aku tu kot.. Hmmmm... Moga dikurniakan kesempatan untuk aku berkunjung ke sana... Melepaskan rindu pada sekolah... dan juga pada pendidik yang banyak sangat aku berhutang budi dan jasa ngan diorang...

Tuesday, August 16, 2011

Count Down




Mati itu Benar

Rabu - 10/8/2011 - 12.00 pm++ mak aku call, bagitau yang kawan dia tengah nazak di HTAA. Aku pun kenal rapat dengan makcik tu dan family dia, since kecik lagi kenal. Dalam 3.00 pm camtu baru la aku sempat ke HTAA. Masa aku sampai kat wad Mawar, anak-anak makcik tu semua dah ade kecuali sorang yang duk kat Sabah... Petang baru dia naik flight dari sana...

Tak lama aku melawat dia, yelah, office hour, bukan ley lemame, nanti ramai le yang mecari (kat opis aku ni, klo aku ilang xley, klo orang len ilang, ade dorang kesah...? pilih kasih okey....) Petang, ade program buke pose sama-sama ngan staff jabatan aku.. Bos-bos xjoin.. kitorang-kitorang jer.. Jadi, aku xsempat le nak lawat makcik tu ngan hubby & anak-anak aku...

Esok nya, tah kenapa, aku lupe nak tanye pada mak aku camne keadaan makcik tu, sebok sangat kot.. Dah malam baru aku call mak aku, tapi abah aku yang jawab sebab mak aku tengah solat. "Makcik Moon dah selamat kebumi pagi tadi..." Haaaaaaaaaaaa.. Okeh aku sangat rase bersalah sebab tak pegi ziarah pagi tu... "Abah ngan Mak lupe nak bgtau awak..." Hmmm takpe la Abah, nanti akak pegi la ziarah keluarga & pusara Allahyarhamah Makcik Moon  ye...

Berhadapan dengan kematian orang lain, buat aku terfikir lagi, baru semalamnya aku pegang tangan arwah mase aku lawat beliau di hospital.. dan esoknya, beliau telahpun dipanggil kembali bertemu Kekasihnya... Ya, mati itu benar. Cuma kita yang tak tau, bile waktu kita pula yang akan dipanggil.





Tuesday, August 9, 2011

Doa Murah Rezeki

Ya Allah,
Sekiranya rezeki kami masih lagi dilangit,
maka turunkanlah ia.
Jika ia ade di bumi,
keluarkanlah ia.
Jika ia ade didalam lautan,
munculkanlah ia.
Sekiranya rezeki kami ade di tempat yang jauh,
dekatkanlah ia.
Jika ianya sedikit,
banyakkanlah ia.
Dan jika caranya sukar untuk sampai ke kami,
mudahkanlah ia.
Serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami dengan kemuliaanMu, kepemurahanMu dan kebaikanMu,dengan rahmatMu
wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Amin..

9 Ramadhan 1432H




Friday, August 5, 2011

5 Ramadhan 1432H | Puasa Si Miskin

Okey.. entry ni aku Ctrl+C then Ctrl+V dari email adik aku, Hidayati Husna... untuk renungan bersama di hari ke-5 berpuasa tahun ni...

***

Diriku   yang seringterlepas pandang.  Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan  buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak  kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi
dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..."
Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang  jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo
tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. 
 
Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit
"Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. 
 
Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah  seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang
itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. 
 
Dia berkata:
"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."

Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"?
 
Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.
 
Sekadar gambar hiasan...
 
***



Tuesday, August 2, 2011

Puasa | Breastfeeding | Rukhshah

Syor bagi golongan ibu-ibu yang menyusukan bayi yang mahu berpuasa, golongan ini boleh cuba kaedah breastpump pada sebelah malam dan menyimpan susu tersebut untuk keperluan bayi keesokan hari. Jika masih tidak mampu atau tidak mencukupi, berbuka puasa lebih baik untuknya.
 
Akan tetapi, pandangan serong masyarakat terhadap golongan ibu yang berbuka kerana menyusu tidak dapat dielakkan kerana mereka kurang maklumat. Ia memerlukan masa untuk masyarakat diterangkan dan memahami isu ini. Adalah menjadi anjuran agama untuk si ibu menyusukan anaknya selama dua tahun, dan ia merupakan tugas mulia baginya.

Di antara rahmat Allah yang Agung kepada hamba-hamba-Nya yang lemah, Allah memberi rukhshah kepada mereka untuk berbuka, dan di antara mereka adalah wanita yang hamil dan menyusukan anak.

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu*: “Kuda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam mendatangi kami, aku pun mendatangi Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, dan aku temui dia sedang makan. Beliau bersabda: “Mendekatlah ke sini dan makanlah”, Aku berkata, “Sesungguhnya aku sedang berpuasa”, Maka beliau bersabda, “Mendekatlah ke sini, aku akan memberitahumu berkenaan dengan puasa. Sesungguhnya Allah Tabaraka wa Ta’ala menggugurkan (meringankan) setengah hari beban solat ke atas orang yang bermusafir, menggugurkan (memberi rukhsah) ke atas wanita yang hamil dan menyusukan anak akan kewajiban berpuasa. Demi Allah Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam telah mengucapkan keduanya atau salah satu dari keduanya. Aku pun benar-benar menyesal kerana tidak memakan makanan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. 

(Hadis Riwayat at-Tirmidzi (715), an-Nasa’i (4/180), Abu Dawud (3408), Ibnu Majah (16687). Sanadnya hasan sebagimana pernyataan at-Tirmidzi)

KEPADA IBU-IBU,SELAMAT BERPUASA & TERUSLAH MENYUSUKAN ANAKANDA KALIAN

Note:
* iaitu al-Ka’bi, bukan Anas bin Malik al-Anshari, pembantu Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, tapi ini adalah seorang pemuda dari Bani Abdillah bin Ka’ab, dan dia pernah tinggal di Bashrah, beliau hanya meriwayatkan hadis ini sahaja dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam




Monday, August 1, 2011

1st Try : 2nd Giveaway Yana Craft

Sebelum ni aku tak pernah join any contest camni...

Ni first try aku join contest camni.. harap2 buleh la menang kain felt nih....

Bagi sesiape yg minat craft, ley la skodeng blog nih... http://yanacraft.blogspot.com/

Salam Ramadhan

Marilah kita dambakan Ramadhan terbaik tahun ini... Syukur kerana masih diberi peluang bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun ini.. Harapanku agar Ramadhan kali ini akan menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya...



Selamat menunaikan ibadah puasa....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TuneList

TuneList - Make your site Live