Tetibe terngiang-ngiang perbincangan (sembang-sembang jer padahal nye... saje ayat cam perbualan penting jer...) ngan suami pagi tadi.
"Lagi besar periuk, lagi banyak keraknye" terkeluar ler persoalan tentang kehidupan seharian. Dalam hadi aku, terlintas le pulak phrase "Lagi besar periuk, lagi banyak kerak, lagi besar cekadak..." Hahahahahahahaha.. Ade kebenaran disebalik phrase ni kan...?
Dengan perbelanjaan yang merequire lebih daripada resources yang sedia ada. Dalam erti kata yang lagi tepat, perbelanjaan isi rumah berbanding gaji bulanan...
Cliche je ayat "harga barang-barang sume naik, gaji jer tak naik-naik" , tapi itulah hakikat. Kepada yang berpendapatan besar gabak, mungkin tak rase tempias keperitan survival hidup dalam negara yang "sangat-sangat-sangat" menitik beratkan kebajikan rakyat bawahan ni. Tapi kepada mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah, selain daripada memerah keringat dan tulang empat kerat, keberkatan dalam apa yang diperolehi itu sangat diperlukan. Ye, sebanyak mana rezeki yang datang, jika ia tidak berkat, maka ia takkan pernah cukup.
Ya Allah, Engkau berkatilah walau sebanyak atau sedikit mana sekalipun rezeki yang Engkau limpahkan kepada kami. Kurniakanlah kecukupan dalam setiap apa yang kami perolehi dan jauhkanlah sikap tamak dan kedekut dari diri kami. Amin ya Rabbal 'Alamin...
amin... semoga apa yang kita kerjakan diberkati oleh ALLAH swt..
ReplyDeleteamin. tp betullah negara kita terlalu mendahulu kan rakyat. rakyat di dahulu kan untuk merasai keperitan sara hidup huhu
ReplyDeletelieza: amin.....
ReplyDeletepokleh: itu ler... sangat didahulukan...