So which of the favors of your Lord would you deny?

(Al-Quran: 55)

Friday, June 10, 2011

Anugerah dari Syurga

Seminggu dua ni memang aku tak usik langsung any newspaper sebab malas nak baca pasal kes-kes pembuangan anugerah dari syurga yang boleh dikatakan hampir tidak menyentuh perasaan sesetengah pihak. Kadang rasa terkilan bila ada manusia yang tergamak membuang anugerah dari syurga tu macam sampah.

Ada hikmah kenapa manusia dilarang keras menghampiri zina. Kenapa? Secara fitrahnya, apabila telah berlaku perbuatan menghampiri zina, berapa co'et je manusia yang mampu tersedar dan tidak melakukan zina.Yang selebihnya? Hanya Tuhan yang tahu apa yang berlaku.

Bukan mahu berbicara soal perlakuan 'itu'. Tetapi terfikir soal nasib dan hukuman yang tertimpa kepada insan yang tidak berdosa oleh perlaku dosa besar 'itu'. Apa sangat yang mampu dilakukan oleh insan-insan kerdil itu selain menangis (jika nyawa masih bersatu dengan jasad) tatkala diri mereka dibiarkan keseorangan, kelaparan dan kesejukan. Aku tak dapat bayangkan betapa azabnya penderitaan yang ditanggung oleh tubuh-tubuh kecil itu. Apa salah mereka?

Kenapa aku tetibe emo dan bercerita soal kekejaman manusia? Walau tak pernah sekalipun aku tidak menitiskan air mata bila membayangkan nasib yang menimpa tubuh kecil anugerah dari syurga itu bila diperlakukan begitu? Kerana aku punyai anugerah-anugerah dari syurga itu. Walaupun adakala kemarahan menguasai diri, kesalan pasti datang selepas itu. Hati ibu mana tak tersentuk bila menatap dan mendengar kisah kekejaman manusia terhadap tubuh-tubuh kecil seperti anak-anak mereka?

Aku emo? Memang...!!! Kenapa....? Aku tak tahu... Nasihatku... Bertaubatlah....Selagi belum terkatup pintu taubat itu buat diri kita.

~Aku juga insan yang melakukan kesilapan. Ya Allah, ampunkanlah kekhilafanku.. Bimbinglah aku ke arah jalan yang Engkau redhai... ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TuneList

TuneList - Make your site Live