So which of the favors of your Lord would you deny?

(Al-Quran: 55)

Tuesday, June 28, 2011

14/7/2001 - 13/7/2011

Macam tak percaya.... hehehehehe

Dah dekat satu dekad rupenye...

Rase baru je lagi...

Tapi dah dekat sepuluh tahun...

Apende nye...?

Aku register email aku ler... honeyafni@yahoo.com.. on 14th July 2001...

Dan sampai hari ni, aku still gunakan email account tu... Setia kan...?

Macam no henpon aku gak... dari mule simcard tu aku beli RM160.00... 
Sampai le skang ni, aku still gune nombor yang sama.. cume aku convert je dari maxis ke celcom..
(and of course le simcard nye pun dah bertukar... )

012-686****... 

Aku tak ingat tarikh aku beli no nih.. Tapi yang aku ingat dalam tahun 2002.. 

Kire nye next year, genap le sedekad aku gune no ni..

Monday, June 27, 2011

Tak Miskin Kalau Jadi Pemurah

Entry ni, aku tujukan khas kepada kengkawan yang pernah sama-sama menuntut ilmu kat MTT.

Kata-kata yang pernah terluah oleh seseorang yang aku pegang sampai hari ni... "Tak Miskin Kalau Jadi Pemurah"..

Masa ada, apa salahnya disalurkan kepada saluran mana yang InsyaAllah akan memanfaatkan apa yang kita salurkan tu ke arah yang sebaiknya...

Sekadar RM10.00 setiap kali hari gaji, insyaAllah takkan luak rezeki yang Allah berikan pada kita.. Yelah, bukan susah.. Besenye kat sebelah ATM tu musti ade CDM kan...? Alang-alang dah beratur kat ATM tu, pastu beratur le pulak kat CDM tuh.. tak lame,kejap jer..

Aku cuma mahu berkongsi beberapa option saluran yang ada...

BIMB MTT : 13017010048493
BMMB MTT : 13010002829710
Maybank MTT (Masjid) : 563064112631


Nota kaki:
BMMB - Bank Muamalat (M) Berhad
ATM - Automated Teller Machine
CDM - Cash Deposit Machine

Lucky Us

Mase family day jabatan aku bebaru ni, ade le kejadian hadiah lucky draw "hilang".. Mau tak hangen, penat-penat gi beli, penat-penat balut.. last-last "hilang".. "Hilang" dalam erti kata hadiah tu tak di'display' di atas meja bersama-sama ngan hadiah-hadiah lucky draw yang lain and of course le tak diberikan malam tuh... Dan yang lebey hangen nyer.. dalam 5 hadiah tu, ade 4 hadiah yang agak mahal and memang most of us nak... Dan bagaikan menyimbah minyak tanah ke api yang memang marak ni, tukang bawak hadiah tu bagi alasan susah nak amek hadiah tu dari kereta 'beliau' untuk nak bawak ke tempat BBQ dinner jabatan kitorang malam tu.. Hellooooooo... dah ramai-ramai staff ni, takkan le ko takley nak ringan mulut nak mintak kami-kami ni tolong angkat... Adeh.... Okey, itu cerita hangen sekumpulan kami...

Ni nak masuk cerita hangen aku lak... dalam kami duk bersungut pasal keberatan mulut 'orang itu' mintak tolong, which end up dengan menerbitkan rase tak puas hati dikalangan kami-kami... ade lak yang mulut tak berape nak cantekkkk cakap "Tu tandanye tak bertuah la tu..." Hoiiittt.. If let say semua hadiah tu ade kat tempat kejadian.. and none of us dapat... takpe la nak buat ayat tak cantek camtu... Ni dah le subahat ngan orang yang berat mulut tuh.. pastu lagi mau simbah extra minyak tanah... adehhhhhh.... And, FYI (dedicated to tuan punya ayat yang diucapkan di atas), aku tak rase aku tak bertuah sebab tak dapat those hadiah that night...

Okey.. berbalik pada topik.. Lucky us... Aku ngan hubby takde lagi rencana khas untuk celebrate birthday putera kesayangan kami tahun ni.. Bukan sebab tak excited, tapi sebab kekurangan resources.. Hehehehehehe.. Dalam takde rencana pape tu, jauh dalam hati aku mengharapkan sesuatu untuk mengembirakan Ahmad Zuhair on his 3rd birthday...

25th June, ade dinner kat Swiss Garden Resort & Spa, Kuantan... organized by O & G Department, sempena IEEP Kulliyyah kami.. Dinner, musti ade lucky draw... And aku dapat hadiah lucky draw... 2 days & 1 night stay at Swiss Garden Resort.. Hehehehehehehe.. Alhamdulillah, syukur...

Duk sembang-sembang ngan hubby aku, tetibe terfikir, kalau stay kat sane mase borthday Ahmad Zuhair okay gak.. hehehehehehe... Ley le Ahmad Zuhair berendam lam swimming pool pepagi birthday dia nanti.. Musti dia suke... 

Wednesday, June 22, 2011

Tak Mati Kalau Minta Maaf

Sepanjang hidup aku, tak pernah lagi le aku berdepan ngan kejadian orang tetibe kene tarik nyawa sebab minta maaf. Tapi yang aku pelik, kenapa la manusia susah sangat nak minta maaf. Lagi-lagi kalau yang buat salah tu pangkat tinggi sket (yang manusia sesama manusia je pun yang bagi.. bukan pangkat yang turun skali ngan wahyu dapat kat dia...), memang susah le nak ucap perkataan "saya minta maaf."

Hidup menongkat langit.. sampai bila? Datang ajal nanti, dalam perut bumi jugak ditanamnye. Itupun kalau mati berkubur. Dibuatnya mati tatau je mayat kat mana, camne nak ade kubur...

Tak jatuh maruah seseorang tu bile mintak maaf, walaupun sekecil mana kesalahan...

Tuesday, June 21, 2011

Hani Lempengnya Hangus

Hani Gadis Di Metropolitan
Tahu Serba-serbi
Falsafah dan Seni Juga Menyanyi
Pandai Ikut Rentak

Hani Gadis Di Metropolitan
Banyak Tinggi Baca
dan Jejaki Kota-kota Dunia
Hidup Ikut Zaman

Tetapi Sayang Oh Sayang
Dia Tak Pandai Memasak
Oh Goreng Lempeng Lempengnya Hangus
Oh Goreng Lempeng Lempengnya Hancus
Oh Goreng Lempeng Lempengnya Haus
Oh Perut ku Kosong
Oh Dah Bunyi Keroncong

Tetapi Sayang Oh Sayang
Dia Tak Pandai Memasak
Oh Goreng Lempeng Lempengnya Hangus
Oh Goreng Lempeng Lempengnya Hancus
Oh Goreng Lempeng Lempengnya Haus
Emm Apa Nak Buat...

Tetapi Sayang Oh Sayang
Dia Tak Pandai Memasak
Oh Goreng Lempeng Lempengnya Hangus
Oh Goreng Lempeng Lempengnya Hancus
Oh Goreng Lempeng Lempengnya Haus
Oh Namun Begitu
Dia Tetap Ratuku 
(Hani, I love you, you tak leh masak pun takpe.. kedai kan banyak...)

Oh Dialah Satu
Oh Dia Haniku
Oh Dialah Ratu
Oh Dia Haniku
Oh Dialah Satu
Oh Dia Haniku
Oh Dialah Satu
Oh Dia

Teringat zaman skolah dulu... Aku suke lagu nih.... Hani Lempengnya Hangus

Friday, June 10, 2011

Anugerah dari Syurga

Seminggu dua ni memang aku tak usik langsung any newspaper sebab malas nak baca pasal kes-kes pembuangan anugerah dari syurga yang boleh dikatakan hampir tidak menyentuh perasaan sesetengah pihak. Kadang rasa terkilan bila ada manusia yang tergamak membuang anugerah dari syurga tu macam sampah.

Ada hikmah kenapa manusia dilarang keras menghampiri zina. Kenapa? Secara fitrahnya, apabila telah berlaku perbuatan menghampiri zina, berapa co'et je manusia yang mampu tersedar dan tidak melakukan zina.Yang selebihnya? Hanya Tuhan yang tahu apa yang berlaku.

Bukan mahu berbicara soal perlakuan 'itu'. Tetapi terfikir soal nasib dan hukuman yang tertimpa kepada insan yang tidak berdosa oleh perlaku dosa besar 'itu'. Apa sangat yang mampu dilakukan oleh insan-insan kerdil itu selain menangis (jika nyawa masih bersatu dengan jasad) tatkala diri mereka dibiarkan keseorangan, kelaparan dan kesejukan. Aku tak dapat bayangkan betapa azabnya penderitaan yang ditanggung oleh tubuh-tubuh kecil itu. Apa salah mereka?

Kenapa aku tetibe emo dan bercerita soal kekejaman manusia? Walau tak pernah sekalipun aku tidak menitiskan air mata bila membayangkan nasib yang menimpa tubuh kecil anugerah dari syurga itu bila diperlakukan begitu? Kerana aku punyai anugerah-anugerah dari syurga itu. Walaupun adakala kemarahan menguasai diri, kesalan pasti datang selepas itu. Hati ibu mana tak tersentuk bila menatap dan mendengar kisah kekejaman manusia terhadap tubuh-tubuh kecil seperti anak-anak mereka?

Aku emo? Memang...!!! Kenapa....? Aku tak tahu... Nasihatku... Bertaubatlah....Selagi belum terkatup pintu taubat itu buat diri kita.

~Aku juga insan yang melakukan kesilapan. Ya Allah, ampunkanlah kekhilafanku.. Bimbinglah aku ke arah jalan yang Engkau redhai... ~

Wednesday, June 8, 2011

Cekadak

Tetibe terngiang-ngiang perbincangan (sembang-sembang jer padahal nye... saje ayat cam perbualan penting jer...) ngan suami pagi tadi.

"Lagi besar periuk, lagi banyak keraknye" terkeluar ler persoalan tentang kehidupan seharian. Dalam hadi aku, terlintas le pulak phrase "Lagi besar periuk, lagi banyak kerak, lagi besar cekadak..." Hahahahahahahaha.. Ade kebenaran disebalik phrase ni kan...?

Dengan perbelanjaan yang merequire lebih daripada resources yang sedia ada. Dalam erti kata yang lagi tepat,  perbelanjaan isi rumah berbanding gaji bulanan...

Cliche je ayat "harga barang-barang sume naik, gaji jer tak naik-naik" , tapi itulah hakikat. Kepada yang berpendapatan besar gabak, mungkin tak rase tempias keperitan survival hidup dalam negara yang "sangat-sangat-sangat" menitik beratkan kebajikan rakyat bawahan ni. Tapi kepada mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah, selain daripada memerah keringat dan tulang empat kerat, keberkatan dalam apa yang diperolehi itu sangat diperlukan. Ye, sebanyak mana rezeki yang datang, jika ia tidak berkat, maka ia takkan pernah cukup.

Ya Allah, Engkau berkatilah walau sebanyak atau sedikit mana sekalipun rezeki yang Engkau limpahkan kepada kami. Kurniakanlah kecukupan dalam setiap apa yang kami perolehi dan jauhkanlah sikap tamak dan kedekut dari diri kami. Amin ya Rabbal 'Alamin...

Tuesday, June 7, 2011

DIY : Nursing Tea

To contribute some info to all moms who breastfeed their children... especially to those yang menghadapi masalah kekurangan susu...


Daripada berabis duit untuk beli medicines yang mungkin ade side effects... bek kite sama-sama buat nursing tea sendiri...

Camna nak buat nursing tea sendiri?



Bahan-bahannya:

1 teaspoon of fenugreek
1 teaspoon of fennel seed
Hot boiling water


Cara-caranya:

1) Masukkan halba & jintan manis ke dalam cawan.
2) Masukkan air panas.
3) Tutup cawan & biarkan selama 5-10 minit.
4) Teh sedia untuk diminum.

Fenugreek a.k.a Halba

Fennel seed a.k.a Jintan manis

Friday, June 3, 2011

Rindu Nye Kat Incek Blog Ini

What...?!!! Last entry was on 5th May 2011 ...? That was more than 20 days ago... Memang patut le aku rindu dengan incek blog ini.. Hehehehe.. Sorry ye sayang... I cuti lame...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TuneList

TuneList - Make your site Live