So which of the favors of your Lord would you deny?

(Al-Quran: 55)

Monday, January 3, 2011

Rindu Pada Zaman Itu

Quite long weekend spent dalam keadaan yang lembab dek kerana hujan berpanjangan membuatkan aku tiba-tiba teringat suatu saat dulu, tatkala kulit muka baru mengenal apa itu jerawat, tatkala jiwa baru mengenal erti menggedik (hahahahahahaha...) aku gemar memerhatikan rintik hujan yang jatuh dari langit di tepi tingkap hostel.. Tahun 1996.. Dah berapa tahun yer...? Rasa seperti baru semalam aku termenung memerhatikan hujan dan tiba-tiba disergah akak senior ku... siot sungguh rasanye bile detik-detik blues aku terganggu dek perbuatan seperti itu...

Semalam, lagi sorang kawan aku di'upgrade'kan status daripada hanya seorang suami kepada seorang ayah. Kamarul Azmi. Tahniah weh... Lagi sorang member sekolah aku lak dah nak update status dari single kepada bini orang.. Congrats to you too Mastura... Bile sembang pasal kawan lama zaman sekolah ni, mule la jiwa aku merindui zaman-zaman mula belajar mengenal hidup, mengenal dunia ni. Syukur kerana aku dikelilingi oleh mereka yang aku boleh letakkan dalam kenangan yang manis... Mungkin le ade gak yang aku letak dalam kenangan tawar & yang xbpe best... hehehehehehehe.. Tapi kebanyakkannya memang tersimpan kemas dalam kotak kenangan terindah aku ler... Chhhhhhhhhhheeeehhh... ayat xley blah...

Bila dikira, berapa orang je lagi kawan-kawan yang masih belum meng'update' status mereka dari single ke double.. Hahahahaha.. macam aku dah triple.. walalalalala... Aku tatau kenapa, tapi aku lebih kerap berhubung dengan mereka yang aku kenal sewaktu zaman sekolah dulu daripada mereka yang aku kenal sewaktu zaman Matrik UIA & kat Gombak dulu.. Ya.. Mungkin kerana suasana dan persekitaran zaman sekolah aku dulu berbeza dengan suasana dan persekitaran zaman aku di Matrik & kat Main Campus...

Zaman sekolah terlalu banyak mengajar aku erti menghadapi hidup.. Insan-insan yang terlalu banyak menabur budi dan ilmu sepanjang aku bergelar anak murid mereka... Ya... perkataan anak murid itu lebih sesuai daripada perkataan pelajar... mereka mendidik setiap seorang dari kami seperti anak-anak mereka... Terima kasih yang tak terhingga buat para pendidik yang tak pernah putus untuk membimbing aku dan teman-temanku supaya kami semua menjadi orang, bukan orang-orang...

Aku rindu suatu tempat yang terlalu utuh terpahat namanya dalam hati aku Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman, Kuala Terengganu... Nostalgia... Nostalgia...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TuneList

TuneList - Make your site Live