So which of the favors of your Lord would you deny?

(Al-Quran: 55)

Thursday, May 5, 2011

Zuhair Demam | Zinnirah Batuk

Ahmad Zuhair @ 2.15 am / 050511

Buah hati Ummi demam lagi.. Kesian anak Ummi.. Tapi bab nak makan ubat, ade mase senang sangat.. ade mase susah Ya Rabbi... Pastu merengek-rengek nak Ummi malam-malam... Makin manja bile tak sehat ni...

Paling tak sanggup nak hadapi bile Ahmad Zuhair batuk-batuk then termuntah. Memang dah jadi rutin tiap kali demam.. musti batuk-batuk then muntah.. Dah le kurang makan, muntah lak.. Aduhai.. remuk-rendam rase nye hati Ummi nengokkan keadaan anak Ummi macam ni...


 Aisyah Zinnirah @ 2.26 am / 050511


Aisyah Zinnirah lak batuk-batuk. Kesian anak dara Ummi yang sorang ni. Kecik-kecik lagi dah batuk.  Kadang-kadang bile batuk lebih sangat, adik pun sama, termuntah jugak. Habis susu adik muntahkan. Ummi risau sangat.. Takleh lupe mase kene jaga abang Zuhair kat wad mase umur dia baru 4 bulan dulu...


Wad Tanjung 4B, HTAA Kuantan @ Bed No.12


Kadang-kadang bile tengok anak-anak tak sihat ni, rase sanggup je nak tanggung sume kesakitan diorang ni. Tak kesah la diri ni sakit camne pun asalkan anak-anak sihat. Ya Allah, sembuhkanlah anak-anakku...

Ya Allah, Engkau kurniakanlah kesembuhan kepada anak-anakku. Kurniakanlah nikmat kesihatan dan kesejahteraan pada mereka. Amin Ya Rabbal 'Alamin...

Meniti Hari

Sedar tak sedar... dah hampir setahun kekusutan tu berlalu. Dan Alhamdulillah disebalik apa yang pernah berlaku, ada hikmah besar dalam kehidupan. Aku tau ada manusia yang tertawa dengan musibah yang pernah melanda aku. Tapi maaf, tawa kalian tak kekal lama. Aku tidak pernah mentertawakan orang lain, walau sebenci mana aku pada mereka. Ya, Tuhan tu Maha Kaya. Dia saja yang tahu apa hikmah yang terselit disebalik tiap satu kejadian.

Apa yang aku dapat dari apa yang berlaku? Menghargai dan dihargai... itu yang penting dalam hubungan. Banyak lagi la yang aku belajar dari apa yang dah berlaku. Syukur, bahagia tu masih tertulis untuk aku , suamiku dan anak-anakku. Alhamdulillah... Syukur...

Pendek kata, dalam  tempoh tu, aku ni disekolahkan balik le oleh kejadian tu.. Alhamdulillah, aku dapat jadi student yang baik sebab aku dapat belajar sesuatu dari ape yang berlaku...

P/S: Bagi sape yang tau kejadian yang dimaksudkan, senyap-senyap jelah yer.. bagi yang tatau, takyah le tanye details nye...

Wednesday, May 4, 2011

Aku | Ummi yang Bertuah

Buah hati yang menjadi kebanggaan aku & suami


Alhamdulillah, dalam development progress anak-anak aku, banyak perkara yang menyedarkan aku betapa beruntungnya aku dan suami dikurniakan permata hati bernama Ahmad Zuhair & Aisyah Zinnirah. Syukur atas limpah RahmatNya dengan pemberian ini.
Ahmad Zuhair, walaupun nakal sket dan banyak menguji kesabaran aku, dia adalah seorang anak yang dikurniakan kepetahan bercakap yang cukup membuatkan kami terhibur dengan telatahnya. Alhamdulillah dia dikurniakan dengan perwatakan yang aktif dan juga akal fikiran yang cepat menangkap apa yang dia pelajari.

Ya Allah, Engkau kurniakanlah segala yang terbaik buat anak-anakku di dunia ini dan tempatkanlah mereka di syurgaMu di akhirat kelak.

 Aku cuma berharap agar aku mampu untuk mengawal amarahku tatkala berdepan dengan kerenah Ahmad Zuhair yang macam-macam hal. Aku ni cepat sangat melenting bile dia buat perangai degil dia tu. Entah berapa kali badan comel tu aku cubit. Entah berapa liter air mata anak aku mengalir disebabkan kesakitan dek cubitan aku. Bile difikirkan balik, sesalnya aku kerana tak mampu mengawal amarah. Tapi bile aku diuji lagi dengan kerenah anakku yang sorang tu, aku tewas lagi... Ahmad Zuhair... Maafkan Ummi yer sayang...

Ya Allah, Engkau selamatkanlah anak-anakku dari kekasaran tanganku. Janganlah Engkau biarkan aku terus tewas dalam ujian kesabaran ini. Janganlah Engkau biarkan aku terus menyakiti anakku. Izinkanlah aku untuk menjadi seorang ummi yang mithali.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TuneList

TuneList - Make your site Live