Tak semua manusia punyai masa lalu yang suci..
Tapi bukan semua masa lalu yang suci akan terus suci hingga ke akhirnya.
Aku benci bila manusia lebih suka menghukum dek kerana masa lalu yang dah terlampau lama berlalu.
Aku benci bila manusia membicarakan masa lalu seolah ia baru seminit tadi terjadi.
Jangan pernah anggap manusia yang punyai masa silam yang hitam akan terus berada dalam kehitaman itu. Malah dengan kuasa Tuhan. manusia itu mungkin pada detik dan saat ini sebenarnya telah berada di tingkat yang jauh lebih tinggi dari kamu, manusia pencaci.
Peluang...??
Bagi aku semua orang patut diberi peluang..
Bagi aku semua orang patut diberi peluang..
Siapa kita untuk menidakkan hak itu daripada mereka..
Tuhan tak pernah tidak mendengar taubat hambaNya..
Takkan pula kita manusia layak menghukum..
Siapa kita..? Cuma manusia kerdil..Setiap hela nafas pun atas ehsanNya...
Jangan berlagak suci...
Jangan perasan hebat...
Jangan...
Jangan buat orang mual dengan kamu..
Usah lupa..
Hebat mana pun pendidikan kita..
Jika mahu diambilNya
Sekelip mata..
Kaya mana pun kita.. Harta belanja takkan habis..?
Tuhan hanya tiupkan satu penyakit..
Nah.. Mau muflis dek kerana membiaya segala rawatan..
Pakar mana pun kita..
Hebat mana skills kita.. cukup didatangkan strok..
Lumpuh segala anggota..
Mahu ke tandas pun tidak mampu..
Apa lagi mahu mencuci najis..
Ingat...!!! Jangan takkabur..
Segalanya bukan hak kita..
Cuma dipinjamkan saja..
Jangan berlagak dengan barang yang dipinjamkan...
Malu akhirnya...
No comments:
Post a Comment