Al-Fatihah...
Salam takziah buatmu, teman..
Hanya itu yang mampu aku katakan..
Berdepan dengan kematian orang tersayang... bukan sesuatu yang mudah untuk engkau harungi...
Baru bulan lepas, engkau sampaikan pada aku
Perkhabaran pemergian permata hatimu
Yang belum sempat menjengah dunia...
Dan hari ini...
Berita kematian seorang lagi insan kesayangan engkau...
Engkau sampaikan pada aku...
Moga roh ayahmu ditempatkan bersama roh orang-orang yg soleh...
Teman,
Aku tahu engkau cukup tabah..
Kerana itulah, kuat ujian untuk engkau...
Kerana terselit besarnya pahala itu...
Disebalik redha dengan ketentuanNya..
Tabahlah Eka...
Tabahlah Eka...
No comments:
Post a Comment