So which of the favors of your Lord would you deny?

(Al-Quran: 55)

Tuesday, July 7, 2009

Ahmad Zuhair Dah Pandai Berjalan

5th July 2009 (Sunday)
Alhamdulillah Ahmad Zuhair dah pandai berjalan sendiri. Sehari selepas majlis kesyukuran sempena dengan ulangtahun kelahiran dia, pas mandi aku pakaikan baju dia. Masa tengah butangkan baju Ahmad Zuhair, tiba-tiba dia berdiri. Aku sengaja pegang baju dia je. Memang sebelum ni dia tak confident lagi nak menapak sendiri. Tapi, bila aku lepas je baju dia, terus dia manapak sendiri. Tanpa bantuan. Punya la suka aku.

Seronok sangat tengok setiap perkembangan diri Ahmad Zuhair. Setiap perkembangan dia berlaku depan mata aku. Adik-adik aku semua ada masa tu. Yang takde kat rumah cuma suamiku dan jugak abah aku. Yang lain semua bersorak seolah-olah Ahmad Zuhair buat pertunjukan. Memang sebuah pertunjukan yang terlalu mengkagumkan. Aku berbangga dengan setiap kemajuan Ahmad Zuhair walaupun sekadar sekecil-kecil kepandaian baru yang dia develop. Terima kasih Tuhan atas kegembiraan & kebahagiaan yang Engkau kurniakan melalui hadirnya Ahmad Zuhair dalam hidup kami sekeluarga.

Adik-adik aku semua sayangkan Ahmad Zuhair. Mungkin kerana dia anak saudara pertama kepada adik-adikku. Dan mungkin juga kerana adik-adikku memang semuanya jenis sukakan budak kecil. Kecuali Adik Ahmad. Mungkin dia agak kekok dengan budak kecil seperti Ahmad Zuhair, tapi semakin hari aku tengok Adik semakin pandai melayan kerenah Ahmad Zuhair. Mungkin layanan dia tak seperti layanan kakak-kakak dan abang-abang dia yang lain terhadap Ahmad Zuhair, tapi ada rasa sayang dan kasih disebalik kejanggalan itu. Terima kasih semua kerana menyayangi anakku. Aku bersyukur padaMu Ya Allah atas anugerah kasih sayang terhadap anakku yang telah Engkau kurniakan. Semoga kasih sayang ini akan terus berkembang dan akan terus mekar dari sehari ke sehari. Aku gembira bila tengok Ahmad Zuhair membesar dengan penuh kasih sayang.

Ya Allah, Engkau takdirkanlah yang terbaik untuk anakku. Aku terlalu ingin melihat anakku membesar dan menjadi kebanggaan setiap orang di atas kecemerlangannya baik dari segi pelajaran, pergaulan, tingkahlaku dan juga personalitinya. Aku cuma mampu lakukan yang terbaik untuk membantu Ahmad Zuhair dalam mendapatkan apa yang terbaik untuk dia. Semoga apa yang aku usahakan akan memberikan manfaat, walaupun bukan tempiasnya pada aku, biarlah segala kelebihan tu terkena pada Ahmad Zuhair.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TuneList

TuneList - Make your site Live