So which of the favors of your Lord would you deny?

(Al-Quran: 55)

Tuesday, July 7, 2009

1st Birthday

Alhamdulillah Syukur ke hadrat Ilahi, Ahmad Zuhair genab setahun pada tanggal 2 Julai 2009 bersamaan 9 Rejab 1430H. Aku rasa macam baru semalam je aku dalam labour room, menahan sakit. Tapi kesakitan tu lenyap macam tu aje tatkala pandangan aku jatuh pada susuk tubuh Ahmad Zuhair yang baru je lahir dari rahimku. Aku terlalu bersyukur. Bahagia yang aku rasa saat tu tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Hanya mereka yang pernah melalui saat itu yang dapat mambayangkan perasaan aku masa tu...

 Birthday Boy ngan Aki beliau...

4 Julai 2009 (Sabtu)
Kitorang adakan Majlis Kesyukuran sempena ulangtahun kelahiran Ahmad Zuhair yang pertama. Alhamdulillah majlis berlangsung dengan lancar. Harap-harap tetamu sumer suka juadah yang disediakan. Terima kasih kepada yang sudi hadir dan juga kepada yang susah-susah bawa hadiah. Thanks a lot.

Menu yang disediakan:
i) Nasi Dagang
ii) Mee Hoon Goreng
iii) Satey
iv) Roti Jala & Kari Ayam
v) Karipap
vi) Kuah Cara Berlauk
vii) Moist Choc. Cake
viii)Agar-agar
ix) Air Sirap
x) Air Oren


Banyak kan? Niat aku memang nak menjamu tetamu sumer sampai kenyang. Alang-alang buat majlis makan-makan ni, biar orang yang datang dapat makan sampai puas dan kenyang. Baru ler puas hati kitorang sebagai tuan rumah (Actually majlis ni dibuat kat umak parents aku. Jadi, diorang le tuan rumah sebenar).

Majlis mula lambat sket due to kelewatan dishes siap. Lebih setengah jam juga la. Tapi aku harap dengan juadah yang disediakan tu, tetamu yang terpaksa menunggu sumer rase berbaloi penantian diorang. Harap sangat diorang rase camtu.

Bebudak Tahfiz dari Maahad Tahfiz Yayasan Pahang sampai dekat-dekat nak kul 3.00 ptg. Majlis start ngan Tahlil. Memang biasanya family aku akan buat tahlil dalam majlis-majlis yang kitorang buat kat rumah. Dah terbiasa macam tu. Kebetulan pulak ade Maahad Tahfiz Darul Ulum dekat ngan umah parents aku. Tapi kali ni ajak member-member adik aku si Sidqi tu dari Maahad Tahfiz Yayasan Pahang tu sebab budak Tahfiz Darul Ulum takde. Diorang ade program dan bebudak yang takde program lak balik. Walaupun Sidqi dah masuk UIA, tapi kengkawan dia kat Maahad Tahfiz still keep in touch lagi ngan dia.

Masa kenduri Aqiqah Ahmad Zuhair dulu pun, yang prepare lauk kambing aqiqah tu budak Tahfiz Darul Ulum. Sumer diorang buat. Dari sembelih, lapah daging, sampai la ke memasak. Alhamdulillah masa tu semua student kat Maahad Tahfiz Darul Ulum termasuk Director Maahad pun ade masa tu. Kebetulan diorang ade mesyuarat hari yang sama kat situ. Dan kebetulan jugak student perempuan pun ada sama kat Maahad masa tu. Alhamdulillah syukur sangat sebab lauk hampir habis hanya untuk para Hafiz dan Hafizah. Moga Allah kurniakan kelebihan terhadap Ahmad Zuhair dengan segala apa yang kami cuba lakukan untuk dia. Aku cuma mengharapkan setiap apa yang baik yang terhasil dari apa yang kami lakukan, tempiasnya akan terkena pada Ahmad Zuhair. Moga Allah kurniakan yang terbaik dalam percaturan hidup Ahmad Zuhair. Doa kami semoga Ahmad Zuhair sentiasa terbimbing dalam setiap langkahnya dalam kehidupan ni. Moga dia tidak terpesong dari landasan yang sepatutnya dia lalui sebagai seorang Muslim.

1st Birthday Cake Ahmad Zuhair
Cuppies utk doorgift...

Sesi memotong kek....





Antara tetamu-tetamu yg hadir memeriahkan majlis... thanks for coming...
Ni la bebudak dari Maahad Tahfiz Yayasan Pahang tu...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TuneList

TuneList - Make your site Live