So which of the favors of your Lord would you deny?

(Al-Quran: 55)

Wednesday, June 22, 2011

Tak Mati Kalau Minta Maaf

Sepanjang hidup aku, tak pernah lagi le aku berdepan ngan kejadian orang tetibe kene tarik nyawa sebab minta maaf. Tapi yang aku pelik, kenapa la manusia susah sangat nak minta maaf. Lagi-lagi kalau yang buat salah tu pangkat tinggi sket (yang manusia sesama manusia je pun yang bagi.. bukan pangkat yang turun skali ngan wahyu dapat kat dia...), memang susah le nak ucap perkataan "saya minta maaf."

Hidup menongkat langit.. sampai bila? Datang ajal nanti, dalam perut bumi jugak ditanamnye. Itupun kalau mati berkubur. Dibuatnya mati tatau je mayat kat mana, camne nak ade kubur...

Tak jatuh maruah seseorang tu bile mintak maaf, walaupun sekecil mana kesalahan...

Tuesday, June 21, 2011

Hani Lempengnya Hangus

Hani Gadis Di Metropolitan
Tahu Serba-serbi
Falsafah dan Seni Juga Menyanyi
Pandai Ikut Rentak

Hani Gadis Di Metropolitan
Banyak Tinggi Baca
dan Jejaki Kota-kota Dunia
Hidup Ikut Zaman

Tetapi Sayang Oh Sayang
Dia Tak Pandai Memasak
Oh Goreng Lempeng Lempengnya Hangus
Oh Goreng Lempeng Lempengnya Hancus
Oh Goreng Lempeng Lempengnya Haus
Oh Perut ku Kosong
Oh Dah Bunyi Keroncong

Tetapi Sayang Oh Sayang
Dia Tak Pandai Memasak
Oh Goreng Lempeng Lempengnya Hangus
Oh Goreng Lempeng Lempengnya Hancus
Oh Goreng Lempeng Lempengnya Haus
Emm Apa Nak Buat...

Tetapi Sayang Oh Sayang
Dia Tak Pandai Memasak
Oh Goreng Lempeng Lempengnya Hangus
Oh Goreng Lempeng Lempengnya Hancus
Oh Goreng Lempeng Lempengnya Haus
Oh Namun Begitu
Dia Tetap Ratuku 
(Hani, I love you, you tak leh masak pun takpe.. kedai kan banyak...)

Oh Dialah Satu
Oh Dia Haniku
Oh Dialah Ratu
Oh Dia Haniku
Oh Dialah Satu
Oh Dia Haniku
Oh Dialah Satu
Oh Dia

Teringat zaman skolah dulu... Aku suke lagu nih.... Hani Lempengnya Hangus

Friday, June 10, 2011

Anugerah dari Syurga

Seminggu dua ni memang aku tak usik langsung any newspaper sebab malas nak baca pasal kes-kes pembuangan anugerah dari syurga yang boleh dikatakan hampir tidak menyentuh perasaan sesetengah pihak. Kadang rasa terkilan bila ada manusia yang tergamak membuang anugerah dari syurga tu macam sampah.

Ada hikmah kenapa manusia dilarang keras menghampiri zina. Kenapa? Secara fitrahnya, apabila telah berlaku perbuatan menghampiri zina, berapa co'et je manusia yang mampu tersedar dan tidak melakukan zina.Yang selebihnya? Hanya Tuhan yang tahu apa yang berlaku.

Bukan mahu berbicara soal perlakuan 'itu'. Tetapi terfikir soal nasib dan hukuman yang tertimpa kepada insan yang tidak berdosa oleh perlaku dosa besar 'itu'. Apa sangat yang mampu dilakukan oleh insan-insan kerdil itu selain menangis (jika nyawa masih bersatu dengan jasad) tatkala diri mereka dibiarkan keseorangan, kelaparan dan kesejukan. Aku tak dapat bayangkan betapa azabnya penderitaan yang ditanggung oleh tubuh-tubuh kecil itu. Apa salah mereka?

Kenapa aku tetibe emo dan bercerita soal kekejaman manusia? Walau tak pernah sekalipun aku tidak menitiskan air mata bila membayangkan nasib yang menimpa tubuh kecil anugerah dari syurga itu bila diperlakukan begitu? Kerana aku punyai anugerah-anugerah dari syurga itu. Walaupun adakala kemarahan menguasai diri, kesalan pasti datang selepas itu. Hati ibu mana tak tersentuk bila menatap dan mendengar kisah kekejaman manusia terhadap tubuh-tubuh kecil seperti anak-anak mereka?

Aku emo? Memang...!!! Kenapa....? Aku tak tahu... Nasihatku... Bertaubatlah....Selagi belum terkatup pintu taubat itu buat diri kita.

~Aku juga insan yang melakukan kesilapan. Ya Allah, ampunkanlah kekhilafanku.. Bimbinglah aku ke arah jalan yang Engkau redhai... ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TuneList

TuneList - Make your site Live