Dalam memenuhi tuntutan kemahuan dalam hidup, ada waktunya kita terlepas pandang, terlalu mengambil mudah dengan apa yang telah dikurniakan kepada kita.
Kesihatan yang baik
Pasangan yang memahami
Zuriat-zuriat yang menggamatkan suasana rumah
Adik-beradik yang melontarkan pandangan dan kritikan
Sanak-saudara yang terlalu mengambil berat dan mengambil tahu
Teman-teman yang tak pernah jemu merisik khabar
Alhamdulillah.
Syukur padaMu ya Allah.
Segalanya Engkau aturkan yang terbaik untuk pendosa seperti aku.
Masih membuka ruang untuk aku memperbaiki segalanya.
Izinkan aku untuk cuma pergi selepas aku cukup dengan bekal untuk ke alam sana.
Entah bila.
Tapi dengan ihsanMu ya Allah.
Selamatkanlah aku, pasanganku, zuriat-suriatku, keluargaku, sanak-saudaraku, sahabat-taulanku dari fitnah dunia dan juga azab di alam barzakh dan di akhirat.
Kurnikanlah kepada kami pengakhiran yang baik.
Allahumma Aameen.
No comments:
Post a Comment