So which of the favors of your Lord would you deny?

(Al-Quran: 55)

Monday, July 21, 2014

Aidilfitri 1435H

Aidilfitri.

Tahun ni..ada kelainannya.
Entahkan menambah suka ataupun lara..
itu belum mampu aku tafsirkan..

Permata hati,
Mohon kalian turut cekal.
Ummi tahu, kalian terlalu kecil untuk memahami.
Cuma Ummi pohon, tetaplah jadi sumber kekuatan Ummi, selamanya.

Tuhan,
Mohon zahirkan hikmah.
Mohon limpahkan RahmatMu.
Mohon tebarkan lembayung perlindunganMu
buat kami bertiga.

Kronologi Mahu Kurus : Status Terkini

Dah lame tak update pasal kegigihan (acah-acah gigih je) aku nak kuruskan badan..
Hahahaha...

Mujur ade apps "Monitor Your Weight" lam fon.. if not tatau la leh keep track ke tak..

By the way, aku dah lame tak minum green tea.. bukan sebab pe, sebab green teabag nye dah abeh dan aku asek lupe je nak beli..

Been taking Jamu Mak Dara for two months. So far, okay kot.. and also dah tukar pembersih muka to Mustika Ratu nye product since kulit muke aku tah kenape asek kering je.. And Alhamdulillah dah makin okay dan tak kering dah sekarang..

Owh.. by the way also, aku tepek entry ni untuk rujukan aku since aku memang takde diary.. bukan nak update sumorang pun.. hihihihihihi...
....

Latest keberatan aku as of today 21st July 2014

Sunday, July 6, 2014

Ramadhan 1435H

Ramadhan tahun ni berbeza
Tak seperti tahun sudah
Atau dua tahun sudah
Biarlah

Aku yakin bukan aku yang rasa semua ni
Zuhair dan Zinnirah juga punya rasa yang sama

Kami mudah emosi
Kami mudah tersentuh
Kami mudah terluka

Mungkin kerna "itu" terjadi
Kami mungkin rapuh
Cuma aku harapkan kami tabah
Aku cuma ada mereka
Dan mereka
Cuma ada aku

Cuma.....

Bagaimana agaknya Aidilfitri kami nanti..?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TuneList

TuneList - Make your site Live