So which of the favors of your Lord would you deny?

(Al-Quran: 55)

Wednesday, February 29, 2012

29th February 2012

Entry ni semata-mata nak wat post on 29th February... 4 tahun skali kot... hahahahaha...
Memang xde keje la kan...?
Biar le.. daripada aku nye blog aku ni bersawang takde entry..
Ade gak le entry merapu ni...
Nak letak entry 'Wordless Wednesday" macam tak best je sebab tetiap minggu ade hari Rabu...


Sunday, February 26, 2012

Tetikus Baru

Mouse lama dah lame KO dikerjakan dek Ahmad Zuhair & Aisyah Zinnirah.. Seb bek la lappy ni ade touch pad, klo tak susah jugak ler...

Malam tadi keluar bersama-sama, mencari mouse baru...
Alhamdulillah pencarian berakhir dengan terbelinya Bluetooth optical mouse..
Senang nak gune, senang jugak nak sorok...

Aku klo ley nak yang kaler ijau.. Tapi hubby aku kate ade yg kaler hitam jer... Nak wat camne, dah beli dah....

*Tetibe rase cam nak beli wireless keyboard lak...

Wednesday, February 22, 2012



Comel kan this bebeh... Aku gune pic ni as profile pic kat fb aku  sebagai tanda sokongan aku terhadap Himpunan Hijau 2.0...

Monday, February 20, 2012

Birthday Aku & Dia

SR Cappuccino Cheese Cake for  my birthday.. Thanks guys...

20th February.... 
Its my birthday... and her birthday too....
Seronok share birth date ngan daughter sendiri...
Bukan senang dikurniakan anugerah macam ni...
Syukur...
Alhamdulillah...

Wednesday, February 15, 2012

Petua Supaya Mudah Mengandung

Khusus buat kawan² yang masih belum dikurniakan zuriat...

Dalam rancangan TANYALAH USTAZ.....Ada dikongsikan 1 petua bagaimana untuk mudah mengandung @ hamil.

Kepada yang puas berusaha denggan bermacam-macam cara. Jangan mudah berputus asa.

Cubalah pula petua @ amalan ini....

1. Ambil 4 biji buah kurma...suami genggam 2 biji, isteri genggam 2 biji
2. Kemudian,buang biji kurma tu
3. Blend @ kisarkan kurma tadi bersama dengan susu kambing
4. Minum air campuran kurma dan susu kambing tersebut sorang segelas.
5. Amalkan sekali sahaja dalam seumur hidup.
6. Kemudian, amalkan minum susu kambing setiap hari waktu pagi.

InsyaAllah mujarab. Selamat mencuba.

Kata ustaz tadi, setakat ni, feedback yang dia terima, kebanyakannya dapat zuriat dalam masa setahun.

Cubalah, siapa tahu ada rezeki? Allah jualah yang Maha Menentukan dan Maha Memakbulkan permintaan hamba-hambaNYA...

Sekian, sekadar berkongsi maklumat dan info untuk membantu kawan-kawan yang lain.
* Harap di share kan dengan kawan-kawan lain yang ada masalah susah mengandung yer. Moga ada manfaatnya.


Kecil-kecilan

Aku insan kecil (yang tak berapa nak kecil sebenarnya...) yang sedang bersama-sama dengan suamiku yang tercinta sedang mencuba nasib kami dengan memulakan peniagaan secara kecil-kecilan... Orang kata, kalau nak belajar sesuatu yang baru,kenalah mula dari bawah. Itu yang sedang kami lakukan.. Alhamdulillah kami dah mula proses pembelajaran kami...

Kenapa kecil-kecilan...? Aku memang takde niat nak kerja makan gaji sampai pencen... Suami aku pun macam tu juga.. Jadi, buat sementara ni, biarlah kami belajar berniaga kecil-kecilan dulu.. Biar mahir bab untung, untung. untung & risikonya... Dan kami lakukan semua ni sambil kami biarkan anak-anak kami perhatikan bagaimana kami sediakan barang jualan di hadapan mata mereka.. Kami ingin didik anak kami agar mengenal cara dan jalan untuk mereka mencari keuntungan di dunia... Moga dalam masa yang sama keuntungan itu akan menyumbang kepada keuntungan untuk mereka & kami di akhirat kelak...

Tuesday, February 14, 2012

Jangan Bangga !!!

Jangan bangga dgn handphone mahal/canggih, kerana alat komunikasi yg boleh menyelamatkan kita adalah DOA

***

Jangan bangga dgn rumah mewah, kerana rumah terakhir kita adalah KUBUR

***
 Jangan bangga dgn title/gelaran, kerana title kita yg terakhir adalah... ALMARHUM

***

Jangan bangga dgn wajah yg cantik/handsome, kerana wajah kita yg terakhir adalah TENGKORAK

***

 Jangan bangga dengan kereta mewah ANDA, karena kereta terakhir ANDA adalah KERANDA JENAZAH

 ***

Jangan Sombong dengan Tempat tidur, Kerana yg terakhir adalah TANAH


Monday, February 13, 2012

Misi : Pindah Notes | Pesanan Buat Suami

Pesanan Buat Suami - Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah
  1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
  2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
  3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
  4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
  5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

Misi : Pindah Notes | Bergembiralah Wahai Wanita Mengadung

Bergembiralah wahai ibu-ibu yang sedang mengandung...

  1. 2 rakaat solat wanita yang hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita tidak hamil.
  2.  Wanita yang hamil mendapat pahala puasa pada siang hari dan pahala ibadat pada malam hari.
  3.  Wanita yang bersalin mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa serta tiap kesakitan pada setiap  1 uratnya.
  4.  Sekiranya wanita meninggal dunia dalam 40 hari selepas bersalin, dikira mati syahid.
  5.  Mendapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikan.
  6.  Memberi susu kepada anak menangis, Allah beri pahala 1 tahun pahala solat dan puasa.
  7.  Wanita menyusukan anak cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat di langit mengkhabarkan berita bahawa syurga wajib baginya..
  8.  Seorang ibu menghabiskan masa malamnya, mengorbankan tidurnya yang selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan memperoleh pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
Sumber : http://www.facebook.com/?ref=home#!/note.php?note_id=488276472904&id=787882891

Misi : Pindah Notes | 3 Panggilan Semasa Hidup

Ibu berkata... * Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup*
Keningku berkerut.... ....'Sedikit sekali Allah memanggil kita..?'

Ibu tersenyum. 'Iya, tahu tidak apa saja 3 panggilan itu..?' Saya menggelengkan kepala.

1) "Panggilan pertama adalah Adzan", ujar Ibu.

Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita sholat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak 'cepat marah' akan sikap kita.

Kadang kita terlambat, bahkan tidak sholat sama sekali karena malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmat Nya, masih memberikan kebahagiaan bagi umat Nya, baik umat Nya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umat Nya ketika hari Kiamat nanti.

Saya terpaku.... . .mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan sholat karena meeting lah, mengajar lah, dan lain lain. Masya Allah.......

Ibu melanjutkan,
2) Panggilan yang kedua adalah Panggilan Umrah / Haji

Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya 'bergiliran' .

Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeda dengan hamba yang lain. Jalan nya bermacam-macam. Yang tidak punya uang menjadi punya uang, yang tidak merencanakan, ternyata akan pergi, ada yang memang merencanakan dan terkabul.

Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan 'Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan', sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua.

Saat itu kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu'. Mata saya semakin berkaca-kaca. ........Subhanallah...... .saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan.. ...Alhamdulillah...

3) 'Dan panggilan ke-3', lanjut Ibu, 'adalah KEMATIAN.

Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kasus, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal sholeh. Karena itu , manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. ..

Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah.... .......Insya Allah surga adalah balasannya.. ...'

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra, Rasulullah Saw bersabda:
Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?'
Huraisy pun menjawab, 'Aku mau mencari lima orang:
  1. Pertama, orang yang meninggalkan sholat
  2. Kedua, orang yang tidak mau keluarkan zakat.
  3. Ketiga, orang yang durhaka kepada ibu dan bapanya.
  4. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
  5. Kelima, orang yang suka minum arak.

Sumber : http://www.facebook.com/home.php?sk=h#!/note.php?note_id=10150279911175570&id=197674079227

Misi : Pindah Notes | Jika Isteri Mengharap Cintanya Berbalas

RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud:
"Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya. "

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.

Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami. Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami.

Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.

Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri.

Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.
 Rasulullah saw bersabda, yang bermaksud:
"Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung diudara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
  1. Sucikan wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
  2. Sucikan lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
  3. Sucikan hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbm 
  4. Sucikan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memilikimu.
** Sumber : http://hanarul.multiply.com/journal/item/12Dosa_Gugur_Pabila_Suami_Isteri_Bersalaman

Misi : Pindah Notes | Diet Rasullullah SAW

Diet Rasullullah SAW:

Jangan minum SUSU bersama DAGING
Jangan minum SUSU bersama IKAN
Jangan minum SUSU bersama AYAM
Jangan minum SUSU bersama CUKA
Jangan minum SUSU bersama BUAH (cth: KOKTEL)

Jangan makan IKAN bersama DAGING
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD

Misi : Pindah Notes | Petua Kesihatan dari Rasulullah s.a.w

 1. Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik.
  • Air sejuk yg meresap ke dlm badan boleh mengurangkan lemak mengumpul .. Kita boleh saksikan orang mengamalkan mandi pagi kebanyakkannya tidak berbadan gemuk..

2. Rasulullah s.a.w mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi.
  • Mujarabnya InsyaAllah jauh daripada penyakit..

3. Waktu solat Subuh di sunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa )
  • Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin...Ini terbukti oleh para saintis yg membuat kajian kenapa dalam sehari kita perlu sujud..
  • Ahli-ahli saintis telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan..

4. Larangan memakan makanan darat bercampur dengan makanan laut
  • Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampuran dengan makanan laut.
  • Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam.. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit...
  • Ini terbukti oleh saintis yg menjumpai di mana di dalam badan ayam mengandungi ion positif, manakala di dalam ikan mengandungi ion negatif.. Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yg boleh merosakkan usus kita..
5. Makanlah dgn mengunakan tangan kanan & menjilat jari
  • Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari..
  • Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari ,iaitu 10 kali ganda terhadap dalam air liur.. ( enzyme sejenis alat pencerna makanan ,tanpanya makanan tidak hadam )..

  :.Rasulullah tidak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari.. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah ini ,anda tak akan menderita sakit perut atau pun keracunan makanan .......

Thursday, February 9, 2012

Update | Tak Update

Ade seorang rakan sekerja aku duk tanye sesuatu berkenaan kerja through ym... tetibe beliau bertanyakan soalan ini:
Tak update blog ke?
 Alamak.... Agak sibuk lately... Memang kalau diikutkan, banyak sangat benda yang aku nak update & kongsikan bersama.... Tapi, masa terluang itu belum menjengah lagi....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TuneList

TuneList - Make your site Live