Dah 2 hari Ahmad Zuhair seperti terlalu manja. Terlalu mudah untuk menzahirkan rajuknya bila aku marah.. Anak Ummi sayang... kenapa? Adakah kerana semakin hampir waktunya dengan kedatangan insan baru dalam rumah kita? Mungkin anak Ummi runsing dengan "saingan" yang bakal dia hadapi nanti...
Ahmad Zuhair,
Ummi tetap sayangkan Ahmad Zuhair seperti sebelum ni. Janganlah anak Ummi risau. Mungkin Ummi terpaksa membahagikan kasih sayang Ummi.. Tapi, percayalah permata hati Ummi, Ummi akan cuba sedaya upaya untuk tidak mengabaikan diri & perasaan anak Ummi yang sorang ni...
Setiap perlakuan Ahmad Zuhair terlalu cepat menyentuh hatiku.. Semalam, tengah aku jahit butang baju dia, tiba-tiba dia datang peluk aku.. Sedangkan sebelum tu, Ahmad Zuhair ralit tengok cartoon yang dia panggil "Cite Budak Comey"... Monster Inc. sebenarnye... Tapi, knowing Ahmad Zuhair, he really loves to give those cute-cute names to those things yang he get to know...
Dalam kereta, memang macam biasa, dia jarang nak duduk kat seat belakang. Mesti nak duduk dengan Ummi kat depan. Even kadang-kadang, pepagi pas hantar Abah kat opis, on the way nak ke chekolah dia, dia lebey suke drive sama-sama ngan Ummi... Camne? Dia duk atas Ummi sambil Ummi drive.. Ummi pegang stering, dia pun pegang sama...
Bercerita pasal Ahmad Zuhair, buat aku digamit rindu. Rindu pada buah hati pengarang jantung aku yang sorang tu... Ahmad Zuhair, Ummi rindu Ahmad Zuhair la... Huhuhuhuhuhu...