So which of the favors of your Lord would you deny?

(Al-Quran: 55)

Wednesday, July 11, 2012

Doa itu Wireless : Doa untuk Anak Cerdik & Mendengar Kata

1. Mulakan dengan niat supaya anak-anak kita menjadi insan cerdik yang soleh & solehah.

2. Baca surah Al-fatihah 1 kali.
 3. Baca ayat kursi 1 kali


4. Baca Surah Al- Insyirah 1 x


5. Baca Surah Toha ayat 1 hingg 5, 1 kali



Bacakan di telinga anak-anak ketika mereka sedang nyenyak tidur... Semoga memberi manfaat kepada kita semua...

*****

Bismillahirrahmanirrahim.. Ya Allah, dengan kekuasaanMu, Engkau jadikanlah anak-anak kami sebagai zuriat yang soleh dan solehah. Kurniakanlah kepada mereka hati-hati yang penuh dengan rasa taqwa kepadaMu. Permudahkanlah bagi mereka untuk melakukan segala kebaikan agar menjadi bekal mereka kelak. Lindungilah mereka dari segala bala dan petaka serta jauhkanlah mereka dari segala fitnah. Ya Allah yang Maha Penyayang, izinkanlah anak-anak kami untuk menabur segala jasa mereka agar menjadi benih pahala untuk mereka. Takdirkanlah segala yang terbaik untuk anak-anak kami di dunia dan juga di akhirat kelak. Tentukanlah syurga untuk anak-anak kami ya Allah.. Amin...
    ♥ ♥

    Monday, July 9, 2012

    Ahmad Zuhair's 4th Birthday


    Tahun ni, Alhamdulillah ada lagi rezeki kami untuk bawa anak-anak jejalan.. Kalau tahun lepas, kebetulan aku dapat voucher stay kat Swiss Garden.. Kitorang g mase birthday Zuhair yg ke-3.. Tahun ni, kebetulan husband aku ade course kat Bangi, so kitorang terus le bercadang nak bawa kanak-kanak bijak dua beradik ni jejalan kat area-area KL & Selangor sana tu... Bukan ape, kitorang memang susah le kalau nak gi ke sana semata-mata nak berjalan jer... Yelah, dah ummi ngan abah dorang memang jenis yang tak suke tempat sesak & crowded... Tu tak campur ngan trafic jammed lagi.. Huh...!!! Kemsalam ler...

    Gerak gi sana on Saturday (30/06/2012)...  Malam stay kat umah akak husband aku kat USJ.. Esoknye lepas husband aku abeh coursem kitorang siap-siap ke Putra Height, umah adik aku lak... Amek adik aku sebab dia tak nak drive sorang-sorang.. Dia nak ajak anak-anak aku jejalan kat iCity, Shah Alam...

    Sampai kat iCity, orang tak ramai lagi.. Maybe sebab awal lagi kot.. Dalam kul 8 lebih... Memula nak bawak diorang naik Ferris wheel.. Ahmad Zuhair punya la melalak taknak naik.. Bile dah naik, okey je.. Siap cakap "Haaaa.. Adik, takde ape-ape pun.. Takyah takut.."... Errrrrkk... Adik nangis pun tak, dia nak cover line camtu lak.. Abang... Abang....

    Malam tu stay kat DePalma, Ampang... Esoknya kitorang g KLCC sebab nak bawak Ahmad Zuhair ngan Aisyah Zinnirah gi Petrosains. Lupe lak aku yang Petrosains tutup ari Isnin... Kesian anak-anak aku.. Seb bek le Petrosains nyer souvenir shop bukak... Dapat le beli mainan sikit untuk Ahmad Zuhair...

    Last destination kitorang singgah, Library IIUM Gombak.. Jumpe officemate lama aku.. Hehehehehe..

    ♥ ♥
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    TuneList

    TuneList - Make your site Live