So which of the favors of your Lord would you deny?

(Al-Quran: 55)

Thursday, December 3, 2015

Cuba | Try | Test

Dalam hidup, kita mampu mencuba
Dari yang kurang baik
Cuba menjadi yang baik
Dari yang tidak sensitif
Cuba menjadi yang lebih prihatin

Tak salah mencuba
Asalkan ia tidak memudharatkan
Boleh mencuba 
Asalkan ia tidak menyakitkan sesiapa

Selagi daya
Kita cuba
Selagi mampu
Kita cuba
Mungkin ada yang lebih baik bakal menjelma

Setiap kekurangan pasti ada ruang untuk kita cuba perbaiki
Dengan daya yang ada
Dengan asa yang mampu

Jangan pernah rasa cukup
Jangan rasa selesa dengan kekurangan
Jika ada ruang
Baiki
Jika perlu
Ubah

Hidup kita tiada yang lama
Jangan siakan


Friday, October 9, 2015

Hidup Baru

Takdir Tuhan, entah apa laluannya..
.. adakala pedih
.. ada tika perih
Tapi dalam setiap apa yg ditakdirkan
Pasti DIA selitkan hikmah

Punyai laluan sukar
.. membuat aku pernah patah semangat
.. hampir terlucut dari yakin
Mujur ada malaikat syurga DIA hantarkan
Menemani setiap langkah aku
Menyuntik semangat tiap kali aku rapuh

Syukur
DIA menambahkan lagi bahagia aku
DIA tabur lebihan rahmatNya
Allahu
Tak terhingga
Syukur

Disatukan dengan cinta lama
Takdir DIA
Ada yang mengeji
Teruskanlah
Mungkin mereka terlupa
Takdir DIA terpalit dalam kejian mereka
Aku diamkan saja

Langkah dalam hidup
.. tak pernah dijanjikan mudah
.. tapi DIA tak lokek
.. setiap apa kurangnya
.. jika mahu lebih, minta
.. jika mahu bahagia, minta
.. jika mahu keampunan, minta
Kita hamba
Mengemislah pada DIA
Tiada salahnya
Jangan bongkak, enggan meminta
Segala punyanya DIA

Moga DIA kurniakan kasih sayangNya berterusan
Moga DIA palitkan bahagia pd setiap lorekan luka.. biar sembuh segalanya

Terima kasih TUHAN

Wednesday, July 1, 2015

Sehari lagi

Betullah apa orang kata
Masa berlalu.. takkan kita sedar
Jauh berlalu
Yang tinggal.. kenangan

Sumpah aku masih cuba menerima
Setiap jatuh bangun aku
Tiap duka tawa aku
Dan tiap apapun jua yg berlaku

Mungkin terlihat mudah
Ya.. melihat itu memang mudah
Cuma serasanya tidak sama bila melalui
Beda

Dan esok..
Genaplah tujuh tahun
Tuhan hadirkan malaikat dalam hidup aku
Malaikat yg boleh aku peluk
Malaikat yg mampu memeluk aku kembali
Malaikat kecil yg menjadi racun utk aku
Malaikan yg juga penawar utk aku

Seperti masih baru dia cuma tahu menangis
Seperti baru semalam mendapat berita adanya nyawanya di dalam aku
Yaaa.. seperti baru semalam

Tuhan.. terima kasih

Moga Tuhan tidak jemu
Menabur segala rahmatNya utk aku
Walau kotor terpalit dosa
Tapi aku yakin
Tuhan itu Penyayang

Tuesday, June 30, 2015

Hidup

Penuh rasa
Tiada satu pun yg pernah kekal
Berubah berputar
Itu susunan norma

Serah segala pada takdir
Bertapak dan bertatih
Bila tersadung jatuh
Bangkit kembali
Berlari lagi
Jangan pernah hilang asa

Nikmati hidup apa adanya
Tentu bertandang rasa puas
Biar cukup dengan segala
Kerna tak semua punya nya kita

Thursday, June 18, 2015

Ramadhan 1436H

Bertemu Ramadhan sekali lagi
Syukur Tuhan atas izinanMu
Sekali lagi

Harapanku
Moga Ramadhan kali ini lebih baik
Biar meningkat pencapaian
Harapnya berganda kerahmatanNya
Ke atas aku & anakandaku

Saturday, January 31, 2015

Pergi

Sudah sampai waktu untuk aku pergi
Luka engkau..
Sudah sembuh barangkali
Dan tanpa sedar.. aku pula engkau lukai


Terima kasih


Resam manusia
Mudah lupa tatkala bahagia


Mohon jangan dicari aku lagi
Hadaplah duka engkau sendiri
Aku juga mahu pergi
Jauh.... tak perlu bertemu engkau lagi


Tinggalah engkau bersama bahagia
Maaf.. aku rasakan ia tidak lama
Kerna engkau sudah khatam aku fahami
Tiap tingkah, tiap laku, tiap rasa
Yang ada pada engkau
Sementara sifatnya
Seperti "cinta' engkau terhadap dia
Maaf, tiada terlihat duka terzahir dari engkau
Untuk seorang dia yang kononnya engkau cintai


Bertebaranlah
Terbang bersama bahagia sementara
Jangan pernah kembali andai engkau kelak terluka
Aku bukan lagi penyembuh luka
Aku telah buang segala rasa


Tinggalah


Monday, January 12, 2015

Darjah Satu

Cinta hati aku
Sudah darjah satu
Aaaahh cepat masa berlalu
Meninggalkan aku
Betapa waktu
Berputar tanpa sabdu
Laju
Kitarannya seolah hantu
Terlihat tidak oleh mataku
Cuma berlalu
Dan terus berlalu

Separa sedar
Malaikat aku semakin dewasa
Ahmad Zuhair
Aisyah Zinnirah

Tuhan
Lindungi mereka
Kerna Engkau sebaik-baik Pelindung
Kasihi mereka
Kerna Engkau sebaik-baik Kekasih
Bimbingi mereka
Kerna Engkau sebaik-baik Pembimbing
Cintai mereka
Kerna Engkau sebaik-baik Pencinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TuneList

TuneList - Make your site Live