Dalam palsunya senyum
Ada duka
Cuba diselindung
Mahu disembunyi
Mana mungkin mampu jadi rahsia
Tiap rawan
Pasti terbentang
Takkan mampu selamanya diselindung
Takkan boleh kekal dikelubung
Rawan pasti berlalu
Itu pasti
Cuma tunggu waktu dan masa
Bila tiba
Pasti rawan pergi
Selamanya
Ya...
Selamanya
Begitu aku harapkan
Duka bersilih ganti
Tawa datang dan pergi
Tiada yang kekal selamanya
Tiada