So which of the favors of your Lord would you deny?

(Al-Quran: 55)

Wednesday, December 5, 2012

Cukup...? Tak Cukup..?

Aku bertuah... Ya, bertuah kerana terpilih untuk menjalani kehidupan di kelilingi oleh mereka yang bergaji besar.. Bukan sebab aku pun merasa tempias kebesaran gaji mereka... Tapi bertuah kerana dapat melihat sendiri bagaimana kehidupan mereka (walaupun xde la aku dapat tau sepenuhnya aktiviti dorang..)

Secara normalnya, seperti ramai di luar sana, akal aku sendiri juga pernah terfikir.. Kalau gaji besar.. Hidup mesti senang... 

Tapi menurut pengamatan aku.. kehidupan mereka yang bergaji besar ni tak senang... Cuma mewah..
Kenapa tak senang...? Untuk hidup mewah bukan senang... Thousands of needs need to be fulfilled... Bukan ke susah tu... 

Berbeza dengan kehidupan mereka yang bergaji sederhana atau kecil... Mereka adakalanya hidup lebih senang berbanding mereka yang bergaji besar.. Ya.. bukan mewah, tapi senang.. Memadai dengan memenuhi beberapa keperluan harian.. dalam kadar yang termampu dan memenuhi kehendak jika ada lebihan rezeki atau bila tabungan sudah mencukupi...
Itu senang dalam perspektif aku.. Tidak mewah, tapi senang...

Kejadian 1 :
Salah sorang bos aku hantar claim untuk on call yang lepas (bebaru ni kan ada kenaikan kadar on call claim) yang mana dia dah claim guna scheme lama, cuma nak claim skali lagi untuk tuntut amount mengikut scheme baru yang dia tak dapat...
Aku : Waaaahhh.. banyak claim doc...
Mr. A : Banyak ape... Sikit la tu....
Aku : Sikit..? Dah dekat nak sama banyak dengan gaji saya dah tu doc...
Mr. A : Gaji ko brape..?
Aku : Ade la lebih lam RM200++ pada claim doc tu...
Mr. A : Biar betul..... (tengok aku dengan pandangan tidak percaya..)
Mesti dia tak percaya... Tapi itulah hakikat...
Syukur.. Apa yang Allah dah tuliskan untuk aku, suami dan anak-anak aku adakalanya lebih dari cukup..
Syukur.. Walau ada waktu kesempitan tu datang, kami sekeluarga tak pernah kebulur..
Syukur.. dengan kekecilan gaji kami, maka kecil juga la amanah untuk kami tanggung...

Aku percaya dalam rezeki kita tertulis rezeki untuk insan lain juga.. Aku sangat percaya... Oleh yang demikian, aku sebenarnya takut jika peroleh terlalu lebih rezeki hingga menbuatkan aku menjadi tamak untuk tidak mengeluarkan apa yang tidak menjadi hak aku dari apa yang sudah aku peroleh..

Ya Allah, jika ada rezeki untuk kami.. Biar bergunung sekalipun rezeki kami, Engkau jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa ingat kepada yang lain yang turut berhak di atas rezeki yang kami peroleh itu.
Jika ditakdirkan kekayaan itu menjadi milik kami, jadikanlah hati-hati kami hati-hati yang sentiasa membisikkan keinginan untuk memberi bantuan kepada yang lebih memerlukan. Jauhkanlah hati-hati kami dari membisikan keinginan ke arah kemewahan yang takkan kekal...
Jadikanlah kami hambaMu yang tak lokek dengan kebaikan dan tak lekang dengan kebajikan.
Takdirkanlah kesenangan untuk kami jika ianya akan turut menyenangkan insan lain juga....
Aaaaaminnn....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TuneList

TuneList - Make your site Live